Sepanjang waktu saya berada di Pulau Langkawi, saya dapati ada banyak juga kedai-kedai ubat yang menjual ubat-ubatan berasaskan gamat dan akar kayu. Ubat-ubatan ini disediakan secara tradisional oleh usahawan tempatan.
Saya suka untuk lihat apa yang mereka jual, sebabnya dari sini saya boleh belajar beberapa perkara tentang perniagaan. Mungkin dari apa yang saya pelajari nanti, saya boleh aplikasikan pada perniagaan yang saya jalankan.
Saya pun tak tau dan tak pasti apa yang saya akan pelajari. Bila masuk ke premis perniagaan orang lain, kena pandai-pandai sendiri untuk buat pemerhatian. Buka mata, buka hati dan buka minda.
Pusing-pusing satu kedai. Mungkin dari situ, boleh belajar
Macam mana cara pemilik kedai ni susun barang. Gambar atas ni saya ambil di Nusantara Maju Enterprise. Saya kira cara mereka susun minyak gamak ni agak unik berbanding kedai-kedai lain yang jual minyak gamat. Nampak cantik dan tersusun je kan.
Belajar cara mereka menjaga kebersihan barang. Aspek kebersihan ni luas. Termasuklah cara susun atur, kekemasan, ada habuk atau tidak dan sebagainya. Produk yang nampak berhabuk biasanya memang tak ada siapa yang nak angkat dan pegang.
Belajar cara mereka meletakkan harga barangan. Dari segi harga, ia tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Tetapi, kalau nak bandingkan harga minyak gamat yang dijual diluar pulau Langkawi dengan yang dijual dalam Langkawi, pastinya ada beza.
Beberapa hari sebelum ke Pulau Langkawi, saya ada beli produk berasaskan gamat, iaitu Air Gamat secara online. Air gamat yang saya maksudkan adalah seperti dibawah ni.
Kalau kita baca dari segi khasiatnya, air gamat ni bagus untuk masalah-masalah seperti
- Suitable for women after childbirth
- Blood circulation
- Can used for breast cancer
- Remedy for cuts, burn & chest pain
- Treat impotence, constipation, frequent urination, gastric ulcer & fatigue
- Build & enhance immune functions
- Good for respiratory problem
- Anti-inflammatory : reduce pain, swelling & redness
Gamat ini dikatakan baik untuk mereka yang mempunyai masalah luka dalaman. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, maka digalakkan untuk ambil gamat. Saya minum air gamat ni sebab ada masalah luka dalaman.
Bila saya berpeluang untuk datang lagi sekali ke Langkawi, saya ambil kesempatan ini untuk cari gamat. Bagi mereka yang tak pernah minum air gamat, saya bagitau siap-siap. Rasanya sangatlah tak sedap. Ada rasa seperti masin-masin sedikit.
Cara minum air gamat ni, seperti yang ditulis pada botol, tuangkan dalam sudu kemudian telan. Kalau rasa susah nak telan, campurkan dengan sedikit madu atau telur. Ataupun boleh minum begitu sahaja.
Hmm… agak seksa jugak kalau nak terus minum. Jadi, biasanya saya akan sediakan half boiled egg (telur separuh masak), campurkan sedikit madu, kemudian tuang air gamat tu sikit dalam dua sudu. Makan macam ni lebih okay kalau ikut lidah saya.
Apa yang saya perhatikan, ada banyak kedai ubat yang menjual gamat. Seolah-olah gamat ni adalah produk WAJIB ada dan wajib jual. Oh ya, untuk pengetahuan anda, air gamat ni kalau beli terus di Langkawi, harganya tak sampai RM10. Tapi, kalau beli online kat laman web ini, harganya lebih tinggi sedikit.
Bawah ni pula adalah kedai ubat yang terdapat disekitar kawasan untuk masuk ke Beras Terbakar (Field of Burnt Rice)
Untuk mereka yang menginap di Homestay Langkawi yang terletak di Padang Matsirat atau yang berdekatan dengan Airport Langkawi, saya rasa mungkin tempat ini adalah tempat bersejarah yang paling dekat yang anda boleh lawati.
Mana-mana kedai yang menjual ubat, mesti ada produk berasaskan gamat.
Sebenarnya, selama ini saya ingatkan produk gamat ni cuma ada dalam bentuk minyak sapu (minyak gamat), jeli (jeli gamat) dan air gamat sahaja. Rupa-rupanya ada banyak lagi.
Ada gamat madu, gamat berperisa buah-buahan, dan ada juga gamat dalam bentuk kapsul. Gamat dalam bentuk-bentuk seperti ini, lebih mudah untuk dimakan. Sebagai contoh, gamat yang didatangkan dengan perisa buah-buahan ni, kalau nak makan begitu sahaja juga tak ada masalah. Rasanya lebih sedap berbanding telan air gamat.
Bukan semua pengalaman di kedai ubat di Langkawi adalah pengalaman yang menyeronokkan
Saya sempat singgah ke beberapa buah kedai. Rasanya kalau nak kata setiap kedai ubat yang saya temui, saya akan singgah juga tak salah.
Bila bercuti di Langkawi, saya sendiri tak ada tujuan yang spesifik. Memang niat nak habiskan masa dan jalan-jalan. Jadi, apa salahnya singgah ke semua kedai. Kalau ada yang berkenan, boleh beli sesuatu, walaupun barang tersebut harga cuma RM1. At least boleh sumbangkan jualan kepada tuan kedai disitu.
Kalaulah semua yang jual ubat ni lebih peramah dan berpengetahuan, saya rasa mesti mereka dapat jual lebih banyak produk.
Untuk produk berasaskan gamat misalnya, bukan semua orang kenal gamat. Saya pun hanya kenal gamat beberapa hari sebelum berangkat ke Langkawi. Sampai di Langkawi, saya pusing-pusing setiap kedai yang saya jumpa dan dari situ baru saya tau ada macam-macam gamat rupanya.
Nasib tak berapa baik, saya tak jumpa gamat dalam bentuk kapsul.
Kebetulan, waktu saya datang stok produk gamat dalam bentuk kapsul dah habis.
Jadi, kalau nak dapatkan juga, next best place to look is to order secara online sahaja.
Kalau anda nak tempah gamat dalam bentuk kapsul, boleh buat tempahan menerusi pautan tempahan ini.
Kebanyakkan kedai yang saya masuk, pekerjanya tak begitu mahir nak terangkan tentang kelebihan dan fungsi gamat. Adakah mereka harap setiap orang yang datang ke kedai tu, dah memang tau apa fungsi gamat tu?
Ada satu soalan yang saya tanya pada salah seorang jurujual.
“Ubat ni kesan dia macam mana ya?”
Jurujual tu pun ambik ubat yang saya tanya tu, baca label, dan terus jawab soalan saya.
“Ubat ni untuk buasir.”
Saya tertunggu-tunggu. Kalau-kalau ada ayat lain yang bakal menyusul. Selepas suasana senyap beberapa saat, saya mula yakin, yang dia tak akan sambung ayat tu.
Saya hanya senyum. Letak balik ubat tu di tempat asal. Dalam hati saya bercakap sendiri.
“Kalau setakat baca label, aku pun boleh baca. Hang ingat aku ni buta huruf ke?”
Sebenarnya pada waktu tu, saya mengharapkan jawapan yang lebih baik dan lebih panjang dari tu. Saya mahu dengar something yang extraordinary. Mungkin jurujual tu patut kata something like
Ubat ni dapat kecutkan buasir…
Ubat ni dapat kurangkan bengkak…
Ubat ni dapat bantu hentikan pendarahan…
Ubat ni boleh hilangkan rasa gatal pada dubur…
Benda-benda macam tu la. Apa yang saya senaraikan ni, hanyalah beberapa simptom yang akan dialami oleh pesakit.
Saya rasa, kalau saya tanya pasal ubat lain, misalnya ubat resdung, tongkat ali, kacip fatimah dan sebagainya, mungkin the best answer yang saya akan dapat nanti pun setakat jawapan yang memang ada tercatat atas label sahaja. Jadi, lebih baik saya baca sendiri daripada saya malukan diri saya tanya pada orang yang cuma akan bacakan semula apa yang ada pada label.
Pada pendapat saya la kan… orang yang pergi bercuti ni, mereka tak begitu berkira untuk berbelanja. Mereka ni memang dah sediakan bajet khas untuk tujuan belanja, untuk apa-apa tujuan. Saya rasalah kan, kalau jurujual ni ambik inisiatif untuk kaji produk, belajar pasal produk yang dia jual, In Shaa Allah mereka boleh jual lebih banyak produk.
Lagi banyak produk yang dapat dijual, kan lagi banyak untung yang dia boleh dapat. Ya, saya tak semestinya betul dalam hal ini. Tapi, kalau apa yang saya kata ni betul, kan anda juga yang dapat untungnya. Bukannya saya.
Next time, kalau ada peluang untuk datang semula ke Pulau Lagenda ni, In Shaa Allah nak beli gamat lagi.
Naimah Wahab says
Idok ler nak telan air gamat macam tu jer, tengok gamat hidup pun dah seriau…hehehe
Tapi memang cantik dan kemas susunan barang kat kedai tu. Cuma sila jangan bawak budak-budak yang riang ria serta aktif, boleh runtuh semua bangunan botol gamat tu 😛
abd malik sulaiman says
Ada minyak gamat seruntun tak?