Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan dan tips bercuti ke Pulau Langkawi buat pengunjung kali pertama

November 25, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Dekat negara kita ini ada banyak destinasi percutian yang menarik. Tak perlu sampai nak keluar negara dan berhabis sampai belasan ribu ringgit kalau nak luangkan masa bersama keluarga mahupun insan yang tersayang.

 

Bertuahnya kita di Malaysia ni, kita boleh pilih sama ada nak bercuti di tempat yang macam mana? Kalau anda rasa nak bercuti dikawasan tanah tinggi dan menikmati suasana dingin angin yang bertiup dari kawasan pergunungan, kita ada Cameron Highland di Pahang atau boleh pergi ke Kundasang di Sabah.

 

Atau kalau nak cari tempat untuk makan-makan, boleh set destinasi percutian ke negeri seperti di Penang. Kalau sebut sahaja nama Pulau Pinang, memang popular dengan tempat makan-makan.

 

Kalau mencari tempat percutian yang ada semua benda, maksud saya ada kawasan tanah tinggi yang menarik untuk dikunjungi, ada pantai yang bersih dengan air yang jernih, atau anda inginkan tempat makan yang pelbagai, Pulau Langkawi adalah salah satu destinasi pelancongan yang anda patut pertimbangkan.

 

Ada beberapa cara untuk anda pergi ke Pulau Langkawi. Sama ada anda nak memandu sampai ke Jeti Kuala Perlis ataupun Jeti Kuala Kedah, dan lepas tu anda menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi, ataupun cara yang lebih jimat masa adalah dengan menaiki pesawat penerbangan.

 

Kalau tak nak rasa penat sangat dan juga untuk jimat masa, lebih baik naik flight. Untuk ke airport, anda boleh menggunakan perkhidmatan tren KLIA Transit bagi menjimatkan masa. Ambil tren dari KL Sentral dan boleh terus sampai di airport.

Bagi pembelian tiket secara online, anda boleh terus book cheap KLIA Transit tickets melalui Traveloka. Anda tak perlu risau sebabnya tempahan melalui Traveloka cukup mudah dan straight forward.

 

Tapi incase anda  pergi berdua ke bertiga, dan malas nak drive, boleh terus book airport taxi yang ada kat web atau apps Traveloka. Simple dan cepat. Tekan-tekan terus siap.

 

Posting kali ini saya nak cerita serba sedikit tips bagaimana untuk memudahkan perjalanan dan membuat perancangan yang sesuai apabila anda ingin bercuti ke Pulau Langkawi. Saya juga akan kongsikan beberapa cadangan tempat menarik yang pada saya anda patut kunjungi sepanjang percutian tersebut.

 

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat memanfaatkan masa anda dengan sebaik mungkin serta dapat merangka satu jadual perjalanan dan aktiviti yang sesuai.

 

[1] Tempahan tiket flight ke Pulau Langkawi

Ada beberapa syarikat yang menawarkan penerbangan ke Langkawi, antaranya adalah Air Asia, Malindo Air, dan juga Malaysia Airlines. Kebiasaannya saya akan memilih syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Kalau nak naik flight Air Asia, kena ambil flight dari KLIA 2.

 

Air Asia ni juga kerap buat promosi-promosi yang menarik seperti zero fare, dan sebagainya.

Bila ada promosi seperti itu, cepat-cepatlah dapatkan tiket dan jimat dengan lebih banyak.

 

[2] Tempahan tempat penginapan

Perbelanjaan untuk tempat penginapan adalah salah satu daripada belanja yang besar, yang perlu kita keluarkan apabila pergi bercuti, selain belanja untuk tiket penerbangan.

 

Kos untuk tempat penginapan akan jadi makin bertambah apabila anda menginap lebih lama disesuatu tempat percutian. Kalau anda memilih untuk menginap di hotel yang terkenal, biasanya kosnya adalah agak tinggi.

 

Sebagai alternatif, bolehlah pertimbangkan untuk menginap di kediaman jenis guesthouse atau homestay. Sekarang ni tak susah untuk cara tempat penginapan jenis homestay, sebabnya anda boleh guna sahaja laman web Airbnb.

 

Apabila bercuti dalam kumpulan yang agak ramai, lebih jimat kalau menginap di homestay. Kalau masing-masing kongsi duit untuk bayar kos penginapan, akan jadi lebih jimat.

 

[3] Barangan yang perlu dibawa semasa bercuti ke Pulau Langkawi

Apa yang ada dekat Pulau Langkawi? Umumnya, dekat Langkawi ni ada banyak pulau-pulau kecil yang kita boleh kunjungi, ada kawasan pantai yang bersih, ada tempat tanah tinggi, ada kawasan air terjun, ada ladang buah-buahan, zoo dan banyak lagi.

Apa yang anda perlu bawa semasa bercuti, semuanya berkait rapat dengan apa aktiviti yang anda bakal lakukan. Kalau anda akan buat banyak aktiviti air, misalnya seperti nak buat Island Hopping ke pulau-pulau kecil ataupun nak buat aktiviti snorkeling di Pulau Payar, kenalah bawa pakaian yang sesuai.

 

Saya syorkan anda bawa pakaian mandi yang ada perlindungan spf (sun protection factor). Selain itu kena ada sun screen atau sun block yang mencukupi, kalau tak nak kulit muka terbakar lepas balik bercuti nanti.

 

Setengah orang merasakan hal berkaitan perancangan untuk bawa barang di hal yang remeh, tapi kalau kita perhatikan betul-betul, bila kita pack terlalu banyak barang, dan barang-barang tersebut pula adalah barang yang tak perlu, ini akan meningkatkan kos kita dari segi pembelian bagasi (check in baggage).

 

[4] Pemilihan waktu yang sesuai untuk pergi bercuti ke Langkawi

Tempat percutian seperti di Langkawi ini juga ada Peak Season dan juga Low Season. Kalau anda pergi ke sini ketika peak season, macam biasa kebanyakkan harga akan jadi lebih mahal.

 

Cuba elakkan datang ke sini ketika musim cuti sekolah, musim cuti umum dan juga ketika diadakan acara besar seperti LIMA dan sebagainya. Waktu-waktu macam ni, kos untuk sewa kereta, makan dan penginapan di Langkawi akan jadi sedikit mahal.

 

Selain itu, kena alert juga dengan keadaan cuaca di Langkawi. Saya suka pergi sekitar bulan April ke September sebab pada waktu ini, cuaca biasanya baik. Tak terlalu panas, dan tidak juga hujan sepanjang hari.

 

[5] Tempat-tempat menarik di Langkawi yang anda patut kunjungi

Bercerita tentang tempat menarik yang terdapat di Langkawi tu, memang ada sangat banyak. Apabila anda tiba di Airport Langkawi nanti, boleh pergi ke kaunter informasi untuk dapatkan pamplet yang mengandungi senarai tempat menarik yang anda boleh kunjungi disana.

 

Ini antara senarai tempat menarik yang anda boleh kunjungi sepanjang percutian tu nanti

  1. Langkawi Sky Bridge
  2. Skytrex Adventure
  3. Underwater World
  4. Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
  5. Pantai Tanjung Rhu
  6. Skytrail Jungle Trekking
  7. Crocodile Adventureland
  8. Langkawi Zipline Adventure
  9. Langkawi Cable Car
  10. Gunung Raya
  11. Langkawi Arts in Paradise 3D Museum
  12. Pantai Cenang
  13. Teluk Datai
  14. Pantai Kok
  15. Pulau Payar Marine Park
  16. Air terjun Telaga Tujuh
  17. Air Hangat Village
  18. Taman Lagenda Langkawi
  19. Kilim Karst Geoforest Park
  20. Air terjun Temurun
  21. Pantai Tengah
  22. Pantai Tengkorak
  23. Makam Mahsuri
  24. Laman Padi
  25. Galeria Perdana
  26. Pulau Beras Basah
  27. Pantai Pasir Hitam
  28. Cenang Mall
  29. Air terjun Durian Perangin
  30. Medan Selera Nelayan Bukit Malut
  31. HIG Kompleks
  32. MARDI Agrotechnology Park

 

Banyaknya tempat nak pergi? Sempat ke kalau nak pergi semua ni kalau cuma bercuti 3 hari 2 malam? Kalau ikut pengalaman saya sendiri, memang tak sempat kalau nak pergi semua tempat ini.

 

Jadi anda kena rancang betul-betul percutian anda, sebab ada beberapa tempat yang saya senaraikan dekat atas tu, kalau kita pergi memang akan makan masa lebih kurang separuh hari atau sepanjang hari baru boleh selesai.

 

Tapi dari senarai kat atas tu, saya syorkan anda cari masa untuk buat aktiviti Island Hopping, Snorkeling di Pulau Payar, makan buffet buah-buahan di MARDI Agrotechnology Park, dan menaiki cable car.

 

Snorkeling Pulau Payar

Dari Langkawi kita akan menaiki feri khas ke Pulau Payar. Perjalanan ke pulau ini ambil masa lebih kurang 45 minit ke satu jam. Kalau nak buat aktiviti snorkeling, kena pastikan satu hari tu anda dah set memang untuk buat aktiviti ini sahaja.

 

Kalau nak buat aktiviti lain, kena set waktu malam.

 

Makan jamuan buah-buah tempatan secara buffet ni MARDI Agrotechnology Park 

Ini satu lagi tempat menarik di Langkawi yang anda patut kunjungi. Dekat sini kita boleh makan buah-buahan tempatan sepuas-puasnya. Buah yang dihidangkan selalunya berbeza ikut musim kita datang.

 

[6] Pengangkutan sepanjang percutian

Kebanyakkan destinasi tumpuan pelancong di Langkawi ini terletak ditempat yang agak jauh. Sebaik-baiknya sewa sahaja kereta untuk memudahkan perjalanan anda.

 

[7] Bertolak balik ke Kuala Lumpur

Kebiasaannya, orang yang pergi bercuti ke Langkawi ini, pasti akan bawa balik buah tangan. Di Langkawi ada banyak kedai-kedai duty free yang menawarkan pelbagai produk seperti coklat, set pinggan mangkuk, perfume dan sebagainya dengan harga yang berkali ganda lebih murah berbanding di luar.

 

Dekat Airport Langkawi, seperti telah menjadi satu prosedur, barang-barang yang kita shopping wajib dibalut dikaunter pembalut sebelum diterima untuk check in. Pada masa ini anda kena sediakan duit untuk kos membalut. Biasanya barang shopping ni, orang akan masukkan dalam beg plastik atau beg yang ada zip tu.

 

Untuk elakkan kerosakkan barang beg atau beg tersebut pecah, diletakkan syarat untuk balut. Walaubagaimanapun, kalau barang-barang yang anda bakal beli nanti boleh dimuatkan dalam beg bagasi, anda tak perlu balut lagi.

 

Baiklah, saya harap perkongsian saya ini dapat memberikan anda serba sedikit panduan, terutama sekali buat mereka yang baru first time nak menjejakkan kaki ke pulau ini. Saya ucapkan, selamat bercuti ke Pulau Langkawi.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Penjual ubat-ubatan dan gamat di Pulau Langkawi
  2. Homestay di Langkawi Padang Matsirat – Homestay PILIHAN apabila bercuti di Langkawi
  3. Pengalaman pertama kali buka perniagaan kedai runcit
  4. Homestay Langkawi berdekatan dengan Airport Langkawi yang SELESA dan JIMAT

Filed Under: Travelog Tagged With: apa yang menarik di pulau langkawi, bercuti di langkawi, percutian ke pulau langkawi, tempat menarik di pulau langkawi, tips bercuti langkawi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Promosi bisnes homestay menggunakan platform Media Sosial
  • Panduan dan tips bercuti ke Pulau Langkawi buat pengunjung kali pertama
  • Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada
  • Cara menulis ayat untuk menjual secara online menggunakan Teknik NAIL
  • Senarai penjual Jam Tangan G-Shock Original dan boleh dipercayai

Recent Comments

  • Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan - Sabree Hussin Dot Biz on Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang
  • Strategi jual produk harian ke Pasaran Antarabangsa dengan UNTUNG berkali ganda - Sabree Hussin Dot Biz on Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada
  • sabree hussin on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • sabree hussin on Program Affiliate Shopee – Cara join beserta dengan BUKTI Pendapatan
  • Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? - Soal Jawab .MY on Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut