UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Boleh ke sara keluarga dengan hasil pendapatan daripada program affiliate?

February 20, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Dalam perkongsian kali ini, saya bukannya nak menyentuh mengenai aspek halal atau haram pendapatan dari program affiliate. Sebaliknya, apa yang saya ingin highlight ialah mengenai persoalan adakah cukup ataupun tidak untuk sara keluarga hanya dengan bergantung kepada pendapatan dari program affiliate sahaja.

 

Sebenarnya persoalan cukup atau tidak… ia memang subjektif. Agak sukar untuk kita menentukan sama ada ianya cukup atau tidak. Biasalah manusia… pernah ke kita merasa cukup? Pada satu ketika, kita merasakan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan dari affiliate adalah mencukupi. Namun, apabila kita dah berjaya capai jumlah tersebut, kita mula merasakan RM2,000 itu tidaklah besar mana, dan kita mahukan yang lebih banyak dari itu.

 

Sudah tentu, buat mereka-mereka yang memang langsung tak pernah merasa pendapatan dari program affiliate, akan merasakan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan pun dah cukup memadai. Betul tak?

 

Realitinya, program affiliate ada terlalu banyak disekeliling kita. Pada hari ini, kita boleh pilih mana-mana satu yang kita suka, atau jika mahu, kita boleh join semua dan buat duit dengan sepuas-puasnya menerusi semua platform affiliate yang terdapat dipasaran. Laratkah kita? Itu sahaja.

 

Walaupun konsep buat duit dengan program affiliate ini begitu mudah, namun ia tak bermakna, nak dapat hasil atau pendapatan dengan program affiliate adalah senang. Ia adalah suatu pekerjaan yang mencabar, dan kita perlu usaha keras untuk dapat hasilnya.

 

the_psychology_of_selling

Jika anda berminat untuk buat duit dalam bidang pemasaran affiliate, bermakna anda juga WAJIB minat nak buat duit dalam bidang jualan atau sales.

 

Ha… kalau anda mencari bahan bacaan yang bagus untuk mempertajamkan lagi skil jualan anda tu, bolehlah baca buku The Psychology of Selling karya Brian Tracy ini.

 

Sebenarnya buku ni bukannya ditulis khusus untuk membincangkan macam mana cara nak dapatkan banyak sales sebagai ejen affiliate, namun ada banyak teknik-teknik, strategi dan konsep jualan yang kita boleh pelajari dan contohi dari buku tersebut.

 

Oh, saya pun adalah salah seorang pembaca buku ini! Seperti lain-lain kerjaya berasaskan jualan yang lain, untuk kita hidup mewah, boleh beli apa sahaja, dan memberikan yang terbaik kepada keluarga kita, formulanya mudah sahaja, iaitu dengan menghasilkan jualan dengan sebanyak mungkin.

 

Saya ambil contoh, jika anda juga adalah salah seorang affiliate Jobdirumah. Komisyen untuk setiap jualan ialah sebanyak RM25. Ini bermakna, jika anda ingin mensasarkan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan dari program affiliate ini, apa yang perlu anda lakukan adalah menetapkan matlamat untuk mendapatkan sales sebanyak 80 unit sahaja dalam masa 30 hari.

 

Ini juga bermakna, kalau kita bahagikan dengan 30 hari, kita perlu buat jualan sekurang-kurangnya 3 unit dalam masa sehari. Ianya adalah suatu target yang munasabah, boleh dilakukan walaupun ianya memang mencabar.

 

Jika anda baru nak bermula dengan program affiliate, dan ingin terus mengharapkan anda boleh raih pendapatan yang lumayan, hingga mampu untuk dijadikan pendapatan utama anda, serta menggantikan kerja tetap anda, saya kira anda patut pertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu.

 

(1) Berapa komitmen bulanan anda?

Berapa banyak bil-bil yang anda perlu bayar.

 

(2) Berapa pula perbelanjaan anda dan keluarga? 

Anda mungkin akan luangkan sehari atau dua hari dalam setiap bulan untuk makan di luar atau pergi bercuti. Jadi, kena masukkan juga kos ini dalam perbelanjaan bulanan.

 

(3) Berapa hutang yang perlu anda bayar setiap bulan?

Hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. Kalau hutang tak bayar, habislah nanti akan dapat macam-macam surat.

 

(4) Berapa target sales yang anda ingin capai?

Bila dah tau semua komitmen, dari situ anda perlu tahu ianya bersamaan dengan berapa banyak sales yang perlu dihasilkan. Andaikata semua sekali anda perlukan RM2,500 bermakna, jika anda mempromosikan produk yang memberi anda komisyen sebanyak RM25, maka anda perlu buat sekurang-kurangnya 100 sales.

 

(5) Berapa pula kos pemasaran yang anda sanggup keluarkan?

Anda boleh jalankan pemasaran affiliate dengan menggunakan strategi pemasaran tanpa kos. Namun, satu masalah dengan teknik tanpa kos ni ialah, ia mungkin akan ambil masa yang begitu lama untuk menampakkan hasilnya. Kadang-kadang anda terpaksa menunggu sehingga 30 – 60 hari untuk mengetahui sama ada anda berjaya atau tidak untuk dapat sales, walaupun hanya satu sales sahaja.

 

Kalau nak cepat, maka suka atau tidak, memang perlu keluarkan kos. Antara kos yang mungkin anda perlu keluarkan ialah

(1) Kos domain dan hosting

(2) Kos langganan sistem autoresponder

(3) Kos pengiklanan sama ada iklan di FB atau di Instagram

 

Apapun, kena pastikan kos yang kita keluarkan itu berbaloi dan pulangannya dapat cover semula duit yang kita keluarkan tu tadi.

 

Pada saya, pendapatan dari program affiliate sebenarnya boleh jadi lumayan, dan boleh jadi langsung tak berbaloi. Ianya sangat bergantung kepada cara promosi yang anda lakukan. Bukan itu sahaja, malahan ada juga faktor-faktor lain seperti adakah produk yang dipromosikan itu adalah produk yang mempunyai demand, adakah dipromosikan kepada kelompok pelanggan yang betul dan sebagainya.

 

Justeru, saya ambil pendekatan untuk berfikiran positif, bahawa menerusi program affiliate, apabila dijalankan dengan betul, ia memang dapat menampung perbelanjaan kita seisi keluarga. Sebenarnya ramai yang berjaya buat duit yang lumayan dengan program affiliate, cuma mereka saja tak nak cerita kat orang.

 

Jadi affiliate untuk syarikat ini pun menarik, sebabnya orang Malaysia sekarang ni dah makin ramai yang suka beli barang secara online. Inilah masanya untuk kita dapatkan manfaat daripada kegemaran tersebut.

teknik_promosi_lazada

 

So macam mana sekarang? Anda masih tak yakin dengan program affiliate ke? Nak belajar cara saya boleh klik sini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Tambahkan pendapatan isi rumah dengan menyertai Program Affiliate
  2. Program Affiliate BukuOnline2U.com: Tambahkan pendapatan dengan buku!
  3. Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Konsisten Menerusi Program Affiliate?
  4. Jana pendapatan pasif melalui program affiliate marketing

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: pendapatan dari affiliate, sara keluarga dengan affiliate

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in