Bekerja dari rumah dalam bidang Data Entry – Boleh percaya ke?

by sabree hussin on December 30, 2015

in Bekerja dari rumah

“Adakah tawaran bekerja sebagai data entry boleh dipercayai atau sebenarnya kebanyakkannya adalah scam semata-mata?”

 

Tahukah anda, ada banyak tawaran bekerja part time secara online yang menggunakan nama data entry sebenarnya adalah suatu penipuan terancang semata-mata? Mereka yang minat nak buat kerja dalam bidang ini (data entry), ada ramai yang berakhir dengan kena tipu berbanding yang berjaya untuk buat duit.

 

Adakah mereka yang kena tipu ni terlalu bodoh untuk mengesan penipuan licik tersebut ataupun ada trik tertentu yang menyebabkan begitu mudah mereka terjatuh dalam perangkap si tukang scammer?

 

bekerja_data_entry

 

Kebiasaannya, mereka yang kurang memahami cara kerja sebagai data entry adalah mereka yang paling mudah untuk terjerumus dalam penipuan scammer tersebut. Anda akan dijanjikan pulangan pendapatan yang cukup lumayan, walhal ada beberapa perkara yang anda PATUT TAHU.

 

In Shaa Allah, lepas anda ketahui perkara-perkara yang bakal saya kongsikan ini, anda tak lagi mudah tertipu dengan mana-mana peluang bekerja yang menggunakan nama data entry untuk menarik minat anda.

 

Pendapatan sebagai seorang data entry tidaklah setinggi mana!

Realitinya pekerjaan dalam bidang data entry tidak mungkin akan dibayar dengan suatu bayaran yang begitu lumayan.

 

Lazimnya, jika anda bekerja dalam bidang ini, anda akan dibayar sama ada dalam unit jam bekerja ataupun dalam bentuk per project basis. Bentuk bayaran yang begitu popular ialah anda dibayar mengikut projek. Siap satu projek, barulah anda akan dibayar upah.

 

Melainkan majikan yang mengupah anda itu mempunyai bajet yang besar, barulah ada kemungkinan untuk anda menerima upah dalam bentuk berapa jam anda bekerja.

 

Tugas sebagai seorang data entry sangat leceh!

Pertama sekali, anda perlu mempunyai kepantasan dalam kerja-kerja menaip.

 

Kedua, anda perlu mempunyai skil dan kecekapan yang tinggi. Ini bertujuan untuk memastikan anda tidak tersilap ketika memasukkan data-data dari sumber yang diperlukan. Ada ketikanya, tugas seorang data entry, anda perlu buat research tambahan.

 

Kesemua ini, membuatkan kerja-kerja data entry sangat leceh dan memenatkan. Memang ia mudah, tetapi ia makan masa yang lama. Teruskan membaca, nanti saya akan berikan anda contoh kerja data entry dan saya akan jelaskan kenapa saya kata ia mungkin akan makan masa yang sangat lama dan begitu memenatkan.

 

Skop tugas anda adalah untuk memasukkan data dari sumber A ke sumber B dan tak ada kena mengena dengan penulisan iklan!

Jika anda ada baca elemen atau keyword seperti “tulis iklan”, “masukkan iklan dalam emel”, “masukkan iklan pada Facebook”, dan sebagainya maka anda perlu lebih berhati-hati.

 

Di peringkat ini, anda perlu JELAS akan satu perkara ini iaitu, “BAGAIMANA CARA UPAH ANDA AKAN DIKIRA?”

 

Jika kadar upah anda adalah berdasarkan berapa banyak iklan yang siap dihasilkan, ia masih lagi OK untuk diteruskan.

 

Akan tetapi, jika kadar upah anda adalah dalam bentuk “POTENSI PENDAPATAN” maka anda patut lari jauh-jauh!

 

Ini bukannya kerja dalam bidang data entry, walaupun kerja-kerja yang anda lakukan kelihatan seperti memindahkan data dari sumber A kepada sumber B. Ini lebih kepada kerja-kerja promosi yang langsung tak ada kaitan dengan kerja-kerja data entry.

 

Peluang kerja sedemikian hanyalah tawaran untuk anda jadi ejen pemasaran. Pihak pengendali program sengaja menggunakan istilah data entry untuk mengelirukan anda.

 

Anda tak perlu bayar apa-apa untuk dapatkan job data entry

Obviously anda tak perlu bayar apa-apa untuk bekerja part time secara online di internet!

 

Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat atau laman web yang mengenakan bayaran tertentu kepada para peserta yang minat nak bekerja dari rumah sama ada dalam bidang data entry mahupun lain-lain bidang. Persoalannya ialah KENAPA?ย 

 

Apakah tujuannya bayaran tersebut dikenakan?

 

Saya ingin ambil contoh, laman web Jobdirumah.

jobdirumah_com_utama

Laman web ini mengenakan bayaran sebanyak RM50 sekali sahaja untuk mereka-mereka yang minat nak sertai program mereka. Saya sendiri telah sertai program ini dan pernah ikuti program latihan yang ditawarkan oleh mereka.

 

Berbalik kepada persoalan asal. Apakah tujuan bayaran tersebut dikenakan?ย Saya kira ini adalah perkara paling asas yang perlu anda tahu. Tak kira apa bayaran dan berapa bayarannya sekalipun, anda perlu tahu dengan jelas, kenapa bayaran tersebut perlu dilakukan.

 

Dalam konteks jobdirumah, bayaran sebanyak RM50 adalah untuk

jobdirumah_senarai_kerja

 

1. Anda dapatkan akses kepada bahan-bahan latihan yang telah dikumpulkan untuk memudahkan anda belajar bagaimana cara kerja sebenarnya apabila anda ingin menjadi seorang pekerja bebas (freelancer)

Sepanjang yang saya tahu, material pembelajaran seperti ini agak kurang diluar sana. Kalau kita cari di kedai-kedai buku juga agak kurang, atau mungkin tak wujud lagi panduan yang selengkap seperti yang dikeluarkan oleh pihak Jobdirumah.

Justeru, bahan latihan seperti ini ada HARGANYA. Ia bukan PERCUMA.

 

2. Akses kepada sistem carian yang dibangunkan oleh pihak Jobdirumah untuk mendapatkan senarai kerja kosong yang SAH

contoh_kerja_jobdirumahKebanyakkan kerja kosong yang bakal anda perolehi dari sistem enjin carian ini telah pun ditapis siap-siap.

Hanya senarai kerja yang benar-benar membayar sahaja yang akan dipaparkan.

Jadi sebagai ahli jobdirumah, anda tak perlu risau untuk bid mana-mana kerja yang anda rasakan sesuai untuk anda.

Dengan menggunakan search engine atau enjin carian, ada banyak jenis pekerjaan yang anda boleh mohon.

Antaranya adalah pekerjaan dalam bidang data entry yang begitu popular di seluruh dunia.

Ya… bukan orang Malaysia sahaja yang suka buat kerja-kerja data entry, malahan dari seluruh dunia suka buat kerja ni.

 

“Adakah berbaloi untuk bayar RM50 untuk semua ni?”

Pihak Jobdirumah menyediakan kita ilmu dan informasi untuk mengelakkan kita daripada tersalah langkah ketika ingin menjadi pekerja bebas (freelancer) secara online. Topik dan informasi seperti ini memang diperlukan lebih-lebih lagi sekarang ni kita berada dalam persekitaran yang terdedah dengan terlalu banyak program-program scam.

 

Azizi Ali ada juga menulis sebuah buku yang membincangkan tentang perkara ini, yang diberi judul Mencari Maut. Namun buku tersebut tidak membincangkan secara terperinci mengenai selok belok penipuan mahupun ciri-ciri atau peluang pekerjaan yang SAH secara online.

 

Kalau anda nak ilmu, dan anda pun sedar yang anda perlukan ilmu, maka dari situ anda dapat lihat kat mana relevannya mendapatkan panduan ini. Kemudian, dari segi sistem enjin carian yang dibangunkan, konsepnya lebih kurang sama dengan Jobstreet. Bila kita dah jadi ahli berdaftar, kita akan terima senarai kerja kosong hampir setiap hari tanpa perlu susah payah kita cari di laman-laman web majikan.

 

Seterusnya, sama ada kita nak ambil peluang tersebut atau tidak, semuanya terpulang pada kita. Baik, saya nak sambung sedikit lagi mengenai peluang kerja dalam bidang data entry ni.

 

Jika anda tak suka nak bayar apa-apa, tak suka nak belajar-belajar, atau merasakan sistem carian peluang pekerjaan itu adalah tak relevan dengan situasi anda, kita lupakan semua tu. Gunakan kaedah ini untuk mencari peluang pekerjaan dalam bidang Data Entry.

 

Apa kaedah tu?

 

GOOGLE!

 

Hasil daripada carian Google, saya menemui peluang pekerjaan dalam bidang data entry seperti dibawah.

data_entry_job

Kerja data entry ini boleh dipercayai! Saya dah pun tapis mengikut informasi dan ilmu yang terkandung dalam panduan Jobdirumah.

 

Baca betul-betul apa yang anda perlu lakukan untuk layak mendapat upah jika anda ingin dapatkan job ini. Secara ringkas, ini yang anda perlu lakukan.

1. Anda akan diberikan senarai nama Kolej dan Universiti yang jumlahnya ada sebanyak 750 buah.

 

2. Anda perlu cari laman web kolej dan universiti tersebut dengan bantuan google atau mana-mana search engine yang sesuai. Link untuk setiap kolej dan universiti tidak dibekalkan. Jadi kat sini, ada elemen research diperlukan.

 

3. Bila dah jumpa laman web, anda kena lihat taqwim kolej dan universiti tersebut. Dapatkan info tentang bilakah tarikh kolej dan universiti tersebut mula bercuti spring break.

 

4. Masukkan info dalam format yang dimahukan oleh majikan.

 

5. Siap dan hantar. Majikan akan proses dan akan buat bayaran sebanyak USD25 atau lebih rendah dari itu.

 

Anda perlukan sambungan internet yang pantas

75o buah kolej dan universiti bukannya sikit. Masa anda akan banyak digunakan untuk kenalpasti terlebih dahulu apa dia laman web rasmi kolej dan universiti tersebut. Kalau internet anda slow, maka akan makin lambatlah untuk anda siapkan kerja-kerja ni.

 

Kadar upah sebanyak 25USD

Ini bermakna, untuk setiap kolej dan universiti, anda dibayar sebanyak 0.033USD sahaja. Kena ambil kira, masa untuk anda dapatkan laman web rasmi kolej tersebut, dan masa untuk anda kaji laman web kolej tersebut untuk dapatkan tarikh cuti mereka… ia mungkin akan ambil masa yang lama.

 

Tanyakanlah pada diri anda, berbaloi ke dengan bayaran serendah 0.033 USD tu tadi?

 

Masa untuk siapkan projek yang agak panjang

Ini bergantung kepada ketangkasan dan kepantasan anda mengendalikan sistem komputer. Kalau anda memang dah biasa dengan kerja-kerja menggunakan komputer sepatutnya anda tak ada masalah dalam bidang ini.

 

Apa pun, peluang untuk buat duit tu memang ada dan terbuka luas. Walaupun kelihatannya bayaran bekerja dalam bidang data entry ni sangat sedikit, namun kita di Malaysia bertuah kerana dapat nikmati kadar pertukaran wang.

 

Saya ambil contoh, jika bayaran upah sebanyak USD25, maka jika kita convert kepada matawang RM, ianya menjadi sekitar RM100++

 

Jika setiap projek data entry yang mampu anda siapkan membayar anda USD25, dan anda mampu siapkan 2 projek dalam sehari, saya kira upah sebanyak RM200 sehari juga agak lumayan. Betul tak?

 

Cuma dalam keadaan ini, anda perlulah pastikan yang tawaran kerja tersebut benar-benar memerlukan anda untuk buat kerja-kerja data entry dan bukannya buat kerja-kerja promosi.

 

Baiklah, mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk anda ya.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 7 comments… read them below or add one }

Adzrif Sidek December 31, 2015 at 9:24 am

USD25 tu sangat berbaloi untuk seorang student!

Hihi. Kena cuba jugak dapatkan panduan Jobdirumah ni ๐Ÿ™‚

Reply

cik tom December 31, 2015 at 2:43 pm

sikit2 lama2 jadi bukit…lgpun byrn usd lumayan tukar rm skang ni..

Reply

mrhanafi January 3, 2016 at 6:07 am

panjang lebar sungguh penerangan ini tuan..dan memang bagus untuk mereka dalam proses pencerahan minda bekerja dari rumah

Reply

Sync January 4, 2016 at 12:32 am

hati hati memilih program, takut komisyen tak dibayar ๐Ÿ™‚

Reply

Noriza Rahman January 6, 2016 at 9:46 am

Agak sukar juga kronologi nak bekerja di rumah ni ya,

Reply

athirah zulkaflee January 16, 2016 at 7:46 pm

Kalau komisyen nya tak dibayar mmg amat merugikan masa, perlu ada bnyk lg pengetahuan sebelum memilih mana-mana program kan.

Reply

๐ŸŒธ May 8, 2017 at 5:06 pm

macam mana nak tahu agent yg data entry tu tipu ke tak?

Reply

Leave a Comment

{ 6 trackbacks }

Previous post:

Next post: