Program affiliate adalah merupakan salah satu cara yang cukup mudah dan popular untuk membantu orang ramai yang mempunyai laman web sendiri untuk tambahkan pendapatan. Jika anda mempunyai laman web sendiri, anda hanya perlu siarkan banner di mana-mana kawasan yang strategik di laman web anda.
Sebagai contoh banner seperti dibawah ini.
Bagaimana ia berfungsi dan dapat bantu anda tambahkan pendapatan? Mudah sahaja. Apabila terdapat pengunjung yang menekan klik pada banner tersebut, dan seterusnya melakukan sebarang pembelian produk, maka pembelian tersebut akan direkodkan sebagai pembelian yang terhasil menerusi usaha promosi anda. Memandangkan anda telah berusaha membantu menghasilkan jualan, maka anda akan dibayar peratusan tertentu dalam bentuk komisen.
Baiklah. Dalam penerangan ini, saya mengambil contoh program affiliate yang dianjurkan oleh Lazada. Anda akan menerima komisen sebanyak 6% hingga 10% daripada jualan yang terhasil daripada link yang anda siarkan ataupun banner iklan yang anda siarkan di laman web anda.
Sebenarnya konsep program affiliate ini sangatlah mudah. Anda sebagai pemilik laman web bersetuju untuk menjalinkan usaha sama dengan pemilik produk untuk mengiklankan ataupun mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web pemilik produk.