Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bercuti di Pengkalan Balak menikmati keindahan panorama pantai

December 29, 2015 by sabree hussin 1 Comment

Bulan ni sekali lagi saya berkunjung ke Pengkalan Balak. Ha… nampak tak? Bulan lepas saya dah datang ke sini, boleh pulak bulan depannya saya datang sekali lagi ke Pengkalan Balak, Melaka.

Baca: Pengkalan Balak sebagai destinasi percutian pilihan apabila ke Melaka

 

Kali ni memang mood nak bercuti semata-mata. Mandi pantai, cari remis, cari asam pedas Melaka, jalan-jalan, tenangkan fikiran, sambil-sambil tu nak kumpul semula kekuatan dan semangat untuk mendepani cabaran yang bakal mendatang sempena kedatangan tahun baru 2016.

 

Ini pemandangan sekitar Pantai Pengkalan Balak di waktu malam.

pantai_pengkalan_balak

Bulan lepas masa saya datang ke sini, saya tak berpeluang nak duduk-duduk tepi pantai macam ni. Masa tu hujan turun dengan sangat lebat. Jadi malam tu, lepas makan dekat Man Asam Pedas, terus balik ke bilik. Sepanjang perjalanan pun hujan masih turun dengan rintik-rintik. Jadi memang tak sesuai nak lepak kat tepi pantai.

 

Kalau waktu cuaca baik macam ni, waktu malam-malam akan ada orang memancing kat tepi pantai. Jadi, kalau nak lepak tepi pantai pun tak ada la risau sangat. Anda tak akan keseorangan.

[Read more…]

Filed Under: Travelog Tagged With: chalet murah pengkalan balak, dnelayan, pengkalan balak

Pengkalan Balak sebagai destinasi percutian pilihan apabila ke Melaka

November 23, 2015 by sabree hussin 2 Comments

Seingat saya, kali pertama saya berkunjung ke Pengkalan Balak, Melaka adalah sekitar awal tahun 90an. Waktu tu, saya masih bersekolah rendah kalau tak silap. Itupun pergi sebab ikut family day tempat kerja kakak saya.

 

Kemudian, pada tahun 2006 saya diterima masuk untuk menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, Masjid Tanah. Sepanjang belajar kat sini, sekali pun tak pernah pergi ke Pengkalan Balak, padahal kalau nak diikutkan perjalanan dari Matrik Melaka nak ke Pengkalan Balak tak sampai setengah jam pun!

pemandangan_pengkalan_balak

Ini pemandangan waktu petang masa saya baru mula sampai ke sini. Seingat saya, saya sampai sekitar jam 5 petang kalau tak silap. Saya tiba agak lewat sebab tersesat jalan dan duk pusing-pusing kat tempat yang sama. Lepas tu patah balik pulak. Itu la… kadang-kadang ikut GPS ni bukannya boleh percaya sangat.

 

Gara-gara tersilap ambik exit dekat roundabout, sepatutnya dari Masjid Tanah ambik exit ke dua, saya pergi masuk exit yang ketiga pulak, maka mulalah GPS tunjuk jalan yang pelik-pelik. Ada ke patut lepas tu GPS tunjuk jalan yang sangat kecik, yang nak masuk pun agak susah.

[Read more…]

Filed Under: Travelog Tagged With: bercuti pengkalan balak, cari remis pengkalan balak, chalet pengkalan balak, pengkalan balak

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat
  • Strategi menetapkan kadar sewa yang kompetitif untuk bisnes homestay
  • Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • Jom Kenali Profil Pelanggan Kedai Runcit Mengikut Lokasi
  • Tips menjalankan bisnes kedai runcit yang berjaya

Recent Comments

  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • azman on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • rujukan on Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • faizal mohamad on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in