Bulan ni sekali lagi saya berkunjung ke Pengkalan Balak. Ha… nampak tak? Bulan lepas saya dah datang ke sini, boleh pulak bulan depannya saya datang sekali lagi ke Pengkalan Balak, Melaka.
Baca: Pengkalan Balak sebagai destinasi percutian pilihan apabila ke Melaka
Kali ni memang mood nak bercuti semata-mata. Mandi pantai, cari remis, cari asam pedas Melaka, jalan-jalan, tenangkan fikiran, sambil-sambil tu nak kumpul semula kekuatan dan semangat untuk mendepani cabaran yang bakal mendatang sempena kedatangan tahun baru 2016.
Ini pemandangan sekitar Pantai Pengkalan Balak di waktu malam.
Bulan lepas masa saya datang ke sini, saya tak berpeluang nak duduk-duduk tepi pantai macam ni. Masa tu hujan turun dengan sangat lebat. Jadi malam tu, lepas makan dekat Man Asam Pedas, terus balik ke bilik. Sepanjang perjalanan pun hujan masih turun dengan rintik-rintik. Jadi memang tak sesuai nak lepak kat tepi pantai.
Kalau waktu cuaca baik macam ni, waktu malam-malam akan ada orang memancing kat tepi pantai. Jadi, kalau nak lepak tepi pantai pun tak ada la risau sangat. Anda tak akan keseorangan.