10 sebab kenapa anda patut beriklan Advertorial di blog sabreehussin.com

by sabree hussin on September 8, 2015

in Pemasaran Internet

Adakah anda masih lagi tercari-cari kaedah pengiklanan yang paling sesuai untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada potential prospek anda diluar sana? Sudahkah anda menemui kaedah pengiklanan yang sesuai dengan keperluan dan bajet pengiklanan anda tu?

 

Jika anda masih lagi keliru dan tak tau, apa dia kaedah pengiklanan yang patut anda gunakan, saya syorkan anda menggunakan medium pengiklanan jenis advertorial. Ia sesuai untuk mempromosikan perniagaan bagi jangka masa panjang.

software_bina_laman_web

 

Sebagai alternatif pilihan, saya juga turut menyediakan perkhidmatan Advertorial untuk membantu anda memperkenalkan perniagaan dan mendapatkan lebih ramai prospek yang berkualiti untuk perniagaan anda. Jika ini adalah kali pertama anda mendengar tentang konsep Advertorial, ia sebenarnya adalah kaedah pengiklanan menggunakan medium artikel. Advertorial itu sendiri adalah merupakan gabungan bagi perkataan advertisement dan juga editorial. Ringkasnya, advertorial ini ialah iklan dalam bentuk artikel/ editorial.

 

Sebenarnya, ada ramai jugak penulis blog diluar sana yang menawarkan perkhidmatan advertorial di blog mereka. Saya tak bercadang untuk ulas perkhidmatan yang ditawarkan oleh penulis lain. Apa yang saya nak kongsikan pada waktu ini ialah, apa yang anda bakal dapat jika beriklan dilaman blog saya ni.

 

1. Ini adalah servis dari seorang Internet Marketer kepada Internet Marketer

Saya dah mula terlibat dengan kerja-kerja pemasaran online menerusi medium blog seperti ini sejak dari awal pembabitan saya dalam bidang ini. Saya bermula agak lewat ketika itu, iaitu sekitar tahun 2009. Ini bermakna, tahun 2015 ini masuklah tahun yang keenam saya menulis blog. Nak kata lama tu, tak ada la lama mana pun, baru nak masuk 7 tahun je ha ha

 

Alhamdulilah, sepanjang 6 tahun kebelakang ini, Allah izinkan saya untuk melalui pelbagai pengalaman dan fasa-fasa penting dalam perniagaan dan pemasaran secara online. Along the way, banyak juga perkara-perkara baru yang sebelum ni saya sendiri tak terfikir untuk ketahui berjaya saya hadam.

Just to name a few, dapatlah juga saya kuasai beberapa kemahiran wajib dalam bidang ini seperti

1.  Skil bina laman web berkonsepkan blog

2. Skil tulis 10 – 20 artikel blog dalam masa yang pantas

3. Kemahiran untuk bina laman web jualan dan minisite

4. Bagaimana cara nak tulis surat jualan ataupun lebih biasa dikenali sebagai sales letter.

5. Teknik pemasaran SEO

6. Strategi-strategi dalam email marketing

7. Cara-cara nak tulis ebook dan jual ebook tu

8. Bina squeeze page untuk kumpul senarai emel prospek secara automatik

9. Kaedah untuk mengautomasikan proses jualan

10. Copywriting, content marketing dan story selling

 

… dan banyak lagi yang saya tak senaraikan dalam ni. Semua ini antara yang dapat saya catch up dalam tempoh 6 tahun yang panjang dalam bidang ni. Pengalaman jatuh, kecewa, bangun balik hanya untuk dikecewakan sekali lagi sebagai persediaan untuk merasai kejayaan yang manis… Alhamdulillah, semua ni saya dapat rasa.

 

Bukan semua yang bakal anda lalui dalam bidang pemasaran internet atau Internet Marketing ini manis. Ramai yang tersungkur. Ramai yang give up, dan hanya selected few sahaja yang cukup DEGIL untuk terus bertahan dalam bidang ni dan buat duit dengan jayanya.

 

Okeh… apa yang saya cuba sampaikan ialah, ini

Anda mungkin bercita-cita untuk jadi usahawan Internet sepenuh masa dan mengubah cara hidup anda sekarang ni. Ketahuilah, jika ini adalah percubaan kali pertama anda, ada banyak sebenarnya perkara yang anda mungkin tak tau sedang menunggu anda, dan sentiasa standby untuk mengecewakan anda.

 

Most likely, laluan yang anda bakal lalui, saya dah pernah lalu jugak. Jadi tak mustahil, apa yang anda rancang nak buat dan hasilkan, besar kemungkinan saya dah tau sama ada anda boleh berjaya atau tidak.

 

Anggaplah servis ini sebagai suatu short cut untuk anda. Sebahagian daripada kerja-kerja anda saya bantu  permudahkan.

 

2. Teknik copywriting dalam penulisan advertorial

Teknik copywriting adalah salah satu aspek yang penting bagi memastikan mesej pemasaran anda dapat disampaikan kepada golongan sasaran dengan jayanya. Apalah gunanya bersusah payah untuk menghasilkan mesej jualan yang panjang lebar jika ianya tidak dibaca dan tak dipedulikan oleh golongan sasaran.

 

Walaubagaimanapun, dengan menerapkan teknik copywriting, potensi untuk ayat-ayat jualan dan pemasaran anda untuk dibaca adalah lebih tinggi. Personally, ini adalah teknik WAJIB yang perlu dikuasai oleh semua pengamal kaedah pemasaran content marketing.

 

Kunci kejayaan dalam teknik copywriting bukanlah semata-mata untuk hasilkan karangan yang panjang lebar, tetapi adalah untuk memastikan karangan yang panjang lebar tu dibaca oleh golongan sasaran. Oh bukan itu sahaja, selain dibaca, ia juga disusuli dengan tindakan seterusnya.

 

3. Content marketing

Pengguna internet lebih cenderung untuk baca informasi, fakta, maklumat, sejarah, cerita berbanding membaca mesej-mesej jualan mahupun ayat-ayat iklan semata-mata. Cabaran paling besar adalah bagaimana untuk menjadikan sesebuah cerita sebagai medium yang boleh digunakan untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan?

 

Nak tulis ayat iklan? Mudah. Anda boleh gunakan teknik AIDA, PAS dan sebagainya. Kedua-dua konsep ini pernah saya ceritakan dalam blog ini. Bagaimana nak memanipulasi dan mengeksploitasi sebuah cerita supaya ia memberi impak yang positif kepada perniagaan anda sekarang ni?

 

Inilah fungsi yang boleh dimainkan oleh kaedah content marketing.

 

4. Ranking Alexa laman web sabreehussin.com

Salah satu indikator yang cukup popular untuk mengetahui sama ada sesebuah laman web itu mempunyai nilai yang bagus ataupun tidak adalah menerusi servis alexa ini. Nak tahu laman web ni popular atau tak, boleh lihat dengan menggunakan servis ini.

bagus_kedudukan_ranking_alexa

Ranking Alexa ni sentiasa dikemaskinikan. Dia ada naik dan ada turun. Overall, ia tak terlalu beri kesan pun kepada jumlah trafik yang masuk ke laman web ini. Untuk melihat rank terkini, boleh klik sini.

 

5. Google Page Rank

Ranking ini menilai sejauh mana laman web saya ni bagus di mata google.

penting_ke_google_page_rank

Google page rank untuk blog ni pernah naik ke page rank 2. Selepas google kemaskini page rank, blog ni pun jatuh balik ke page rank 1. Mungkin, ini ada kaitan dengan insiden yang pernah terjadi kat blog ni.

 

6. Sumber trafik pilihan blog ini dan bagaimana ia boleh bantu beri impak kepada perniagaan anda

Secara purata, page view bagi blog ini ialah sekitar 400++ setiap hari, termasuk cuti umum.

trafik_blog_sabreehussin

Pada asasnya, trafik ini blog ini datangnya dari sumber seperti

1. Laman web Ping Aggregator

2. Media sosial (Facebook, LinkedIn, Google+)

3. Satellite blog

4. Laman web carian Google, Yahoo dan Bing

5. Mailing list saya dalam niche “buat duit online”

 

Untuk blog ini, saya sebenarnya lebih berikan fokus yang lebih kepada trafik dari search engine, kerana trafik dari sumber ini ia bersifat organik dan berupaya untuk beri trafik secara berterusan. Jenis trafik yang masuk juga adalah jenis yang mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk convert kepada sales. Ini adalah kerana pengunjung adalah mereka yang menaip kata kunci yang spesifik.

Contohnya, pengunjung yang ada masalah untuk tingkatkan like FB Fanpage akan taipcara tingkatkan like FB fanpage dan mereka ini mempunyai kebarangkalian sangat tinggi untuk membeli produk yang saya promosikan.

 

Blog ini lebih menumpukan trafik jenis “targeted trafic” kerana sumber pendapatan utama blog ini adalah melalui jualan produk affiliate, produk dropship, dan produk saya sendiri.

 

7. Servis Advertorial ini dioptimasikan dengan teknik pengiklanan Search Engine Optimization (SEO)

Pada asasnya, terdapat dua cara bagaimana laman web jualan, laman web syarikat atau laman web promosi anda dapat masuk ke page pertama google untuk kata kunci tertentu. Kaedah yang pertama adalah kaedah berbayar iaitu dengan mengiklankan laman web anda menerusi servis Google Adwords. Manakala cara yang kedua adalah menggunakan kaedah pengiklanan Search Engine Optimization ataupun ringkasannya SEO.

 

Kebanyakkan projek laman web yang saya bina adalah projek untuk “masa depan”. Jika pada hari ni saya lancarkan sebuah projek bersifat web base, seperti projek penulisan artikel advertorial oleh blogger misalnya, saya tak rancang pun nak buat duit dari laman web ini pada minggu yang sama ianya dilancarkan. Sebulan ke dua bulan yang pertama, saya lebih cenderung untuk optimasikan laman web ini supaya boleh mendapat kedudukan yang paling baik di laman web carian seperti google dan yahoo.

 

Walaubagaimanapun, ia nya tak mustahil untuk dapat lihat kesannya lebih awal dari itu. Lebih-lebih lagi apabila laman web promosi dah pun masuk ke page pertama enjin carian.

perkhidmatan_artikel_advertorial

Kedudukan ditempat muka surat pertama di laman web carian google bagi kata kunci servis advertorial.

 

servis_advertorial_oleh_copywriter

Kedudukan dilaman web carian Yahoo juga dah masuk di page pertama bagi kata kunci servis advertorial.

Ini adalah kesan penggunaan teknik SEO dalam penulisan. Bagaimana ianya dilakukan? Hmm panjang ceritanya. Jika anda serius nak tau bagaimana proses dan prosedurnya, saya cadangkan anda beli je la mana-mana panduan tentang SEO yang terdapat di pasaran ya. Kebanyakkan kerja-kerja SEO, saya buat sendiri dari peringkat permulaan hinggalah ia masuk ke page pertama google. 😀

8. Anda berupaya untuk jadikan blog ini sebagai salah satu sumber trafik bagi perniagaan anda

Jika kena dengan cara dan perniagaan anda, In Shaa Allah blog ni boleh menjadi penyumbang trafik kepada perniagaan anda. Contohnya seperti salah satu advertorial yang saya pernah buat sebelum ni.

sumber_trafik_bisnes_online

Ini salah satu advertorial yang mempunyai sistem tracker. Saya suka klien seperti ini. Saya dipihak penyedia servis dapat melihat sejauh mana performance iklan advertorial klien dan klien juga boleh semak sejauh mana keberkesannya servis advertorial yang dilanggan dari saya.

 

Kalau ada mana-mana iklan yang tak berapa perform, tahulah saya apa yang perlu diperbaiki.

 

9. Simplify kerja-kerja pengiklanan anda

Pada waktu catatan ini saya hasilkan, sebenarnya saya juga sedang membina senarai emel untuk tujuan promosi iklan advertorial bagi mereka-mereka yang pernah mendapatkan khidmat advertorial dari saya. Jumlahnya? Makin bertambah dari hari ke hari.

senarai_emel_automatik

Bagaimana ia dapat bantu simplify kerja-kerja pemasaran anda? Mudah sahaja. Iklan advertorial yang anda tempah dari saya juga akan saya promosikan pada mailing list ini. Contohnya, pada waktu screenshot ini saya buat, jumlahnya ada 94 orang. Anda tak perlu susah payah nak bina mailing list dari 0, sebaliknya saya mudahkan kerja-kerja anda apabila saya bantu promosikan perniagaan anda pada list ini.

 

Walaubagaimanapun, jika anda ingin bina karier dalam bidang pemasaran online, mailing list adalah tools yang wajib anda miliki ya.

 

10. Caj yang berpatutan

Jangan ambil servis ini semata-mata dengan melihat berapa harga yang ditawarkan. Sebaliknya, anda ambillah servis ini untuk mendapatkan hasil seperti yang anda mahukan. Jika anda yakin, iklan anda sesuai untuk disiarkan dalam laman web ini, maka tunggu apa lagi? Buatlah tempahan dengan melayari laman web ini.

 

Atau anda boleh juga tekan klik pada butang dibawah

saya_mahu_tempah_servis_advertorial

Jika anda ingin melihat, advertorial-advertorial terdahulu yang pernah saya siarkan dalam blog ini, anda boleh klik sini. In Shaa Allah, saya akan berikan khidmat yang terbaik, dan mudah-mudahan hasilnya juga TERBAIK.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 13 comments… read them below or add one }

Noriza Rahman September 8, 2015 at 6:21 pm

Macam saya boleh dapatkan juga ke servis dari Tuan Sabree ni?

Reply

serinian September 8, 2015 at 7:16 pm

panduan yang cukup lengkap, nak belajar dan mengetahui semua ni pun ambil masa sangat panjang, dgn entr en ni mmg sangat membantu bg blogger baru mcm saya

Reply

serinian September 8, 2015 at 7:30 pm

bos nak tanya satellite blog tu apa ya…seacrh dlm bi plak…hehehh

Reply

zik September 8, 2015 at 9:30 pm

mantap..kepada sesiapa yang mahu buat advertorial, saya sarankan dapatkan servis ini. theme pun mesra seo .. thesis

Reply

akubiomed September 8, 2015 at 10:35 pm

Testimoni dah ada rugi kalau tidak beriklan diblog ini.

Reply

mrhanafi September 9, 2015 at 12:28 am

blog tuan memang terbaik dan rugi tak buat advertorial kat blog ini

Reply

Saljuhumairah September 9, 2015 at 1:35 am

power tu bro SEO… susah nak dapat ranking dalam google…

Reply

Nurul September 9, 2015 at 4:34 pm

wah! hebatnya..banyak kena belajar ni dengan tuan Sabree

Reply

Hafizul September 9, 2015 at 4:52 pm

Huhu..siapa yang mampu menguasai elemen ni, bahagialah hidup mereka..hehe

Reply

farzli September 9, 2015 at 6:10 pm

mantap sih.. hehehehe

Reply

Jie Susanos September 9, 2015 at 7:35 pm

byk ilmu ni…nti jie godek2…

Reply

Uncle Zuan September 9, 2015 at 11:01 pm

wow tinggi tu trafik 😀

Reply

sensasi2020 September 10, 2015 at 10:14 pm

Saya kagum dengan Tuan Sabree Hussin. Artikel yang panjang lebar dan penuh dnegan isinya. Rugi kiranya tidak buat advertorial di blog Sabree Hussin. Dah lama saya menjadi prospek beliau.

Emel yang dihantar oleh beliau saya sentiasa buka dan ada kala saya abaikan saja. Ia ikut mood saya juga. Tapi beliau tidak pernah merasa kecewa walaupun tiada maklum balas dari pada saya.

Blog Sabree Hussin banyak informasi dan rugi jika tidak mengikuti blog ini dari masa ke samasa.

Saya doakan Tuan Sabree Hussin terus maju jaya dalam kerjaya.

Saya sentiasa dapat Mailing list anda dalam niche “buat duit online”.

Reply

Leave a Comment

{ 6 trackbacks }

Previous post:

Next post: