Panduan Bekerja Dari Rumah – Contoh kerja dari rumah yang Popular dan boleh dipercayai

by sabree hussin on November 28, 2016

in Bekerja dari rumah

Ada banyak iklan tentang peluang bekerja dari rumah yang boleh anda temui di internet. Sesetengah iklan kerja kosong tersebut boleh dipercayai, manakala sebahagiannya pula hanya penipuan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

 

Bagi mereka yang memang ada banyak pengalaman, saya percaya anda tahu bagaimana nak bezakan antara kerja dari rumah yang betul dengan yang tipu. Akan tetapi, bukan semua orang ada pengalaman dan pengetahuan tersebut.

 

Banyak iklan mengenai peluang bekerja dari rumah sebenarnya indah khabar dari rupa. Orang putih kata, it is too good to be true. Akan tetapi, masih ada juga yang terpedaya dan terjebak dalam penipuan terancang ini.

 

Contohnya iklan seperti dibawah ini.

“Pekerja dari rumah diperlukan sebagai jurutaip sambilan. Upah yang lumayan akan diberikan dari RM300 – RM7,000 sebulan. Ini bukan program MLM atau program orang cari orang. Hanya kerja jurutaip dan memproses data sahaja.” 

 

Sesetengah orang, bila nampak je potensi pendapatan yang boleh mencecah sampai RM7,000 sebulan, terus tak sabar nak mencuba tanpa berfikir panjang. Walaupun sebenarnya dia dah kena tipu.

perkhidmatan-iklan-blogger

Baiklah, perkongsian kali ini adalah lanjutan daripada post saya sebelum ini yang berjudul Panduan Bekerja Dari Rumah. Kali ini saya nak fokus pada contoh-contoh pekerjaan dari rumah yang memang popular dan boleh dipercayai sahaja. Saya harap lepas anda baca perkongsian ini, anda juga boleh bezakan mana satu bentuk kerja yang boleh dipercayai dan mana satu yang tipu semata-mata.

 

Senarai kerja ini saya dapat dari laman web ini. Dalam post ini saya akan tunjukkan bukti serta contoh bahawa pekerjaan tersebut memang wujud dan memang ada majikan yang memerlukan pekerja untuk bekerja dalam bidang tersebut.

 

(1) Kerja sebagai Data Entry

Ini adalah contoh pekerjaan yang sangat popular dan paling diminati ramai. Bukan orang kat Malaysia je tau yang suka dengan kerja-kerja data entry ni, malahan orang dari negara luar pun suka buat kerja-kerja jenis data entry.

 

Mungkin sebab sesetengah orang menganggap kerja data entry ni senang untuk dilakukan agaknya. Bawah ini adalah contoh bagi iklan data entry.

data_entry_job

Seperti yang anda semua boleh lihat, kerja data entry ini mudah sahaja. Rujuk pada iklan kerja diatas. Anda akan diberikan senarai nama kolej yang terdapat di US yang semua sekali berjumlah 750 buah kolej. Anda perlu layari laman web mereka dan seterusnya perlu cari maklumat berkenaan Spring Break 2016 ataupun cuti musim bunga.

 

Berapa kadar upah bagi kerja data entry?

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, kerja sebagai data entry TIDAK menjanjikan kadar upah yang lumayan. Lebih-lebih lagi jika anda buat kerja ini secara part time sahaja. Masih lagi merujuk kepada iklan kerja data entry diatas, anda akan dibayar upah sebanyak USD25 setelah berjaya menyiapkan kerja ini.

 

USD25 ini, jika kita convert kepada RM, jumlahnya adalah lebih kurang RM100. Nampak lumayan bukan, namun begitu, jika anda perasan kerjanya agak leceh dan mengambil masa. Anda perlu buat research dan juga pembacaan terhadap 750 laman web yang berbeza. Sebenarnya kalau dipecah-pecahkan kadar bayaran, ia akan jadi seperti berikut

USD25 (bajet majikan) / 750 (nama kolej) = USD0.03 untuk setiap kolej

 

Untuk mencari maklumat tentang bila waktu cuti musim bunga bagi sesebuah kolej, anda hanya dibayar upah sebanyak USD0.03. Kalau anda mengambil masa yang lama untuk cari maklumat tu, maka ia akan nampak kurang berbaloi dari segi penggunaan masa untuk mencari satu maklumat sahaja.

 

Kerja sebagai data entry Full Time

Anda mungkin nak tau, berapa agaknya kadar upah jika melakukan kerja-kerja data entry secara full time. Rujuk iklan dibawah yang saya ambil dari laman web carian kerja Jobstreet.com.my

data_entry

Jika anda ingin bekerja full time, anda perlu ke ofis yang terletak di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Waktu kerja adalah dari jam 8.45 am- 5.45 pm dan anda akan dibayar upah sebanyak RM1,200

 

Nampak tak? Kerja data entry ni, jika kita buat full time pun kita masih belum tentu boleh dapat pendapatan sehingga RM3,000 – RM7,000. Tapi yang peliknya, ada juga yang terpengaruh apabila dijanjikan bayaran upah yang begitu lumayan dan hampir tak masuk akal untuk kerja-kerja yang simple.

senarai-kerja-kosong

 

(2) Kerja sebagai translator atau penterjemah

Anda akan diberikan dokumen dalam bahasa tertentu. Kerja anda adalah untuk alih bahasa dokumen tersebut dalam bahasa yang dimahukan oleh majikan. Sama ada dari Mandarin ke English, Bahasa Malaysia ke English, French ke English dan sebagainya.

 

Bawah ini adalah contoh kerja translator.

kerja-translator-dari-rumah

Kadar upah sebagai translator sambilan dari rumah

Untuk kerja sebagai translator, kadar upah yang akan diterima adalah sebanyak USD0.02 untuk setiap patah perkataan yang diterjemahkan. Contohnya macam iklan diatas. Anda akan dibekalkan dengan dokumen dalam bahasa Inggeris yang mengandungi 380 patah perkataan. Anda perlu terjemahkan ke dalam bahasa Italy.

 

Untuk setiap tugasan yang siap, bayaran upah yang akan diterima adalah sebanyak USD8 atau lebih kurang RM32 bagi matawang negara kita. Saya berpendapat, untuk mereka yang benar-benar mahir, pasti tak ada masalah untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan dalam masa yang pantas.

 

(3) Virtual Assistant

Ataupun dalam bahasa melayu dipanggil sebagai pembantu maya. Tugas anda adalah membantu melancarkan urusan-urusan majikan anda. Apa sahaja urusan yang berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan oleh majikan anda. Anda mungkin perlu tulis surat, tulis emel, membuat kerja-kerja promosi dan hebahan, melayan soalan-soalan pelanggan, membalas emel dan sebagainya.

kerja-virtual-assistant

Kalau melihat kepada contoh iklan diatas, bagi kerja-kerja virtual assistant, anda akan dibayar mengikut berapa jam anda bekerja. Secara purata, anda akan dibayar USD5.38 untuk satu jam tempoh perkhidmatan. Lagi lama anda kerja, lagi banyak benda yang anda buat, maka lagi tinggi upah yang akan anda terima.

 

Kerja-kerja virtual assistant ini adalah lebih kurang dengan kerja sebagai setiausaha.

 

(4) Pengurus Social Media

Ada ke kerja sebagai pengurus social media ni? Sudah tentulah ada. Pada hari ini, social media merupakan salah satu komponen penting bagi sesebuah perniagaan.

 

Prospek dan pelanggan adakalanya akan menghubungi sesebuah perniagaan menerusi laman media sosial. Sudah tentu sebagai pelanggan, mereka perlukan respon yang pantas dari pemilik perniagaan.

kerja-dari-rumah-facebook

Atas ini adalah contoh pekerjaan sebagai pengurus laman media sosial Facebook. Anda diminta untuk menterjemahkan panggilan telefon dan menulis semula dalam bentuk Facebook Post.

 

Kadar upah yang ditawarkan adalah sebanyak USD3.37 untuk satu jam bekerja.

 

(5) Transcription

Kerja yang saya kira paling banyak dalam bidang ini ialah kerja-kerja menghasilkan subtitle untuk rancangan TV.

kerja-sebagai-translator

Melakukan kerja-kerja penterjemahan seperti menghasilkan subtitle ini rupa-rupanya anda akan dibayar kadar upah yang agak lumayan. Cuba lihat pada bahagian Avg. Hourly Rate. Anda akan dibayar USD45.75

 

Bagaimana? Anda mampu untuk menghasilkan subtitle untuk rancangan TV berbahasa German? Bolehlah apply pekerjaan ini.

 

(6) Bekerja dari rumah sebagai penulis blog atau blogger sambilan

Blogging adalah salah satu aktiviti yang penting dan memberi impak yang agak besar kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu, tak ramai yang ada masa untuk mengemaskini blog dengan menyiarkan artikel-artikel dan perkongsian terkini.

 

Untuk pemilik perniagaan yang memang sangat sibuk dengan urusan lain hingga tak sempat nak kemaskini blog, maka ada antara mereka yang akan outsource sahaja kerja-kerja tersebut.

kerja-dari-rumah-blogger

Kalau kita lihat pada iklan ini, kadar upah yang ditawarkan adalah sebanyak USD5 untuk satu artikel yang berjaya dihasilkan. Dalam contoh kat atas ni, majikan memerlukan artikel yang berkaitan dengan “Patio Heaters” dan “Fire Pits”.

 

(7) Proof reading

Anda akan diberikan dokumen yang agak panjang isi kandungannya. Tugas anda adalah untuk mencari kesalahan ejaan dan melakukan pembetulan pada ayat jika perlu.

panduan-kerja-dirumah-proof-reading-work

Lihat contoh iklan di atas. Jumlah perkataan yang anda perlu semak semua sekali adalah sebanyak 35,000 patah perkataan. Dokumen ini pula dalam bahasa Polish! 

 

Sekiranya anda sanggup ambik kerja ini, bayaran upah yang bakal anda terima adalah berjumlah USD50 ataupun lebih kurang RM200.

 

(8) Graphic Designs

Contohnya adalah seperti kerja-kerja menghasilkan logo, design ebook ecover, buat poster dan macam-macam lagi.

kerja-dari-rumah-menghasilkan-logo

Atas ini adalah contoh pekerjaan yang memerlukan anda untuk menghasilkan logo. Majikan ini sanggup untuk bayar anda sebanyak USD10 untuk kerja-kerja menghasilkan logo. Orang yang memang kreatif dan ada skil untuk mereka bentuk grafik memang sesuai untuk buat kerja-kerja ini.

 

(9) Kerja penulisan artikel dan juga content writing

Satu lagi contoh kerja yang ada banyak permintaan adalah dalam bidang penulisan.

panduan-kerja-dirumah-chinese-content-writer

Lihat contoh iklan bagi kerja-kerja menghasilkan content diatas. Bayaran yang boleh diperolehi adalah sehingga USD100. Apa yang saya perhatikan, biasanya untuk kerja-kerja yang melibatkan bahasa Inggeris dan bahasa asing, kadar upahnya agak tinggi.

 

Mungkin sebab orang yang bakal melakukan kerja ini perlu menguasai lebih dari satu bahasa.

 

(10) Kerja berkaitan dengan Search Engine Optimzation

Kerja yang berkaitan dengan Search Engine Optimization atau SEO juga menawarkan pendapatan yang agak lumayan bagi setiap projek yang kita berjaya siapkan.

panduan-kerja-dirumah-content-writing-job

Kerja-kerja berkaitan dengan SEO kebiasaannya juga akan digandingkan dengan kerja-kerja penulisan. Lihat contoh iklan diatas. Kadar upah yang bakal dibayar adalah sebanyak USD50 atau lebih kurang RM200.

 

Kenapa para majikan ini sanggup untuk bayar upah yang tinggi?

Sebenarnya bukan semua job akan dibayar upah yang tinggi. Ada juga job seperti yang saya senaraikan diatas, kadar upahnya rendah sahaja. Bagi mana-mana pekerjaan atas talian yang menawarkan kadar upah yang tinggi, selalunya sebab majikan tersebut yakin bahawa dia akan dapat balik pulangan yang berkali ganda lagi banyak daripada apa yang dia perlu bayar kepada pekerja.

 

Ambil sahaja contoh kerja-kerja yang berkaitan dengan SEO. Apabila sesuatu kempen SEO telah berjaya masuk ke page pertama google, pada waktu tu majikan tersebut boleh tersenyum gembira melihat sales masuk dengan sendirinya.

 

Ini hanya sebahagian sahaja daripada senarai kerja yang boleh anda lakukan dari rumah. Kesemua kerja-kerja ini adalah kerja-kerja yang sah dari majikan yang sah dan memang akan membayar jika anda berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut serta berjaya menyiapkan kerja seperti yang dimahukan oleh majikan.

 

Anda mungkin tidak akan memohon kerja-kerja seperti yang saya senaraikan diatas ini.

 

… atau anda mungkin ada cuba untuk memohon kerja-kerja tersebut, TETAPI anda mungkin tidak diterima bekerja. Ada beberapa sebab kenapa anda gagal dapat pekerjaan tersebut contohnya seperti persaingan dari pekerja lain.

 

Anda boleh gunakan maklumat yang saya berikan ini untuk menilai sama ada sesuatu pekerjaan yang ditawarkan kepada anda tu betul atau tipu semata-mata. Mungkin maklumat dalam ini tidaklah seratus peratus tepat, namun ia pasti membantu.

 

Kalaulah anda ditawarkan peluang kerja dari rumah dengan kadar gaji yang tak masuk akal, kemudian kerjanya pula konon-kononnya semudah data entry, maka setidak-tidaknya anda tahu bagaimana untuk menyelamatkan diri anda dari ditipu.

 

Saya harapkan semoga perkongsian tentang contoh kerja dari rumah ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Aini Celik Genius February 11, 2017 at 8:47 am

Assalammualaikum .
Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog 🙂
Zaman sekarang ini perlu ada inisiatif untuk menjana side income.

Reply

sabree hussin February 14, 2017 at 12:05 pm

Waalaikumusalam, ya betul tu. Semua orang perlu ada side income.

Reply

Syazwani April 10, 2017 at 10:41 pm

Apa nama website tu?

Reply

sabree hussin April 10, 2017 at 11:19 pm

Jobdirumah.com

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: