Peluang bekerja dari rumah sebagai seorang translator atau penterjemah online kini dibuka

by sabree hussin on October 30, 2015

in Bekerja dari rumah

“Adakah anda menguasai lebih dari satu bahasa?”

 

Jika jawapan anda adalah YA, anda mungkin ingin mencuba untuk memanfaatkan kemahiran dan penguasaan anda terhadap bahasa tersebut dengan menawarkan perkhidmatan sebagai seorang penterjemah atau lebih dikenali sebagai seorang translator!

 

bekerja_sebagai_seorang_translator

Dapatkan akaun Exclusive Membership anda sebagai seorang Online Translator disini.

 

Adakah kerjaya sebagai seorang translator ini benar-benar ada market dan diperlukan? Baik, untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut, mari kita lihat realiti dan situasi yang kita hadapi pada masa kini.

 

Pada hari ini, masyarakat dunia tidak lagi mengehadkan komunikasi antara mereka dalam kalangan sesama mereka sahaja. Kalau satu masa dulu, mungkin kita di Malaysia hanya berminat untuk berinteraksi dengan mereka-mereka yang berada di Malaysia semata-mata. Kita tak minat nak ada sebarang hubungan dengan masyarakat dari negara lain.

 

Begitu juga sebaliknya. Masyarakat luar “tak ada sebab” nak berurusan dengan orang kita.

 

Namun sekarang tidak lagi. Kita dah mula merobohkan sempadan yang memisahkan setiap negara dan kita mula berinteraksi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, satu-satunya yang menjadi penghalang antara kita mungkin ialah FAKTOR BAHASA.

 

Jika anda adalah seorang usahawan, anda mungkin pernah terfikir untuk mendapatkan bekalan bagi barang-barang anda yang boleh diniagakan dari Negara China. Jika bakal pembekal anda mampu bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, maka tak ada masalah. Most likely, the deal will be ON.

 

Akan tetapi, tak semua orang menguasai dan memahami bahasa Inggeris!

 

Bagaimana pula anda? Adakah anda memahami atau sekurang-kurangnya menguasai bahasa cina yang terdiri daripada bahasa Mandarin, Kantonis, Hokkien dan pelbagai lagi bahasa dan dialek tu?

 

Maka dalam cerita ni… saya akui bahawa kita sememangnya memerlukan bantuan seorang HERO! Kita tak perlukan seorang hero yang boleh terbang, kebal ataupun seseorang yang boleh memancarkan laser menerusi bebola matanya, namun cukuplah dengan seseorang yang mampu untuk menterjemahkan satu bahasa ke bahasa lain yang boleh difahami!

 

Hero tersebut kita namakan dia sebagai Translator. (bukan The Terminator ok)

 

Adakah khidmat penterjemahan dari manusia masih diperlukan sedangkan dah banyak software alih bahasa dicipta?

Salah satu software yang mampu untuk menjalankan fungsi mengalih bahasa ialah Google Translate.

 

Saya banyak kali kecewa dengan hasil yang diberikan oleh Google Translate. Bagaimana pula dengan anda? Pernah tak anda menggunakan perkhidmatan percuma ini?

 

Walaupun ada banyak software yang dicipta bagi tujuan untuk mengalih bahasa atau untuk tujuan kerja-kerja penterjemahan, namun setakat sekarang ni masih belum ada satu pun software yang mampu untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan sebaik apa yang mampu dilakukan oleh manusia.

 

Ini adalah kerana software alih bahasa atau penterjemahan ini mempunyai kelemahan yang begitu ketara, antaranya yang saya dapat senaraikan ialah

 

1. Ia tak memahami penggunaan perkataan seerti atau sama maksud

 

2. Ia tak faham peribahasa

 

3. Banyak software yang bekerja dengan cara mengalih bahasa dari satu perkataan ke satu perkataan (direct translation)

 

4. Ada juga software yang tak faham konteks situasi sebabnya dalam perkataan Inggeris ada beberapa perkataan yang dieja dengan ejaan yang sama namun membawa maksud yang berbeza apabila digunakan dalam konteks yang berbeza.

Contohnya perkataan address (alamat, menggelarkan seseorang), back (kembali, belakang), dan fat (gemuk, lemak) Anda boleh lihat lain-lain contoh disini.

 

5. Beri terjemahan yang SALAH sama sekali

 

Walaubagamanapun, saya akui dengan kewujudan software penterjemahan seperti ini, kerja-kerja penterjemahan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Walaupun TAK SEMPURNA, namun sedikit sebanyak ia dapat bantu beri pengguna software tersebut gambaran secara umum, apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam sesebuah artikel atau dokumen.

 

Pun begitu, untuk menghasilkan sebuah dokumen yang siap diterjemah dengan kualiti yang baik serta mengikut konteks dan keadaan yang sesuai, kita masih lagi perlukan campur tangan dan sentuhan seorang insan.

 

Ya… sentuhan seorang tukang penterjemah ataupun seorang translator.

 

Kerjaya sebagai seorang translator ini bukannya mudah. In fact tak ada siapa yang katakan ianya mudah. Walaupun anda mungkin mengetahui dua bahasa sejak dari kecil lagi, tak bermakna yang anda boleh dengan mudah menjadi seorang penterjemah secara automatik.

 

Berita baiknya ialah, semua ini boleh dipelajari jika anda serius nak belajar. Ha… kalau anda tak tau kat mana nak belajar tentang bagaimana nak buat duit sebagai seorang penterjemah, apa kata anda belajar disini.

 

Semoga bermanfaat untuk anda. In Shaa Allah, ada kesempatan, ada peluang lain, nanti saya share lagi apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja penterjemahan dalam blog ini lagi ya.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: