Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

3 Tanda Nilai Hartanah Akan Jatuh

May 3, 2017 by sabree hussin 3 Comments

Sememangnya menceburi bidang hartanah merupakan satu pelaburan yang dianggap sangat menguntungkan.

 

Walaubagaimanapun, setiap pelabur harus berhadapan dengan pelbagai risiko besar dan ini tidak terkecuali dalam pelaburan hartanah. Secara asasnya, peratusan nilai hartanah mampu meningkat setiap tahun, namun ia juga boleh merudum jatuh. Biarpun jarang menunjukkan prestasi menurun, tanda-tanda seperti ini mampu menyumbang kepada kejatuhan nilai hartanah.

 

Apakah tanda tersebut?

#1 Bencana Alam

Kawasan yang sering dilanda bencana berisiko menyumbang kepada kejatuhan nilai hartanah. Sebagai contoh di kawasan Bukit Antarabangsa, ada yang mendakwa nilai hartanah akan jatuh merudum disebabkan kejadian tanah runtuh yang pernah berlaku sebelum ini pada tahun 1993 dan 2002. Ada yang bimbang untuk membeli, namun begitu kawasan tersebut masih tetap didiami oleh orang awam.

Tetapi jika sesebuah kawasan yang sering berlaku bencana, tidak mustahil akan terjadinya kejatuhan nilai hartanah disebabkan situasi penawaran melebihi permintaan.

[Read more…]

Filed Under: Advertorial, Pelaburan Hartanah Tagged With: bidang hartanah, nilai hartanah, pelaburan hartanah, tips pelaburan hartanah

Bagaimana mendapatkan Keuntungan Berganda melalui Sewaan Rumah?

November 22, 2016 by sabree hussin 4 Comments

Bagi mencapai tahap keuntungan berganda melalui sewaan rumah, pemilik harus memikirkan beberapa strategi menarik agar aliran tunai setiap bulan berjalan dengan lancar.

 

Sememangnya, pelaburan hartanah ini sangat menguntungkan lebih-lebih lagi jika ia terletak berdekatan dengan lokasi strategik seperti di kawasan bandar, institusi pendidikan dan lain-lain lagi.

 

Sudah tentu, sebagai pelabur, kita mahukan pulangan yang lumayan daripada pelaburan kita tu.

pelaburan-hartanah-pendapatan-dari-sewaan-rumah

Dengan mengambil kira situasi kita di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakkan rumah yang disewakan tu, pemiliknya masih belum habis bayar rumah tersebut dengan pihak bank. Salah satu sumber kewangan yang digunakan sebagai bayaran balik kepada bank adalah menerusi duit sewa yang dibayar oleh penyewa.

 

Jadi memang agak malang jika duit sewa yang dibayar oleh penyewa itu tidak cukup untuk cover bayaran loan rumah, ataupun hanya sekadar cukup-cukup makan. Dalam post kali ini saya ingin kongsikan beberapa idea yang mungkin anda boleh praktikkan bagi mendapatkan kadar sewa yang menguntungkan dari bakal penyewa anda.

[Read more…]

Filed Under: Advertorial Tagged With: buat duit dengan rumah sewa, cara buat duit dengan sewa rumah, cara tetapkan sewa rumah, keuntungan sewa rumah, pelaburan hartanah

40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

February 25, 2016 by sabree hussin 6 Comments

Dalam urusan jual beli hartanah, ia akan melibatkan urusan dan proses perundangan yang agak rumit. Mujurlah, dalam setiap urusniaga, kita boleh dapatkan khidmat peguam sebagai pemudah cara dalam transaksi tersebut.

 

Jika tidak, mungkin kita semua terpaksa “study” sendiri banyak terma-terma berkaitan perundangan dan perlu bersiap sedia untuk jadi peguam segera apabila ingin membeli hartanah. Sudah tentu, ini akan melambatkan dan menyukarkan lagi urusan jual beli, kerana setiap orang yang tak mempunyai latar belakang undang-undang mungkin akan memberi interpretasi yang berbeza terhadap sesuatu proses yang terlibat mengikut kefahaman masing-masing sebagai orang awam.

 

Mujurlah ia tak seharusnya begitu. Segala proses berkaitan perundangan akan dipermudahkan dengan bantuan peguam.

 

tanya-peguam-hartanah Namun, adakah kita patut meletakkan 100% kepercayaan kepada peguam tanpa perlu kita ambil tahu langsung tentang urusan yang dijalankan?

 

Bukankah pelaburan tersebut adalah pelaburan kita. Bukankah setidak-tidaknya, kita perlu ambil tahu, apa sebenarnya yang sedang berlaku terhadap hartanah yang kita sedang dapatkan.

 

40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

 

Nak tanya peguam tentang hartanah, tapi tak tau nak tanya apa. Kalau tanya sebarangan, nanti nampak sangat pulak bodohnya kita ni. Apa pun, ego dan maruah diri perlu dijaga. Bukankah itu sifat semulajadi kita sebagai manusia biasa.

 

Jangan risau. Buku ini akan menyelamatkan anda, dan In Shaa Allah akan bantu anda untuk kelihatan seperti pakar, kalaupun sebenarnya anda masih lagi agak baru dalam hal-hal berkaitan perundangan dalam pelaburan hartanah. Walaupun bukan pakar, at least daripada soalan-soalan yang bakal kita tanyakan, ia dapat menonjolkan diri kita sebagai seorang yang ada pengetahuan yang baik tentang aspek perundangan dalam pelaburan hartanah! 

[Read more…]

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia, pelaburan hartanah

Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru

February 24, 2016 by sabree hussin 10 Comments

“Strategi Pelaburan Yang Praktikal Dan Komprehensif Untuk Individu Berpendapatan Sederhana”

 

Menarik buku ni. Selama ni yang saya tahu, kalau nak melabur dalam bidang hartanah, kita perlu ada modal yang besar, which is, hanya orang-orang yang ada pendapatan yang besar sahaja yang boleh lakukan. Kalau individu yang berpendapatan sederhana, bagaimana?

 

buku-panduan-pelaburan-hartanah Secara tak sengaja, saya terjumpa buku ini. Buku yang diberi nama Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru adalah hasil tulisan Wendy Koh dan diterbitkan oleh .

 

Saya difahamkan yang buku ini sebenarnya adalah versi terjemahan untuk buku yang diterbitkan dalam bahasa inggeris berjudul The Millionaire Real Estate School for Beginners: A Practical Step-by-Step Investment Strategy for an Average Wage Earner.

 

Bermakna, kalau anda tak jumpa yang versi Bahasa Melayu, seperti dalam gambar ini, atau anda lebih selesa dan lebih berselera dengan bahan bacaan yang berbahasa Inggeris, bolehlah dapatkan versi bahasa Inggeris tu. Buku ini ditulis berdasarkan persekitaran urusan jual beli hartanah di Malaysia, jadi memang patut dijadikan salah satu rujukan yang penting untuk para pelabur dan bakal pelabur hartanah.

 

“Apa yang bakal anda pelajari daripada buku Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru ini?”

[Read more…]

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: akademi jutawan hartanah untuk pelabur baru, hartanah, pelaburan hartanah, wendy koh

8 Perkara yang menjadikan pelaburan hartanah kurang menarik berbanding pelaburan emas

February 22, 2016 by sabree hussin 4 Comments

Apabila kita membaca buku tentang topik pelaburan emas, penulis yang menulis buku tersebut dengan bersungguh-sungguh akan mengatakan yang pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang terbaik.

 

Seandainya kita baca buku tentang pelaburan saham, penulis buku tersebut akan membuktikan kepada kita bahawa adalah pelaburan yang terbaik.

 

Begitulah juga halnya jika kita membaca buku dalam topik pelaburan hartanah. Penulis buku tersebut lazimnya juga akan mengemukakan hujah-hujah beserta dengan real case study untuk menyakinkan anda bahawa pelaburan hartanah adalah pelaburan yang paling hebat.

 

Kalau semua penulis, yang mewakili bentuk pelaburan yang berbeza, masing-masing mengatakan pelaburan yang mereka tulis dalam buku mereka itu adalah pelaburan yang terbaik, macam mana kita nak pastikan, mana satu yang benar-benar terbaik untuk kita juga? Ah… pening dah.

gold

 

Satu perkara yang bagus, bila kita banyakkan baca buku-buku tentang pelaburan ni ialah, kadang-kadang kita akan jumpa the so called kelemahan tentang pelaburan tertentu dalam buku pelaburan lain, yang tak ada kena mengena dengan pelaburan yang dikatakan mempunyai kelemahan itu.

[Read more…]

Filed Under: Pelaburan Emas & Perak Tagged With: pelaburan emas, pelaburan hartanah

Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan

February 13, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Perolehi lebih banyak wang tanpa perlu bekerja lebih kuat! Ya, anda boleh jika anda seorang Tuan Rumah Jutawan. Menjadi Tuan Rumah Jutawan adalah satu cara untuk menjana kekayaan yang telah teruji sejak turun temurun. Ia menghasilkan pendapatan yang lumayan dan ramai yang telah menjadi kaya-raya melaluinya.

 

Buku berjudul Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan ini adalah buku  tulisan Azizi Ali.

 

Beberapa hari kebelakang ini, saya sempat membaca dua buah buku dalam topik pelaburan hartanah. Antaranya buku berjudul

(1) Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

(2) Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong

 

Nah… buku ini saya lihat sebagai buku yang sangat baik dan cantik untuk melengkapkan equation tentang bagaimana untuk menjadikan pelaburan dalam hartanah suatu pelaburan yang menguntungkan.

 

Sewakan rumah tersebut. Bukan cara tuan rumah amatur, tetapi sewakan mengikut cara, formula dan strategi seorang tuan rumah Jutawan. Menarik, kan?

[Read more…]

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: Azizi Ali, bagaimana hendak menjadi tuan rumah jutawan, buat duit dengan rumah sewa, pelaburan hartanah

Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong

February 12, 2016 by sabree hussin 2 Comments

“Cuba anda imbas kembali memori masa lalu… Agak-agaknya, hingga ke saat ini, dah berapa kali agaknya anda terjumpa iklan berkenaan dengan ?”

 

Pasti lebih dari sekali. Betul? Biasanya, iklan-iklan mengenai rumah lelong ni akan ditampal di tiang-tiang elektrik berdekatan dengan traffic light. Jadi, sambil-sambil tunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau, kita pasti akan terbaca iklan mengenai rumah lelong.

 

Apa pendapat anda tentang rumah lelong?

 

bijak-melabur-edisi-rumah-lelongJujurnya… saya langsung tak ada idea, apa benda sebenarnya rumah lelong ini. Bagaimana rupa bentuknya dan adakah ianya bagus untuk orang biasa seperti saya atau pun tidak.

 

Kalau ada yang bertanya pada saya tentang rumah lelong, bagus ke tak? Macam mana nak beli? Bahaya ke tak beli rumah lelong… lagilah saya akan blurr.

 

Namun, dalam pembacaan yang saya buat dalam topik pelaburan, (sebelum ni saya lebih banyak baca mengenai topik pelaburan emas) perkataan rumah lelong pasti akan muncul sekali dua. Ia seolah-olah mencadangkan supaya disamping melabur dalam logam berharga, kita juga perlu melabur dalam hartanah… dan salah satu hartanah yang sangat-sangat digalakkan ialah hartanah yang di lelong.

[Read more…]

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: bijak melabur edisi rumah lelong, pelaburan hartanah, rumah lelong, rumah lelong bagus ke

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kesilapan Penggunaan Kad Kredit yang Ramai Orang Buat
  • Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
  • Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  • Bagaimana memilih produk yang sesuai untuk affiliate marketing
  • Program Affiliate Klikjer

Recent Comments

  • sabree hussin on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • Beli Kereta Baru on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • sabree hussin on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • faizul on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • ki on Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Media Sosial
  • Mobile Legends Bang Bang
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Pengurusan Perniagaan
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in