Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kenapa Anda Patut Pasang Sistem Autoresponder Pada Blog?

May 16, 2014 by sabree hussin 5 Comments

Satu masa dulu, trafik yang pernah masuk ke blog ini pernah mencecah sehingga 20,000 dalam masa sebulan. Ini berlaku pada Januari 2013.

blog_ada_autoresponder

Majoriti trafik yang saya terima berasal dari laman carian seperti google dan yahoo!. Mereka adalah terdiri daripada pengunjung yang berminat tentang keyword atau topik tertentu yang saya tulis dalam blog ini.

Ini adalah hasil daripada teknik SEO. Trafik jenis ini adalah percuma.

Walaubagaimanapun, tidak semua daripada 20,000 pengunjung tersebut datang kembali pada bulan seterusnya.

Anda juga boleh lihat terdapat penurunan yang drastik selepas itu.

Daripada 20,000 orang yang mengunjungi blog ini, saya kira hanya 2 – 3% sahaja yang saya dapat tukarkan kepada pembeli. Selebihnya, mereka meninggalkan blog ini tanpa beli apa-apa.

Daripada 2 – 3% tu pulak, mungkin hanya 0.1 – 0.5% sahaja yang datang kembali pada bulan seterusnya… hinggalah mereka lupa tentang kewujudan blog ini dan akhirnya mereka pergi tak kembali lagi.

Maka setiap bulan, saya perlu mencari sumber trafik yang baru. Begitulah yang berlaku hari demi hari, bulan demi bulan.

Isi kandungan blog ini ada yang dilengkapi dengan artikel buat duit. Ada beberapa artikel yang saya tuliskan, telah saya selitkan dengan beberapa link affiliate yang sememangnya relevan dengan topik yang dibincangkan.

Jika kita katakan yang hanya 3% sahaja daripada 20,000 pelawat yang masuk ke blog ini berjaya saya tukarkan kepada pembeli, maka selebihnya iaitu 97% keluar dan saya biarkan mereka pergi begitu sahaja.

cara dapatkan pelanggan

Saya tak sempat nak berkenalan dengan mereka.

Mereka tak sempat nak berkenalan dengan saya.

Kami gagal untuk bina hubungan persahabatan, dan kami juga banyak terlepas peluang untuk maju bersama-sama.

Trafik blog ini sekarang dah merundum ke satu tahap yang agak bahaya.Trafik harian blog ini adalah sekitar 200 – 300 sahaja.

In Shaa Allah hanya untuk sementara waktu sahaja.

Sekarang ini saya sedang giat menambahkan kandungan yang relevan untuk dimuatkan dalam blog ni.

Ada hikmah disebalik kejadian kehilangan blogpost sebelum ini. Saya belajar banyak perkara baru.

Kini saya dah mula pasang sistem autoresponder dalam blog ni.

Daripada salah satu sistem opt in yang saya gunakan, saya dapat capture subscriber baru

autoresponder_dalam_blog

Sistem autoresponder yang saya gunakan ialah sistem autoresponder aweber dan saya menggunakan plugin Hybrid Connect untuk menghasilkan opt in form yang menarik dan responsiif.

Kos langganan untuk menggunakan Aweber adalah serendah USD1 untuk bulan pertama.

Tak ada rahsia besar yang saya simpan.

Saya cuma belajar dari pengalaman. Mana-mana pelawat blog ini yang sudi untuk Opt In dalam mailing list saya, In Shaa Allah kami akan berkenalan.

Mungkin kita akan bertukar kepada business partner di masa akan datang.

Mungkin ada antara kami yang akan naik taraf hingga jadi saudara.

The possibilities is endless.

Jika ada keperluan, pada bila-bila masa saya boleh hubungi kesemua 134 orang yang opt in dalam mailing list saya ini menerusi emel.

Sama ada untuk buat tawaran untuk beli produk terbaru saya.

Atau untuk mempromosikan produk affiliate.

Atau sekadar nak kongsi pendapat dan bertanya khabar.

Macam yang saya katakan sebelum ni… the possibilities is endless.

Bila dah ada komitmen yang agak besar untuk tampung kos penggunaan autoresponder ini, maka inilah masanya untuk saya lebih serius dalam menulis blog.

Orang kata, at least boleh dapat income untuk bayar autoresponder.

Its a win win situation.

Saya sediakan info yang eksklusif yang belum tentu boleh didapati dengan mudah dimana-mana, dan mereka beli sesuatu yang saya promosikan.

Selagi saya masih mampu untuk guna autoresponder ini, In Shaa Allah selagi itu mereka akan terus terima emel-emel dari saya.

Oh ya, jumlah subscriber yang saya dapat kumpulkan itu adalah untuk salah satu kempen yang sedang saya jalankan dalam blog ni secara automatik.

Sebenarnya ada lebih daripada 4 kempen sedang berjalan dalam blog ni.

Daripada jumlah trafik harian yang tak seberapa tu, kempen ini adalah yang paling sikit bilangan subscribernya.

Kalau anda berada di tempat saya, adakah anda akan pasang sistem autoresponder juga?

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 sebab kenapa anda patut beriklan Advertorial di blog sabreehussin.com
  2. Jika anda seorang Blogger, anda patut pernah dengar istilah “Satellite Blog”
  3. Kelebihan memasang sistem Chat Box pada blog
  4. Sistem autoresponder PERCUMA bantu tingkatkan jualan perniagaan anda!

Filed Under: Blogging

Comments

  1. encikarman says

    May 19, 2014 at 12:50 pm

    aweber eh… ramai pakai nih Dgn getrespond aweber lagi ok ek?

    Reply
    • sabree hussin says

      May 19, 2014 at 10:48 pm

      Dulu pernah pakai getresponse, kekok sikit dengan dia punya setting 🙂 tapi bila pakai aweber rasa macam senang la pulak

      Reply
  2. faizal says

    June 4, 2014 at 4:59 pm

    terima kasih…perkongsian yang baik, mungkin suatu hari nanti saya juga akan pasang aweber

    Reply
  3. faizal says

    June 4, 2014 at 5:01 pm

    Maaf tuan, saya ingin bertanya kenapa link ke home blog tuan tidak boleh display? saya tidak pasti orang lain boleh capai atau tidak. tapi setakat ini saya tidak boleh capai.

    Reply
  4. serinian says

    September 8, 2015 at 7:29 pm

    menarik, tp x berapa paham untuk berniaga internet. mungkin saya salah sorg dr tuan nanti…ameeen

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut