Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time

March 20, 2016 by sabree hussin 30 Comments

“Adakah anda masih mencari-cari pekerjaan yang mudah, yang boleh dilakukan secara online sahaja dan boleh dilakukan secara part time hanya dari rumah?”

 

Dalam catatan kali ini saya nak kongsikan tentang sebuah laman web yang menawarkan pekerjaan yang begitu mudah dan yang bestnya anda akan dibayar dalam matawang USD.

 

Oh nanti dulu! Jika anda membayangkan pekerjaan ini bakal membayar anda dengan satu jumlah yang besar, sedangkan tugasan yang perlu dilakukan pun mudah-mudah belaka, maka anda telah tersalah tafsir sama sekali. Jom saya tunjukkan pada anda bukti upah yang sedang saya kumpulkan dalam “akaun gaji” saya.

bukti-kerja-dari-rumah

Seperti yang anda semua dapat perhatikan, jumlah bayaran yang saya terima adalah dalam range USD0.05 – USD0.10

 

Untuk mengetahui berapa nilainya dalam matawang ringgit Malaysia, kita perlu darabkan dengan 4, memandangkan kadar tukaran matawang RM – USD adalah lebih kurang RM4 bersamaan dengan USD1.

 

Dalam satu-satu masa, biasanya akan ada lebih kurang 40++ job yang boleh kita selesaikan, dan sekiranya anda berjaya menyiapkan tugasan tersebut, seperti yang dimahukan oleh pihak majikan, maka anda akan menerima upah seperti yang dijanjikan. Anda boleh lihat senarai tugasan terlebih dahulu dan pilihlah mana-mana satu yang mungkin sesuai untuk anda. Hint dia ialah, hanya apply job yang anda yakin mampu untuk siapkan sahaja.

senarai-kerja-part-time-dari-rumah

Bayaran (payment) yang akan anda terima adalah bergantung kepada tahap kesukaran sesuatu pekerjaan tersebut. Kalau kerja tersebut agak mencabar, ataupun memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan, maka bayarannya juga akan lebih tinggi berbanding kerja-kerja lain yang ada.

 

“2 contoh kerja dari rumah yang sangat senang untuk dilakukan”

Disebabkan ada yang fikir, kerja dari rumah ni semua susah-susah belaka, sampaikan ada yang dah beli panduan jobdirumah tapi masih tak mula bekerja lagi sampai sekarang, jadi saya nak tunjukkan antara contoh-contoh kerja yang saya sendiri lakukan.

 

Saya juga memilih kerja… dan kebiasaannya saya akan pilih kerja-kerja yang mudah sahaja. Rasionalnya? Kalau kerja tu mudah, saya boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Apa gunanya buat kerja yang agak mencabar (walaupun upahnya lebih tinggi) namun masa untuk menyiapkan kerja tersebut lebih panjang. Tenaga pun nak kena guna lebih. Saya rasa macam kurang berbaloi.

 

Jom lihat contoh pekerjaan yang sempat saya screenshot untuk anda lihat.

 

(1) Buka laman web dan baca kandungan laman web tersebut

contoh-kerja-dari-rumah-yang-senang

Dalam contoh yang kat atas ni, tugas kita mudah sahaja. Hanya perlu buka link yang diberikan dan stay pada laman web tersebut untuk beberapa minit. (1 minit)

 

Sebagai membuktikan yang kita dah siapkan tugasan tersebut, kita perlu berikan bukti seperti apa link url bagi laman web yang kita perlu klik tersebut dan juga perlu nyatakan apa dia page lain (subpage) yang terdapat pada laman web tersebut.

 

Upah untuk tugasan seperti ini ialah sebanyak USD0.07

 

Sebenarnya kalau tak baca kandungan laman web ini pun tak apa. Hanya perlu klik dan biarkan selama beberapa minit. Sambil-sambil tu boleh buat kerja lain. Kemudian boleh buka semula page tersebut dan berikan bukti seperti yang dimahukan.

 

(2) Kerja like page Facebook

“Mahukah anda mendapat bayaran setiap kali anda tekan like pada facebook fanpage milik orang lain?”ย 

 

Ya, anda boleh dapat bayaran. Ini salah satu contoh job yang membayar anda untuk tekan like pada fb fanpage.

kerja-part-time-like-fb-fanpage

Dalam tugasan ini, hanya dua perkara yang anda perlu lakukan. Pertama, pergi ke fb fanpage milik majikan. Kedua, tekan like. Itu sahaja yang anda perlu lakukan.

 

Sebagai bukti yang anda telah siapkan tugasan ini, anda akan diminta untuk berikan nama yang anda gunakan pada FB Profile anda, alamat url FB profile anda dan juga bilangan like terkini setelah anda tekan like. Itu sahaja.

 

Jadi, dah nampak kan? Siapa yang kata nak kerja dari rumah tu susah? Kalau anda yang pilih kerja yang susah-susah, memang akan terasa susah la jadinya.

 

Saya tahu anda ni hebat orangnya. Latar belakang anda juga memang hebat dan mungkin, in real world, anda memiliki resume yang super hebat. However, in this digital world, semua tu tak penting pun. Tak salah untuk anda mula dari bawah. Biasakan dulu dengan kerja-kerja yang mudah-mudah dahulu, sebelum nak terus buat kerja yang susah.

 

Jangan kata anda tak tau, kat mana nak dapatkan kerja-kerja yang senang macam ni, sebabnya kalau anda cakap macam tu, nampak sangat yang anda ni masih tak study lagi panduan yang dah dibeli tu.

 

Kalau anda belum pernah beli lagi, saya faham kalau anda agak blur dan masih tak tau, mana nak cari pekerjaan macam ni. Jadi, saranan saya, berbelanjalah untuk dapatkan panduan kat bawah ni. Anggaplah ini seperti satu pelaburan ilmu, untuk menjadikan anda lebih pandai, dan bila anda dah jadi makin pandai kelak, lagi banyak yang anda boleh hasilkan.

panduan-jobdirumah

Alright, rasanya itu je la kot yang saya nak share pada kali ini. Jadi lepas ni, pandai-pandai la anda buat keputusan, sama ada nak buat duit dari rumah atau pun tidak.

 

Baca jugak artikel-artikel saya yang sebelum ni:

(1) Senarai kerja part time online yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda

(2) Contoh-contoh tugasan dan kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah

(3) Laman web dapatkan job dari rumah yang tak kenakan sebarang yuran

 

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. Semoga bermanfaat untuk anda dan ekonomi anda.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Contoh-contoh tugasan dan kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah
  2. Senarai kerja part time online yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda
  3. Jobdirumah: Sumber pekerjaan untuk mereka yang tak pandai cari kerja dari rumah
  4. Berminat nak bekerja dari rumah secara part time sebagai seorang translator online?

Filed Under: Bekerja dari rumah Tagged With: bekerja dari rumah, kerja part time dari rumah, pekerjaan online dari rumah, pekerjaan online secara part time

Comments

  1. Uncle Zuan says

    March 20, 2016 at 9:09 pm

    pergh. mantap gak. tak susah pun sebenarnya nak generate income. bayangkan kalau fulltime buat

    Reply
  2. Ummi Hanie says

    March 21, 2016 at 4:00 pm

    terkena sebijik saya… hihi

    thanx for this post ya ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • sabree hussin says

      March 21, 2016 at 5:25 pm

      Ha.. terkena macam mana tu? Setiap kerja yang diiklan dalam ni, dia akan bagi tau berapa masa yang diperlukan untuk siap. Ada kerja yang hanya perlu 1 – 3 minit. Buat yang tu sahaja pun dah kira ok, as compare to tak buat langsung ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. Raihanah Ahmad says

    March 21, 2016 at 5:02 pm

    senang je jika ada kemahuan, thanks tuan

    Reply
    • sabree hussin says

      March 21, 2016 at 5:26 pm

      Lagi-lagi kalau kita pilih tugasan yang senang-senang je. Lama-lama jadi banyak juga income dia

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        May 4, 2016 at 3:17 pm

        itulah, nak kena fokus juga tengok mana yang boleh buat

        Reply
  4. Sani says

    March 21, 2016 at 6:14 pm

    Kalau tekun boleh dapat banyak tu ya bro ?

    Reply
    • sabree hussin says

      March 22, 2016 at 7:30 pm

      Ye… ada perkataan “kalau” di situ ๐Ÿ˜€

      Reply
  5. zool says

    March 21, 2016 at 10:28 pm

    wah.. nampak mudah je kerja-kerja ni

    Reply
    • sabree hussin says

      March 22, 2016 at 7:31 pm

      yang susah pun ada

      Reply
  6. MDHAFiZ.NET says

    March 22, 2016 at 10:56 am

    Dulu malaysia ada jgk benda mcm ni, assignjobs namanya hehe. Seronok jugak buat duit guna ni bro. sikit2 lama2 jd bukit. keep it up bro

    Reply
    • sabree hussin says

      March 22, 2016 at 7:33 pm

      Assignjobs tu macam dah tak wujud je he he

      Reply
      • MDHAFiZ.NET says

        March 22, 2016 at 10:39 pm

        memang dah bungkus..sebab dah lama tak dengar huhu

        Reply
  7. Ikhwan says

    March 22, 2016 at 11:15 am

    kerja LIKE memang boleh buat duit ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      March 22, 2016 at 7:33 pm

      Betul tu ๐Ÿ˜€

      Reply
  8. ema says

    March 22, 2016 at 3:40 pm

    takut tak terlayan jer…dahlah nak buat entry pun suam-suam kuku…. apapun ada cara ni, bolehlah wat side income.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 22, 2016 at 7:34 pm

      Buat ni bila ada masa free je. Cari yang boleh settle dalam masa 3 minit atau kurang. ๐Ÿ˜€

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    March 23, 2016 at 8:12 am

    Tak pernah sangka kerja like fanpage pun boleh menjana pendapatan USD

    Reply
    • sabree hussin says

      March 23, 2016 at 10:38 am

      Ho ho memang boleh. In fact, ada yang sanggup keluarkan bajet untuk upah kita supaya like page dia

      Reply
      • Noriza Rahman says

        March 29, 2016 at 8:36 am

        Tapi banyak juga peluang lain yang menarik dibaut secara part time dari rumah kan?

        Reply
  10. Hafizul says

    March 25, 2016 at 12:40 pm

    Menda ni memang boleh buat duit kan? Rajin dengan malas aje yang tinggal lagi..hehe..

    Reply
  11. anuar says

    April 2, 2016 at 7:28 pm

    Wah.. mudah rupanya tugasan yang diberikan.. patutlah bayarannya pun agak murah… tapi kalau boleh siapkan 100 tugasan sehari, boleh dpt byk juga incomevtu…

    Reply
  12. Adelia Aini says

    April 4, 2016 at 8:44 pm

    Banyak bagus maklumat ni. I suka duduk di rumah dan buat kerja berikut masa dan sukahati I. Harap boleh buat duit yg banyak dlm masa yang singkat.

    Reply
  13. Hamacaan says

    April 5, 2016 at 8:18 pm

    bisa kontrol dari rumah langsung, tanpa ribet2 ๐Ÿ™‚

    Reply
  14. najwa says

    October 19, 2016 at 1:21 am

    tumpang tanya… apa nama website ni ye? tq

    Reply
    • sabree hussin says

      October 19, 2016 at 12:22 pm

      Ini website tu –> https://microworkers.com/

      Boleh cuba kalau minat

      Reply
  15. Ilham says

    January 4, 2017 at 8:09 am

    kalau dilakukan secara full time ini akan menjadi peluang bisnis yang menjajanjikan, tapi sayang saya bekerja lagi di waktu siang… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      January 4, 2017 at 1:51 pm

      Tak apa. Fokus sahaja pada kerja dulu. Waktu malam atau waktu lapang boleh buat kerja-kerja ni.

      Reply

Trackbacks

  1. Macam mana cara nak buat duit dengan Jobdirumah? - Soal Jawab .MY says:
    June 6, 2016 at 12:03 pm

    […] yang ditawarkan ada pelbagai. Ada kerja yang semudah menekan like pada FB Fan Page hingga kerja yang sesukar seperti membuat programming. Lagi sukar sesuatu pekerjaan, maka akan lagi […]

    Reply
  2. Komisen Affiliate Jobdirumah Julai 2016 - Blog Sabree Hussin says:
    August 19, 2016 at 11:37 pm

    […] Kat situ pun anda sebenarnya boleh apply banyak job online yang mudah-mudah sahaja.ย  [Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time] […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in