UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

7 Sebab kenapa anda perlu wujudkan blog khusus untuk bisnes anda

January 29, 2016 by sabree hussin 3 Comments

Saya dah create FB Fanpage untuk bisnes workshop saya, adakah saya masih perlu buat blog untuk bisnes saya?

 

Kadang-kadang kan, saya perhatikan seolah-olah orang kita ni terlalu bergantung sangat dengan FB Fanpage. Bukanlah saya nak kata fanpage ni tak bagus, cuma kalau boleh saya nak cadangkan pada anda wahai pemilik perniagaan untuk tidak terlalu bergantung kepada Facebook atau apa-apa software mahupun strategi pemasaran yang hanya boleh dijalankan dengan bantuan Facebook.

 

Bukan tak boleh guna, BOLEH. Cuma jangan terlalu bergantung pada Facebook dan jangan jadikan Facebook sebagai kaedah UTAMA dan satu-satunya kaedah pemasaran yang anda gunakan. Boleh faham ke?

 

Adakah anda sedar yang Facebook tu bukan anda yang punya? Anda hanya “pinjam” sahaja. Facebook anda, Mark Zuckerberg yang punya. Cuba bayangkan, kalau satu hari nanti, tiba-tiba si Mark ni buat gila. Dia pergi unpublished, atau dia flag fanpage anda. Ataupun anda kehilangan akses kepada akaun Fanpage perniagaan anda, tak masalah ke tu nanti? Benda ni bukan tak pernah berlaku, malahan saya sendiri pernah lalui benda ni.

 

Fanpage kena unpublished, kena report, dan kena flag ni benda biasa berlakulah. Lumrah pemasaran di Facebook. Orang dengki ada dimana-mana. Kadang-kadang kawan kita yang ada dalam friendlist kita sendiri yang buat. Kadang-kadang pesaing kita yang buat.

bengkel kereta murah

Atas sebab tu, saya nak mengesyorkan kepada anda semua, untuk mempunyai laman blog untuk perniagaan anda. Blog untuk bisnes tu macam mana? Ada beza ke dengan blog-blog lain yang ada banyak kat internet tu?

 

Memang ada bezanya. Cuma tak adalah beza begitu ketara. Baiklah, dalam artikel ini saya nak kongsikan kepada anda, 7 sebab kenapa anda perlu ada blog untuk bisnes anda. Daripada artikel ini, diakhir nanti saya percaya anda juga akan dapat lihat, apa sebenarnya perbezaan antara blog untuk tujuan bisnes dengan blog peribadi.

 

Dalam penerangan ini, saya akan gunakan contoh perniagaan jenis workshop ataupun bengkel kereta.

 

Persoalannya ialah, kenapa mesti nak wujudkan blog untuk bisnes?

 

(1) Untuk mewujudkan kesedaran terhadap kewujudan jenama perniagaan kita

Laman web berkonsepkan blog adalah satu platform yang anda boleh gunakan bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pemasaran. Walaupun perniagaan tersebut adalah perniagaan yang dijalankan secara offline, namun ini bukan penghalang untuk menjalankan pemasaran secara online.

 

Apa-apa laman web yang dibina, pasti akan disenaraikan di laman web enjin carian google. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Memang ada cara bagaimana untuk tersenarai dengan lebih cepat di laman web google, dan cara tersebut adalah dengan menggunakan kaedah search engine optimization. [Panduan ASAS SEO Untuk Blog]

 

Ramai sebenarnya yang menggunakan perkhidmatan enjin carian seperti google sebelum mendapatkan perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh, jika pengguna internet tersebut berada di Sungai Besi, dia mungkin akan taip kata kunci seperti

Bengkel kereta orang melayu di Sungai Besi, KL

 

Almaklumlah, kat area tempat ni kebanyakkan bengkel kereta adalah milik perniagaan orang-orang cina. Jika anda adalah pemilik bengkel berbangsa Melayu, boleh jadi anda akan dapat bakal pelanggan dengan cara ini.

 

(2) Dapatkan prospek baru secara online

Bukan semua orang tahu tentang kewujudan perniagaan anda. Anda juga tak boleh hanya nak bergantung kepada bakal pelanggan yang biasa lalu lalang di hadapan premis perniagaan anda semata-mata.

 

Luaskan capaian pemasaran anda, dan anda berpotensi untuk dapat ramai pelanggan baru secara online. Cuba bayangkan situasi orang yang memang tak pernah guna jalan berdekatan dengan premis perniagaan anda. Tapi orang ini tinggal tak berapa jauh dengan anda.

 

Kalaulah anda sanggup luangkan masa untuk menulis di blog anda, artikel blog tu pula anda kongsikan di media sosial dari masa ke masa, saya percaya lambat laun pasti orang yang tak pernah lalu depan kedai anda akan sedar kewujudan bisnes anda.

 

(3) Berkongsi maklumat terkini tentang hal ehwal berkaitan perniagaan anda

Apa-apa sahaja maklumat terkini.

 

Mungkin tentang

  • Jenama spare part terbaru,
  • Cerita tentang kenderaan atau model kereta tertentu
  • Pengalaman pengguna untuk model kereta tertentu
  • Kerosakkan yang biasanya dialami oleh pengguna model kereta tertentu

 

Sampai satu tahap, orang akan mula mempercayai dan tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari anda. Paling best bila ada orang yang nak beli kereta second hand, tapi tak berani terus beli tanpa mendapatkan approval dari anda.

 

Saya kira, ini boleh jadi satu bentuk servis tambahan. Anda memberikan nasihat profesional kepada orang yang nak beli kereta terpakai. Berapak kadar upah yang patut anda letakkan ya?

 

Hmm… bagaimana kalau RM50 – RM100 untuk nasihat berkaitan dengan pembelian kereta terpakai. Nasihat dari anda, boleh menyelamatkan dan menjimatkan duit pembeli, dari tersalah beli kereta yang bermasalah.

 

(4) Mendidik masyarakat tentang sesuatu perkara

Cara penjagaan enjin, cara tukar tayar, cara cuci kereta dan macam-macam lagi. Sambil anda memberi pendidikan percuma, sambil tu anda mengambil peluang ini untuk memperkenalkan perniagaan anda.

 

Sebagai contoh, anda sedang bercerita tentang cara tukar tayar kereta. Di akhir penerangan tersebut, anda boleh masukkan ayat promosi seperti ini

Jika anda merasakan penerangan yang saya berikan ini agak sukar untuk dilakukan, apa kata anda hubungi saya di talian ___. Mekanik kami sedia untuk memberi perkhidmatan kepada anda.

 

Mudah sahaja boleh dapat pelanggan baru dengan cara ini.

 

Mana-mana individu yang nak mencuba buat sendiri, boleh teruskan buat dengan mengikuti tutorial yang anda ajarkan. Manakala mereka yang tak nak susah payah dan kotorkan tangan, boleh hubungi anda untuk bantuan.

 

Kedua-dua pilihan yang anda berikan tetap ada manfaat kepada golongan yang anda sasarkan.

 

(5) Ceritakan tentang kepakaran yang dimiliki oleh perniagaan anda

Macam mana pelanggan nak tahu kepakaran anda, jika anda sendiri tak pernah bercerita tentang kepakaran yang anda miliki. Tak kan pelanggan nak tanya pada anda soalan-soalan seperti

Tahu pasang tinted tak?

Boleh pasang speaker tak?

Bro tau macam mana nak bagi kereta lebih laju tak?

 

Pelanggan tak akan tanya semua ini. Anda yang kena bagitahu kepada pelanggan. Tapi penatlah kalau nak bagitahu kat setiap pelanggan yang datang ke bengkel anda satu per satu. Mungkin yang datang tu cuma nak tukar tayar sahaja. Anda nak cerita tentang tinted, spotlight, servis semua ni buang masa dan tenaga anda sahaja.

 

Baik anda cerita di dalam blog. Jadi, jika pelanggan ada masa, dia boleh baca blog anda dan boleh tahu apa kepakaran anda dan bagaimana servis anda tersebut berguna untuk dirinya.

 

(6) Berikan perincian tentang perniagaan anda

Cerita secara details tentang perniagaan yang anda jalankan. Walaupun nama kedai anda ialah kedai tayar, namun tak bermakna anda tak mempunyai cara untuk dapatkan spare part kenderaan untuk pelanggan anda. Kalau cuma bergantung kepada papan iklan perniagaan anda, pelanggan cuma tahu anda hanya jalankan servis tayar sahaja.

 

Walhal sebenarnya anda mampu buat dan mampu tawarkan lebih banyak servis. Tak kan nak cerita semua kat papan iklan. Memang tak sesuai dan jadi berserabut. Jadi tulislah di laman blog.

 

(7) Buat duit dengan blog anda

Ya, sambil anda buat blog untuk mempromosi dan memperkenalkan perniagaan anda, anda juga boleh buat duit online secara sambilan. Bagaimana cara nak buat duit dengan blog anda? Mudah sahaja. Caranya adalah dengan menyertai program affiliate dan anda promosikan produk yang ada kaitan dengan perniagaan anda.

 

Memandangkan perniagaan anda adalah bengkel kereta, maka produk yang anda boleh promosikan juga adalah produk berkaitan dengan automotif.

car-performance-

Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan anak panah berwarna merah diatas. Untuk kategori Performance Parts & Accessories ni sahaja, terdapat sekurang-kurang 6,591 produk yang anda boleh promosikan. Komisen minima yang anda bakal perolehi untuk setiap jualan yang berjaya anda hasilkan adalah sebanyak 6%.

 

Katakanlah produk tersebut berharga RM219, maka komisen yang anda bakal perolehi ialah sebanyak RM13.14

 

Saya pasti, kebanyakkan produk yang ada dijual disitu anda tahu apa kegunaannya. Ini akan menjadikan kerja-kerja promosi jadi lebih mudah untuk anda. Sama bidang, kan.

 

Dari artikel ini, nampak tak apa sebenarnya perbezaan antara blog untuk bisnes dengan blog personal?

 

Sebenarnya tak banyak beza pun. Blog untuk bisnes, kita lebih banyak cerita tentang bisnes dan juga tentang pelanggan. Tetapi, kalau blog personal, kita cerita macam-macam benda, daripada tempat kita travel, makanan, movie, buku dan sebagainya.

 

Asalkan apa yang anda nak cerita tu ada kaitan dengan bisnes yang sedang anda jalankan, tulis je dalam blog. Baiklah sekian dulu. Saya doakan semoga rancangan anda untuk wujudkan blog sendiri berjalan dengan lancar!

 

Ada masalah ke nak buat blog sendiri? Anda boleh hubungi saya disini dan ceritakan apa masalahnya. In Shaa Allah jika ianya masih lagi dalam bidang kepakaran saya, saya akan bantu anda.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda
  2. 3 Sebab kenapa anda perlu menceburi bisnes aiskrim
  3. 6 Sebab kenapa anda tak seharusnya abaikan pemasaran menerusi medium blog
  4. 14 sebab kenapa anda perlu ada kertas kerja rancangan perniagaan

Filed Under: Pemasaran Blog Tagged With: b, blog perniagan anda, blog untuk bisnes

Comments

  1. seri nian says

    February 6, 2017 at 5:28 pm

    saya sokong kenyataan ini, cuma masa nak buat 2 blog tu mmg agak ambik masa juga la

    Reply
    • sabree hussin says

      February 6, 2017 at 8:34 pm

      Kena bahagikan masa dengan adil. Hehe

      Reply

Trackbacks

  1. Promosikan perniagaan Offline anda secara Online dengan teknik yang berkesan - Blog Sabree Hussin says:
    June 29, 2016 at 5:21 pm

    […] Dengan syarat anda menerapkan teknik SEO dalam setiap konten yang anda siarkan di laman web anda. Sampai satu tahap, anda boleh lihat sendiri menerusi statistik laman web, bahawa anda turut menerima pelawat yang asalnya mereka adalah pencari maklumat tertentu di laman web enjin carian seperti google, yahoo, bing! dan sebagainya. [7 Sebab kenapa anda perlu wujudkan blog khusus untuk bisnes anda] […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in