Pernah tak anda lihat iklan bagi kerja Data Entry yang sebenar? Bukan jenis yang tipu-tipu punya ya, sebaliknya yang memang genuine, sah, dan memang membayar pekerjanya.
Kalau tak pernah tengok lagi macam mana rupa bentuk iklan kerja data entry secara online ni, maka saya nak tunjukkan beberapa contoh iklan. Sebenarnya job data entry ni memang ada banyak. Tapi dalam post ini saya nak kongsikan lebih kurang 6 contoh kerja data entry sahaja.
Ada yang bimbang, kalau-kalau lepas dah join program Jobdirumah, nanti tak ada kerja macam mana? Tak ke rasa rugi? Jadi sebelum saya post artikel ni, saya buat semakan terlebih dahulu di laman web carian kerja. Ok jom lihat beberapa contoh kerja data entry yang baru sahaja saya temui sebentar tadi.
(1) Masukkan maklumat produk dalam sistem ecommerce Opencart
Salah satu platform jualan yang popular bagi usahawan online adalah sistem Opencart. Kalau anda tau, atau memang biasa dengan sistem Open Cart, maka kerja ini tak menjadi satu masalah untuk anda.
Maklumat tentang produk semua telah disediakan. Anda hanya perlu copy dan paste di ruangan yang bersesuaian. Kat bawah ni adalah contoh laman web jualan yang dibangunkan menggunakan sistem ecommerce Opencart.
Platform Open Cart memang agak popular sebabnya ia mudah di kendalikan, kita boleh jual macam-macam produk dalam sebuah laman web dan yang paling best, platform ini dilengkapi dengan sistem affiliate. Jadi, anda boleh rekrut sebanyak mana ejen affiliate yang anda mahukan bagi membantu anda melakukan kerja-kerja pemasaran.
Jika anda adalah seorang usahawan yang mahu menjual pelbagai produk secara online, mungkin anda juga boleh gunakan Open Cart seperti ini. Anda dapatkan domain dan hosting dari syarikat hosting NetKL Network dan sistem ini boleh dipasang dengan mudahnya menerusi perisian Softaculous yang diberikan percuma di Control Panel.
(2) Cari maklumat tentang pelbagai syarikat dalam industri tertentu dan kumpulkan data-data tersebut
Kerja seperti ini adalah antara kerja data entry yang kerap diiklankan. Biasanya seseorang usahawan tu perlukan maklumat tertentu tentang syarikat yang beroperasi dalam bidang tertentu bagi tujuan tertentu. ha ha pening ke?
Ok… kalau ambil contoh saya sendiri. Biasanya secara peribadi, saya akan kumpul maklumat tentang syarikat yang beroperasi dalam bidang tertentu dan akan buat perbandingan antara satu sama lain. Contohnya macam sekarang ni, saya jual simkad Tone Excel.
Jadi, dah tentu saya perlukan maklumat yang secukupnya mengenai syarikat-syarikat telco yang ada di Malaysia untuk saya mengetahui serba sedikit tentang pengurusan, produk, keuntungan syarikat (untuk syarikat berstatus Berhad kita boleh baca Annual Report mereka), coverage, respons serta reaksi pelanggan atau pengguna dan sebagainya.
Maklumat-maklumat ini adalah sangat penting terutama sekali apabila saya nak buat kerja-kerja pemasaran. Bila ada maklumat-maklumat ini semua, lebih mudah nak buat ayat-ayat marketing atau lancarkan kempen pemasaran yang unik. Lagipun, saya memang tak berapa suka teknik copy paste yang kerap dilakukan oleh sesetengah ejen.
Walaupun step yang saya buat ni agak susah dan makan masa, namun hasilnya lebih baik berbanding yang copy paste tak tentu hala.
(3) Masukkan maklumat produk ke dalam sistem ecommerce online AliExpress
Laman web AliExpress ni lebih kurang sama macam laman web ecommerce TaoBao. Pengguna laman web ini lazimnya adalah mereka yang boleh bertutur dan boleh membaca tulisan cina.
Sudah tentulah saya tak boleh baca tulisan cina!
(4) Kumpul maklumat tertentu menggunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan
Ringkasnya kerjanya begini. Buka laman web Wikipedia. Kemudian buat carian menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan info yang diperlukan. Kalau dalam contoh diatas ini, klien ni perlukan info tentang jumlah penduduk di sesebuah kawasan.
Bila dah dapat maklumat tu, masukkan data tersebut ke dalam format excel. Itu sahaja. Klien ini akan bayar mengikut jam, dan anda akan menerima USD4 atau lebih kurang RM17.77 untuk satu jam bekerja.
(5) Cari info dan maklumat perhubungan syarikat dari pelbagai laman web
Dalam senarai yang diberikan, ada lebih kurang 5,000 buah syarikat. Tugas anda adalah buka laman web syarikat dan cuba dapatkan maklumat perhubungan atau contact information. Mungkin maklumat yang diperlukan adalah seperti alamat website, nombor telefon, nombor fax, alamat emel dan sebagainya.
Banyak juga masa yang diperlukan kalau nak siapkan tugasan ni. 5,000 buah syarikat tu! Bukannya satu jumlah yang sedikit. Bajet untuk upah adalah sebanyak USD100. Maksudnya, untuk satu syarikat, kita akan dibayar lebih kurang USD0.02 atau bersamaan dengan lebih kurang duit kita RM0.08. Berbaloi tak? ha ha
(6) Buat kajian tentang produk ataupun kedai online yang terdapat di laman web Amazon
Kerja ni macam kerja-kerja risikan dan penyiasatan juga. Dari laman web atau online store yang ada di Amazon, kita boleh tahu apa produk yang hot dan banyak menerima tempahan.
Saya pun sebenarnya tak berapa arif dengan sistem Amazon. Tetapi, kalau nak cerita dari skop kerja seorang product atau market researcher, saya ada la juga sedikit pengalaman.
Biasanya laman web yang saya akan gunakan untuk buat research adalah seperti Lazada Malaysia, Zalora, EZ Buy dan sebagainya. Laman web ini semua saya jadikan pilihan sebabnya market segment yang saya sasarkan adalah pasaran tempatan. Orang Malaysia memang tak ada masalah untuk membeli belah di laman web yang saya sebutkan di atas.
.
..
…
6 Contoh kerja data entry kat atas ini adalah contoh-contoh kerja dalam bidang data entry yang cukup popular. Baiklah, sekarang ni saya tak tau, sama ada anda mempunyai kemahiran untuk lakukan kerja-kerja ni semua atau tidak.
Mungkin jawapan anda adalah YA dan mungkin juga jawapan anda adalah TIDAK. Saya pun tak tau. Pada saya, walaupun kerja-kerja ni semua senang, namun saya “Tak ada masa” nak buat kerja-kerja ni semua. As per now saya ada kerja dan projek lain yang lebih menguntungkan berbanding buat kerja-kerja ni semua.
Tapi saya percaya, situasi anda mungkin berbeza dengan saya. Anda mungkin berminat nak mencuba kerja-kerja data entry ni semua.
Boleh. Silakan. Namun, bukan semua orang akan berjaya dapat kerja yang diiklankan. Sebabnya? Saingannya sangatlah sengit. Itulah sebabnya Panduan Jobdirumah ini dihasilkan.
Untuk orang yang memang tak tau macam mana nak apply kerja-kerja seperti data entry ni, boleh belajar dari panduan ini.
Baca juga: Panduan Bekerja Dari Rumah – Contoh kerja dari rumah yang Popular dan boleh dipercayai
Anuar says
Peluang bekerja dari rumah yang perlu dipertimbangkan… 😉
sabree hussin says
Yup betul tu, untuk mereka yang ada perancangan nak cuba-cuba kerja dalam bidang data entry, kena biasakan dulu tengok iklan kerja dia macam mana
hilangkaneyebag says
boleh try yg ni. takde masalah rasanya. nampak best
sabree hussin says
Ya cubalah. Nak mintak kerja tak perlu bayar apa-apa pun
Amin Hakim says
Saya dan wife juga main jobdirumah nie.. buat masa nie, job memang masuk je.. ehehe
sabree hussin says
Job memang ada banyak. Kalau rajin memang boleh buat duit yang banyak kat sini
hallowdraft says
ade info pasal mass solutions tak bro, ni kalo aku tak silap company yang ambik alih projek kerja dirumah yang kerajaan lancar dulu.
tapi aku takde info cukup tentang syarikat ni dari segi testimonial dan lain2
sabree hussin says
Saya biasa dapat emel dari Mass Solution ni. Biasanya emel bagi tau ada kerja kosong, ada task yang baru, dan ada ujian yang boleh kita buat di member area. Tak pernah pulak saya plan nak cari testimoni sebelum-sebelum ni. Mungkin ada, tapi sebab saya tak cari, jadi tak jumpa.
Hasrul Hassan says
Banyak peluang untuk cari kerja dari rumah ni. Kena rajin selalu dan tak boleh malas buat kerja.
sabree hussin says
Kalau tak kerja, tak ada la upahnya 😀