UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Pengkalan Balak sebagai destinasi percutian pilihan apabila ke Melaka

November 23, 2015 by sabree hussin 2 Comments

Seingat saya, kali pertama saya berkunjung ke Pengkalan Balak, Melaka adalah sekitar awal tahun 90an. Waktu tu, saya masih bersekolah rendah kalau tak silap. Itupun pergi sebab ikut family day tempat kerja kakak saya.

 

Kemudian, pada tahun 2006 saya diterima masuk untuk menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, Masjid Tanah. Sepanjang belajar kat sini, sekali pun tak pernah pergi ke Pengkalan Balak, padahal kalau nak diikutkan perjalanan dari Matrik Melaka nak ke Pengkalan Balak tak sampai setengah jam pun!

pemandangan_pengkalan_balak

Ini pemandangan waktu petang masa saya baru mula sampai ke sini. Seingat saya, saya sampai sekitar jam 5 petang kalau tak silap. Saya tiba agak lewat sebab tersesat jalan dan duk pusing-pusing kat tempat yang sama. Lepas tu patah balik pulak. Itu la… kadang-kadang ikut GPS ni bukannya boleh percaya sangat.

 

Gara-gara tersilap ambik exit dekat roundabout, sepatutnya dari Masjid Tanah ambik exit ke dua, saya pergi masuk exit yang ketiga pulak, maka mulalah GPS tunjuk jalan yang pelik-pelik. Ada ke patut lepas tu GPS tunjuk jalan yang sangat kecik, yang nak masuk pun agak susah.

 

Jalan tu cuma muat-muat satu kereta je. Rupa-rupanya dalam tu ada perkampungan. Kalau tak silap saya, nama kampung tu Kampung Solok Dekat.

pengkalan_balak

Kat situ jugak saya jumpa sebuah surau. Saya sempat singgah sekejap dan solat Asar di surau ni. Ok nama surau ni Surau Al-Khairiah, Kg Solok Dekat, Masjid Tanah dan menurut rekod yang dipaparkan pada papan tanda surau ini, ia mula dibina pada Januari 2002.

 

Selesai urusan di Surau ni, saya ikut jalan yang ditunjukkan oleh GPS. Ikut je jalan bertar yang anda boleh nampak macam dalam gambar tu. Rupanya dia boleh terus tembus ke Pantai Pengkalan Balak.

 

Sebenarnya masa saya datang ni, saya masih lagi tak buat sebarang booking untuk bermalam kat Pengkalan Balak. Banyak tempat yang saya tanya, kebanyakkan semuanya penuh. Lebih-lebih lagi yang mengadap pantai. Semuanya dah FULL.

 

Rupanya, ramai juga yang suka jadikan Pengkalan Balak sebagai destinasi percutian dan tempat untuk buat Family Day. Hmm… memang patut pun full.

 

Cari punya cari, akhirnya dapat juga bilik!

d-kebun-najibah-chalet-homestay-no-5

Saya menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay. Waktu ni ada banyak bilik kosong, jadi saya boleh pilih mana-mana bilik yang saya suka. Jadi, saya pun pilih bilik nombor 5.

d-kebun-najibah-chalet-homestay-bilik

Dalamnya juga tak mengecewakan. Ada dua katil. Satu saiz queen size dan satu lagi katil jenis single. Kemudahan lain adalah seperti televisyen, air cond, almari dan ada table kecik. Pada saya semua ni dah cukup memadai dan cukup selesa.

d-kebun-najibah-chalet-homestay

Sebenarnya dekat D’Kebun Najibah Homestay & Chalet ni ada satu lagi konsep chalet seperti dalam gambar kat atas ni. Dari segi saiz ianya lebih kecil sedikit berbanding yang saya sewa. Kalau pergi berdua, sesuai la ambil yang jenis ni.

 

Selain dari segi saiz, kedua-dua ni juga berbeza dari segi harga. Ikutlah anda punya bajet dan berapa lama nak menginap kat sini nanti ya.

 

Aktiviti apa yang best kat Pengkalan Balak?

Macam-macam aktiviti yang anda boleh buat, anda bebas sama ada nak

1. Mandi laut

2. Family day

3. Gathering & Reunion

4. BBQ

5. Main boleh tampar

6. Main layang-layang

 

… dan antara semua ni, yang saya paling suka ialah aktiviti mencari remis!

cari_remis_di_pengkalan_balak

Kalau kena dengan masanya, memang cukup senang nak cari remis ni. Korek pasir lebih kurang je, dan tak perlu nak korek dalam-dalam anda dah boleh jumpa remis.

 

Ada pelbagai saiz. Namun remis ni saiznya tak adalah besar sangat. Hasil bersusah payah mengorek pasir dapatlah banyak ni…

remis-pengkalan-balak

Perjalanan dari Melaka nak ke Kuala Lumpur ambil masa lebih kurang dalam 2 jam. Kalau traffic jam, boleh sampai 3 jam. Almaklumlah, saya bawa kereta bukannya laju sangat pun.

 

Jadi untuk mengekalkan kesegaran remis-remis ni, dan nak pastikan remis ni masih hidup bila dah sampai kat KL nanti, saya masukkan sedikit pasir pantai, kemudian saya siram sikit dengan air laut untuk bagi pasir tu kekal lembab.

 

Macam kat dalam gambar tu la senang cerita.

 

Alhamdulillah, bila dah sampai KL, saya tengok hampir semua remis masih hidup lagi. Memang sedap kot masak remis waktu masih fresh lagi!

masjid_aminin_kg_sg_tuang

Sebelum balik, singgah dulu dekat Masjid Aminin, Kg Sungai Tuang. Tunaikan dulu kewajipan sebagai seorang Muslim dan berdoa semoga perjalanan pulang dipermudahkan dan semoga selamat dalam perjalanan.

 

Tempat makan di Pengkalan Balak

Kat sekitar Pengkalan Balak ni sebenarnya ada banyak tempat makan yang best. Cuma bergantung pada bila anda ingin berkunjung ke sini. Kalau hari minggu, mungkin agak ramai orang.

 

Tapi tak ada masalah. Anda boleh keluar dari Pengkalan Balak dan menuju ke sekitar Masjid Tanah. Kat situ pun ada banyak kedai makan, dan dari segi harga, ianya agak murah berbanding kalau di KL.

 

Dalam situasi saya, memandangkan ini merupakan kali pertama saya nak cuba rasa masakan asam pedas Melaka, malam tu saya ke Kota Laksamana. Pekena asam pedas Melaka buat pertama kalinya di Man Asam Pedas.

restoran_man_asam_pedas_melaka

Kalau ikutkan, jauh jugak tempat ni dengan Pengkalan Balak ha ha

 

Tak apa lah, sebab nak cuba asam pedas punya pasal. Lagipun ni merupakan kali pertama saya drive sendiri ke Melaka dengan bantuan GPS sahaja.

 

Apa pun, pada saya la kan… Pengkalan Balak memang BEST, dan tak rugi kalau nak spend masa nak bercuti kat sini.

 

Orang lain? Saya tak tau la. In Shaa Allah, ada rezeki saya akan datang lagi ke sini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bercuti di Pengkalan Balak menikmati keindahan panorama pantai
  2. Bercuti di Tiga Pantai Menarik di Melaka
  3. Homestay Solehah Dungun – Destinasi Penginapan PILIHAN Di Dungun
  4. Pengalaman percutian ke Sabah (3) – Apabila orang semenanjung ingin ke Sabah

Filed Under: Travelog Tagged With: bercuti pengkalan balak, cari remis pengkalan balak, chalet pengkalan balak, pengkalan balak

Trackbacks

  1. Bercuti di Pengkalan Balak menikmati keindahan panorama pantai says:
    December 31, 2015 at 9:12 pm

    […] Baca: Pengkalan Balak sebagai destinasi percutian pilihan apabila ke Melaka […]

    Reply
  2. Perlu ke saya berikan sample untuk produk yang saya ingin promosikan? - Blog Sabree Hussin says:
    November 7, 2016 at 2:53 pm

    […] sebelum melanggan atau mencuba sesuatu yang baru. Contohnya kalau saya baru pertama kali ingin bercuti dan beristirehat ke Pengkalan Balak, Melaka, saya akan menggunakan perkhidmatan Google terlebih dahulu untuk mencari info-info seperti kat mana […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in