Pernah tak anda dengar istilah Satellite Blog sebelum ni?
Kalau anda tak pernah dengar, atau pernah dengar tapi sekarang dah pun terlupa apa benda sebenarnya satelitte blog tu, ni saya nak cerita. Mula-mula sekali, apa kata anda lihat screenshot dibawah.
Ini adalah screenshot untuk referrer blog ini. Ia memberi maklumat laman web apa yang menyumbangkan trafik masuk ke laman blog ini. Laman web search engine seperti google, yahoo, dan bing adalah penyumbang utama trafik masuk ke laman blog ini.
Sekarang perhatikan senarai laman web yang saya tandakan dalam kotak berwarna merah. Ada tiga laman web disitu iaitu
Ketiga-tiga laman web ini adalah antara laman web yang menyumbang trafik ke blog ini. Apa persamaan antara ketiga-tiga laman web ini?
“Ketiga-tiga laman web ini adalah milik saya!”
Kenapa blogger perlu ada satellite blog?
Ini sebenarnya terpulang pada cara individu tersebut handle blog masing-masing. Anda mungkin tak perlu ada satellite blog, lebih-lebih lagi kalau anda memang seorang penulis blog yang dah cukup terkenal. Anda mempunyai pengikut sendiri dalam bidang penulisan blog.
Blogger lain secara suka rela akan memberi backlink kepada artikel-artikel anda dalam penulisan mereka. Tetapi, bukan semua orang berupaya untuk mendapat layanan dan keistimewaan begitu. Lebih-lebih lagi untuk blogger yang masih baru dan tak dikenali.
Jadi, bagaimana nak dapatkan backlink daripada blog lain jika anda masih lagi baru? Jawapannya adalah bina blog lain, dan pastikan setiap kali anda kemaskini blog tersebut dengan artikel-artikel baru, anda turut mempromosikan artikel yang anda siarkan dalam blog utama anda.
Jika anda risau, akan terdapat pertambahan kos jika anda buat macam ni, anda hanya perlu buat blog baru menggunakan platform percuma seperti blogspot.com ataupun wordpress.com
Fungsi satellite blog ini lebih kepada untuk mempromosikan artikel yang anda siarkan di blog utama anda. Itu sahaja.
Contohnya, apa yang saya buat ialah, saya terbitkan sebuah artikel berjudul 10 sebab kenapa anda perlu beriklan Advertorial di laman web sabreehussin.com
Bila artikel tu dah siap dan dah disiarkan, saya buat pula artikel baru di blog saya yang lain, khusus untuk mempromosikan artikel yang saya siarkan diblog utama saya.
Kesannya, pembaca dari blog tersebut akan masuk ke blog utama saya. Mudah sahaja konsep satellite blog ni, kan? Anda dah ada berapa banyak satellite blog ye? Ke tak pernah buat lagi sebelum ni?
dja says
Sis baru ada satu satelit blog… 🙂 tapi belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik trafik
Noriza Rahman says
Baru saya faham fungsi satellite blog ni…thanks berkongsi
sensasi2020 says
Adakah sama settelite blog dengan dummy blog. Ramai blogger yang mempunyai banyak blog, mungkin raai juga yang menggunakan kaedah ini. Ia berkesan untuk SEO bukan?
mrhanafi says
saya ada juga buat macam tu ..tapi menggunakan blog primier,sekunder dan blog dummy
Junaidy Jaimi says
oh, baru dengar istilah ni, ada jugak beberapa blog lain..terima kasih TSH idea ni.. 🙂
Travelog Siti says
Saya tak tahu pula ada istilah untuk blog begini. Dulu saya guna “blog sendiri-sendiri” sahaja tapi tujuan lebih kurang sama.
reezluv says
nama istilah ni aku tak penah dgr..aaha..tapi cara buat tu aku dah lupa apa istilahnya..aiyak..
Alongxp says
Ooooo… saya ada bebebebebeberapa blog lain gak.. so istilahnye adalah satelit blog la ye? ok… ilmu baru dapat ni, terima kasih…