Tambahkan pendapatan isi rumah dengan menyertai Program Affiliate

by sabree hussin on January 22, 2016

in Pemasaran Affiliate

Program affiliate adalah merupakan salah satu cara yang cukup mudah dan popular untuk membantu orang ramai yang mempunyai laman web sendiri untuk tambahkan pendapatan. Jika anda mempunyai laman web sendiri, anda hanya perlu siarkan banner di mana-mana kawasan yang strategik di laman web anda.

 

Sebagai contoh banner seperti dibawah ini.

lazada-diskaun

 

Bagaimana ia berfungsi dan dapat bantu anda tambahkan pendapatan? Mudah sahaja. Apabila terdapat pengunjung yang menekan klik pada banner tersebut, dan seterusnya melakukan sebarang pembelian produk, maka pembelian tersebut akan direkodkan sebagai pembelian yang terhasil menerusi usaha promosi anda. Memandangkan anda telah berusaha membantu menghasilkan jualan, maka anda akan dibayar peratusan tertentu dalam bentuk komisen.

 

Baiklah. Dalam penerangan ini, saya mengambil contoh program affiliate yang dianjurkan oleh Lazada. Anda akan menerima komisen sebanyak 6% hingga 10% daripada jualan yang terhasil daripada link yang anda siarkan ataupun banner iklan yang anda siarkan di laman web anda.

 

Sebenarnya konsep program affiliate ini sangatlah mudah. Anda sebagai pemilik laman web bersetuju untuk menjalinkan usaha sama dengan pemilik produk untuk mengiklankan ataupun mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web pemilik produk.

 

Apabila terdapat jualan yang terhasil, maka anda akan dibayar komisen. Jika tiada sebarang jualan yang berjaya dihasilkan, maka pihak pemilik produk tak perlu bayar apa-apa kepada anda. Program affiliate ini juga sebenarnya boleh dilihat sebagai program perkongsian keuntungan terhadap jualan yang terhasil.

 

Peranan anda sebagai ejen affiliate hanyalah fokus kepada pengiklanan dan pemasaran. Itu sahaja. Selebihnya, dari segi urusan penghantaran produk, pembungkusan, customer support dan sebagainya akan diuruskan oleh pemilik produk.

 

Satu lagi program yang agak mirip dengan program affiliate ialah program dropship. Walaubagaimanapun saya tak akan cover topik tentang dropship dalam perkongsian kali ini. Saya cadangkan anda bacalah artikel-artikel lain dalam blog ini yang saya pernah sentuh mengenai program dropship sebelum ini ya.

 

Adakah anda ingin jana pendapatan yang lumayan dari program affiliate seterusnya dapat tingkatkan pendapatan isi rumah keluarga anda? Formulanya ringkas sahaja. Buat banyak-banyak jualan. Lagi banyak jualan yang anda berjaya hasilkan, maka lagi tinggi komisen yang anda bakal perolehi.

 

Program affiliate ini akan membayar anda komisen berdasarkan prestasi anda. Ia tak sama dengan kerja-kerja yang anda lakukan untuk bos anda sama ada di pejabat ataupun di tempat kerja. Kalau kerja pejabat misalnya, anda bekerja dan dibayar gaji yang tetap. Tanpa mengira prestasi anda pada waktu tersebut, sama ada baik ataupun tidak.

 

Jika dalam agreement mengatakan anda akan dibayar gaji tetap sebanyak RM800 sebulan, maka itu gaji anda. Masalahnya ialah jika anda bekerja dalam bidang jualan. Bayangkan, jika pada bulan-bulan tertentu, semuanya berjalan dengan lancar, usaha-usaha pemasaran yang anda jalankan untuk syarikat anda bekerja juga berjalan dengan baik.

 

Anda berjaya menghasilkan jualan sehingga berjaya membantu syarikat dapat jualan sebanyak RM200,000 pada bulan tersebut. Berapakah imbuhan yang anda akan terima pada bulan tersebut?

Jika anda kerja makan gaji dan telah dipersetujui bahawa gaji anda ialah RM800 sebulan, maka itu sahajalah bayaran yang anda akan terima, tanpa mengira berapa banyak jualan yang anda dah berjaya hasilkan.

 

Sebaliknya, jika anda dibayar dalam bentuk komisen dan pendapatan anda adalah berkadaran dengan prestasi anda, dengan jumlah jualan sebanyak RM200,000 dan anda layak menerima komisen sebanyak 6%, maka anda sepatutnya akan dapat bayaran komisen sebanyak RM12,000!

 

Mana satu yang lebih lumayan pada perkiraan anda? RM800 atau RM12,000?

 

Kebanyakkan program affiliate tidak mengenakan sebarang yuran untuk disertai. Ya, anda boleh mula buat duit dengan menyertai program affiliate tanpa perlu risau untuk keluarkan sebarang modal permulaan pada hari ini juga.

 

Program affiliate BUKANNYA program pelaburan, MLM ataupun skim piramid online. Program ini dibina atas konsep jual dan beli. Anda tak perlu susah payah nak kumpul modal untuk diberikan kepada syarikat untuk dilaburkan dalam tempoh masa tertentu, mahupun perlu cari downline, bina rangkaian dan sebagainya. Jika ada mana-mana program affiliate yang mengenakan anda bayaran, menyuruh anda membuat pelaburan untuk memperolehi keuntungan yang lebih lumayan ataupun menyuruh anda untuk merekrut downline, besar kemungkinan program tersebut adalah program scam yang menyalahgunakan nama affiliate semata-mata.

 

Pesanan saya, jika anda ditawarkan untuk menyertai sebarang peluang perniagaan yang boleh dijalankan secara online, dan anda dikehendaki untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk menjadi ahli, tetapi anda kurang selesa untuk keluarkan modal tersebut, saranan saya ialah anda lupakan sahaja program tersebut dan fokus sahaja kepada program affiliate.

 

Sebagai contoh, ada seseorang yang mengajak anda untuk buat duit dengan menyertai bisnes simkad Tone Excel. Modal untuk jalankan bisnes ni ialah lebih kurang RM100. Masalahnya? Anda tak mampu nak keluarkan modal RM100 tu untuk menyertai bisnes ni.

 

Tak ada masalah. Anda masih lagi boleh buat duit. Boleh jadi anda mungkin akan lebih berjaya dalam program affiliate ini, berbanding kebanyakkan ejen-ejen Tone Excel yang giat mencari downline tu.

 

Pada hari ini, boleh dikatakan ada terlalu banyak pilihan program affiliate yang anda boleh sertai dan pelbagai produk mahupun servis yang anda boleh promosikan. Salah satunya ialah laman web Lazada. Ada beribu-ribu produk yang anda boleh promosikan kat laman web ini.

lazada-logo

Daripada perabot, automotive, gadget hinggalah barangan keperluan harian. Semuanya ada disini. Anda boleh klik sini untuk menyertai dan membuat pendaftaran sebagai ejen affiliate Lazada ataupun anda juga boleh membuat pendaftaran menerusi laman web Involve Asia disini.

 

Satu lagi kelebihan yang anda perlu tahu apabila menyertai program affiliate ni ialah, dari perspektif risiko. Tak salah rasanya kalau saya katakan program affiliate ni bebas risiko. Katakanlah program affiliate yang anda sertai kurang berjaya untuk menghasilkan komisen affiliate. Apa yang anda perlu buat? Mudah sahaja. Tukar sahaja produk yang anda sedang promosikan ataupun fokus kepada program affiliate lain yang lebih menguntungkan.

 

Sebagai contoh, program affiliate jobdirumah misalnya. Saya pun buat program affiliate ini, dan Alhamdulillah sehingga ke hari ini, banyak juga bayaran komisen jobdirumah yang pernah saya terima.

 

Saya percaya, di masa akan datang, akan muncul banyak lagi program-program affiliate yang menarik dan yang berpotensi untuk dipromosikan dan menghasilkan komisen yang lumayan untuk anda. Namun, dari pengalaman saya, jika anda ingin konsisten hasilkan komisen affiliate, anda kena ada laman web anda sendiri.

 

Sebab tu saya tekankan dari awal-awal lagi tentang mempunyai laman web sendiri. Mulakan membina laman web anda sendiri bermula dari sekarang. Promosikan produk-produk affiliate yang sesuai di laman web anda, dan anda pasti akan teruja melihat banyaknya komisen-komisen yang mula masuk ke akaun bank anda.

 

Cubalah!

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: