Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Iklan kerja data entry online dan office based yang boleh dipercayai

July 27, 2017 by sabree hussin 9 Comments

Masih ada lagi ke penipuan yang menggunakan nama data entry ni?

 

Saya masih ingat lagi, ada satu ketika tu, ramai betul yang tertipu dengan iklan kerja data entry. Sayangnya saya tak sempat nak screenshot laman web yang mengiklankan peluang kerja tersebut.

 

Kalau kita baca iklan kerja tersebut pun kita dah boleh rasa, ada sesuatu yang tak kena dengan tawaran kerja tersebut. Aspek yang paling mencurigakan ialah apabila kita kena beli starter kit terlebih dahulu sebelum boleh mula buat kerja-kerja data entry tersebut.

 

Apa kaitan antara starter kit dengan kerja data entry?

bekerja_data_entry

Kononnya, starter kit ni ibarat manual atau buku panduan bagi mereka yang nak kerja data entry ni. Ok, sekali imbas nampak macam tak ada masalah. Kemudian timbul juga persoalan, katakanlah kalau seseorang tu memang dah ada pengalaman dan memang dah biasa dengan kerja-kerja data entry, masih kena rujuk starter kit jugak ke?

 

Maka bermula dari situ, terdedahlah penipuan. Selama ini, kerja data entry yang dicanangkan tu memang tak wujud. Apa yang ada adalah kerja mempromosikan starter kit dan jual starter kit tu kepada individu yang memang tengah terdesak nak cari duit tambahan.

 

Sebab tu kalau nak selamat, jangan buat kerja data entry online.

 

Kalau nak kerja data entry, cari kerja data entry yang ditawarkan oleh syarikat yang memang wujud dan memang betul-betul perlukan khidmat kerani data entry.

 

Persoalannya, kat mana nak dapatkan kerja data entry ni?

 

Saya ada dua tempat untuk dicadangkan kepada anda.

 

Tempat pertama, buat permohonan kerja menerusi laman web Jobstreet.

cari-kerja-data-entry

Kat atas ini adalah iklan kerja yang disiarkan di laman web Jobstreet.

 

Anda boleh buka laman web Jobstreet kemudian taip sahaja kata kunci “data entry” di bahagian search box dan lepas tu akan keluar banyak hasil carian yang berkaitan.

 

Dalam contoh kat atas ni, saya pilih iklan kerja data entry untuk syarikat Kelly Services yang berpusat di Petaling Jaya.

 

Iklan kerja data entry yang sebenar, selalunya akan dinyatakan maklumat-maklumat penting, seperti

  1. Di mana lokasi kerja
  2. Berapa kadar gaji yang ditawarkan
  3. Apa dia keperluan atau job requirement untuk layak memohon kerja ini
  4. Ada juga disertakan latar belakang syarikat

 

Ok clear dah? Kalau kerja tu memang betul-betul ada, ia memang akan nyatakan secara jelas maklumat-maklumat yang diperlukan.

 

Satu lagi, pihak majikan selalunya memang sangat tegas dalam pemilihan staf. Hanya mereka yang betul-betul ada kemahiran data entry atau kerja-kerja kerani sahaja yang akan diterima bekerja.

 

Tiada istilah semua orang boleh join dan akan diterima bekerja.

 

Selain laman web Jobstreet, ada satu lagi laman web yang boleh kita gunakan untuk cari kerja kosong dalam bidang data entry.

 

Laman web yang saya maksudkan ialah Maukerja.MY

laman-web-maukerja

Anda boleh klik sini untuk ke laman web Maukerja ini.

 

Selain bergantung kepada laman web Jobstreet, kita juga boleh cari kerja data entry menerusi laman web Maukerja. Ya, kerja data entry yang diiklankan dalam laman web ini juga boleh dipercayai.

 

Kriterianya lebih kurang sama dengan iklan yang disiarkan di laman web Jobstreet.

 

Bagaimana pula dengan kerja data entry online? Adakah semuanya menipu? Ada tak iklan kerja data entry yang boleh dipercayai?

Jawapannya dah tentulah ada.

 

Sama ada anda pandai cari atau tidak. Itu sahaja. Ini dia iklan kerja data entry yang betul-betul akan membayar jika anda berjaya dapatkan kerja ini.

kerja-online-data-entry

Kerja ini diiklankan oleh seorang majikan yang berada di Australia. Beliau memerlukan khidmat freelancer yang boleh membantu dia menyiapkan sebuah database pelanggan.

 

Dari iklan ni, kita boleh perolehi maklumat seperti berikut

  1. Siapa majikan? Orang Australia.
  2. Berapa kadar upah? USD20
  3. Apa kemahiran yang diperlukan? Data Entry, Microsoft Excel dan sebagainya
  4. Cara nak memohon? Anda perlu submit proposal untuk dinilai

 

Sekiranya proposal anda berjaya memenangi hati majikan ini, maka anda akan diberikan job ini. Setelah kerja selesai dan majikan berpuas hati, anda akan diberi upah.

 

Adakah anda perlu beli atau buat apa-apa bayaran, contohnya untuk beli starter kit?

 

Tidak sama sekali. Anda tak perlu nak bayar apa-apa.

 

Just buat permohonan kerja, dan jika anda berjaya dapat kerja ni, siapkan kerja dengan baik dan tunggu majikan bayar upahnya.

 

Anda minat ke kerja data entry?

 

Saya pernah cuba buat kerja data entry dan pada pendapat saya, kerja ni tak berapa sesuai dengan saya. Kalau nak suruh saya buat artikel, itu In Shaa Allah saya boleh buat. Tapi kalau nak suruh saya masukkan data, saya agak lembab.

 

Entahlah. Saya rasa kerja-kerja macam tu cukup mudah buatkan saya rasa nak tidur. Jadi, lebih baik saya fokus pada kerja yang memang saya betul-betul ada kepakaran untuk buat.

 

Pengalaman saya dengan kerja data entry…

Sebenarnya dulu saya pun tak pandai dan tak tau kat mana nak cari kerja data entry yang betul-betul boleh dipercayai.

 

Kemudian saya kenal laman web Jobdirumah. Dari laman web inilah saya belajar macam-macam perkara tentang kerja freelancer, dan salah satunya adalah kerja data entry.

 

Saya rasa, kalau sebelum ni saya tak join Jobdirumah, mungkin sampai sekarang saya ni masih lagi zero dan tak tau, apa benda sebenarnya kerja data entry tu dan macam mana nak cari kerja data entry yang tak menipu.

 

Kat luar sana memang ada beberapa laman web yang menyenaraikan kerja-kerja data entry.

 

Buat pilihan dengan berhati-hati. Jika anda rasa curiga, tinggalkan sahaja terus. Itu lebih selamat daripada anda rugi masa, dan rugi wang ringgit.

 

Ps: Iklan kerja data entry online kat atas tu saya ambil dari laman web Upwork.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Peluang kerja dari rumah secara online bidang Data Entry Disember 2016
  2. Penipuan yang berselindung disebalik nama bekerja dari rumah sebagai data entry
  3. Bekerja dari rumah dalam bidang Data Entry – Boleh percaya ke?
  4. Panduan Bekerja Dari Rumah – Contoh kerja dari rumah yang Popular dan boleh dipercayai

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: data entry, data entry online, data entry penipu, iklan kerja data entry, kerja data entry

Comments

  1. mrhanafi says

    July 30, 2017 at 7:58 am

    saya pun hairan juga ..

    ramai juga yang suka tipu orang dan kena tipu..

    seolah-olah teori ekonomi..

    ada permintaan dan penawaran

    Reply
    • sabree hussin says

      July 30, 2017 at 3:44 pm

      Mungkin bila terdesak, orang sanggup buat benda-benda yang pelik dan ada juga yang sanggup menipu dan ambik risiko kena tipu

      Reply
  2. Mohd says

    July 30, 2017 at 11:56 pm

    Sebut data entry memang cukup takut sebab pengalaman rakan-rakan yang dah terkena. Setakat ini ramai buat dan buktikan JobdiRumah berbaloi untuk tambah pendapatan

    Reply
  3. zik says

    July 31, 2017 at 8:10 pm

    banyak yang meragukan nih sekarang,,, so kena hati2 , banyakkan research dan tanya orang yang ada pengalaman

    Reply
  4. si bongkok says

    July 31, 2017 at 10:02 pm

    Tinggal kerja data entry nie perlu komitmen tinggi…dan bukan semua org sanggup commit sampai kena bersengkang mata….masing2 nak jalan mudah jek buat duit…so geng2 penyangak tak sekolah nie manipulate dgn janji2 manis makan madu dah abis bersepai dibuangnya…

    p/s: Nak teror JDR memang kena belajar dgn tokguru sabree nie…diam2 ubi berisi nie..tak gitu? ๐Ÿ˜›

    Reply
    • sabree hussin says

      August 1, 2017 at 1:37 pm

      Terasa tua pulak bila ko guna istilah “tokguru” kat situ ha3

      Reply
  5. ira says

    August 1, 2017 at 4:34 pm

    nice sharing. teruskan berkongsi untuk jadi rujukan orang ramai.

    Reply
    • sabree hussin says

      August 1, 2017 at 4:51 pm

      In Shaa Allah ๐Ÿ™‚

      Reply

Trackbacks

  1. Kenapa kebanyakkan peluang kerja data entry secara online adalah scam semata-mata? | sabreehussin says:
    July 31, 2017 at 4:49 pm

    […] Baca lagi: Iklan kerja data entry online dan office based yang boleh dipercayai […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

Recent Comments

  • sabree hussin on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • sabree hussin on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Snapbackpacker on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • akoo on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • 5 Jenis Aksesori Yang Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda on 10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut