Buku pertama yang saya baca yang mengupas tentang topik borong di China adalah buku berjudul Borong Di China: “Ingat Senang Ke?”. Kali pertama membaca tentang peluang untuk jadi usahawan borong memang begitu mengujakan. Tak lama lepas tu, saya dapat tahu rupanya ada buku lain di pasaran yang mengupas topik yang sama. Tajuk buku tersebut ialah Panduan Memborong Di China.
Buku ini adalah terbitan PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Harganya pun murah sahaja. Ia dijual dengan harga RM17 sahaja. Namun, jika anda beli terus di laman web PTS Bookcafe, anda mungkin boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah dari itu.
Pada waktu catatan ni saya tulis, buku ini dijual dengan potongan harga sebanyak RM5.10. Bermakna, anda hanya perlu bayar RM11.90 sahaja untuk dapatkan buku ini.
Alright. Saya dah baca buku ini. Sebenarnya, saya baru je habis baca buku ini. Memandangkan saya pernah baca buku tentang borong di China, jadi buku ini seperti ulangkaji untuk saya. Ada beberapa poin yang lebih kurang sama, namun buku ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dibawah.
Bagaimana cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan tanpa perlu menaikkan harga? Dalam buku ini ada disebutkan bahawa sebagai peniaga runcit, atau peniaga kecil-kecilan misalnya, kita perlu menjual sesuatu yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Berapa tinggi? 100% keuntungan ataupun 150% keuntungan.
Sebagai contoh pengiraan.
Jika modal adalah RM1, maka jika ingin untung 100%, maka harga jual perlulah RM2.
Sekiranya anda mensasarkan untuk mendapatkan margin untung 150%, maka harga jual adalah RM2.50
Formula ini sesuai digunakan untuk para peniaga runcit. Dengan margin untung yang tinggi, ia memberikan keselesaan pada pemilik perniagaan untuk terus menjalankan perniagaan. Namun begitu, situasi yang biasa berlaku ialah, kita tak boleh nak letak harga yang begitu mahal, jika tidak, orang mungkin tak akan beli dari kita.
Maka kita kembali kepada persoalan sebelum ini, iaitu bagaimana nak tingkatkan keuntungan tanpa perlu meningkatkan harga jual barang tersebut? Jawapannya ialah dengan mendapatkan barangan jualan dengan harga yang lebih rendah. Kat mana? Mana lagi kalau bukan di China!
Berikut ini pula topik-topik yang dimuatkan dalam buku ini.
BAHAGIAN 1 PENGENALAN TENTANG CHINA
Bab 1: CHINA: Paksi Ekonomi Dunia
Bab 2: Mata Wang China
Bab 3: Cuaca di Guangzhou
Bab 4: Penduduk dan Budaya Cina
Bahagian 1 dalam buku Panduan Borong ke China adalah tentang pengenalan kepada negara China itu sendiri. Bagi tujuan memborong, destinasi yang akan dipilih adalah di Guangzhou. Jadi sebaik-baiknya sebelum berangkat ke sana, kita ketahui terlebih dahulu perkara-perkara seperti matawang yang digunakan, keadaan cuaca, makanan, budaya masyarakat dan sebagainya.
BAHAGIAN 2 PERSEDIAAN SEBELUM KE CHINA
Bab 5: Perancangan ke China
Bab 6: Passport dan Visa
Bab 7: Penerbangan ke Guangzhou
Bab 8: Jumlah wang yang perlu dibawa
Bab 9: Senarai semak barang keperluan
Ini semua adalah item-item yang perlu diberikan perhatian sebelum bertolak ke China. Pastikan kita sudah mempunyai dokumen perjalanan yang sah, mengetahui syarikat penerbangan mana yang boleh kita gunakan, senarai barangan yang perlu dibawa ke Guangzhou dan paling penting ialah jumlah wang yang boleh dibawa.
Ada sesetengah barang, kita boleh beli apabila tiba di Guangzhou. Tak semestinya semua benda kita perlu bawa dari Malaysia, dan berkenaan dengan jumlah wang, sebenarnya ada had jumlah wang yang boleh dibawa masuk ke Guangzhou. Salah satu cara untuk bawa masuk duit ke China adalah dengan membuka akaun dengan Bank of China.
BAHAGIAN 3 APA YANG ADA DI CHINA
Bab 10: Minggu Emas di Guangzhou
Bab 11: Tempat menarik di lawati
Bab 12: Canton Fair
Bab 13: Plaza borong, syurga bagi memborong
Bahagian 3 adalah bahagian yang saya kira amat menarik. Mungkin bukan semua orang yang ingin travel ke Guangzhou adalah untuk tujuan memborong barang. Mungkin ada yang berminat nak tengok-tengok, atau jalan-jalan bagi menyaksikan panorama di sana. Jadi dalam bab ini, anda akan ketahui apa dia tempat-tempat menarik yang terdapat di Guangzhou, selain plaza borong.
BAHAGIAN 4 TIP MEMBORONG DI CHINA
Bab 14: Budaya bisnes orang Cina
Bab 15: Merancang borongan pertama
Bab 16: Mengkaji pasaran tempatan
Bab 17: Memilih produk bermanfaat
Bab 18: Ali Baba dan 40 penyamun di China
Bab 19: Penipu bercakap Melayu
Bab 20: Katalog
Bab 21: Waranti barangan China
Bab 22: Menghantar barang ke Malaysia
Dalam bahagian 4 ni, saya tertarik dengan bab 17 iaitu memilih produk bermanfaat. Kadang-kadang boleh terjadi, barangan yang kita nak beli di Guangzhou tu dah tak ada dijual lagi, atau jualannya dah ditamatkan. Jadi apa nak buat kalau benda ni yang terjadi kat kita?
Ha… jangan menggelabah. Kena bertenang. Baiklah, sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, adalah disarankan untuk kita siap sedia dengan beberapa senarai barangan, jika barangan utama yang kita nak borong tu sudah tak ada stok atau telah dihentikan jualannya. Menurut penulis buku Panduan Borong di China ni, situasi ini memang pernah berlaku kepada bekas peserta borong di China anjuran syarikat mereka.
Ini pendapat dan pandangan saya pulak. Saya rasa situasi seperti ini boleh dielakkan. Caranya ialah dengan membuat kajian terlebih dahulu sebelum bertolak ke China. Ada beberapa laman web dan portal borong di China yang boleh kita jadikan sebagai rujukan. Antaranya DH Gate, Tao Bao, Ali Baba, Ali Express dan sebagainya.
Sekiranya produk yang kita mahu borong itu ada dijual di laman web ini, besar kemungkinan peluang untuk kita dapat barangan yang kita cari itu juga sangatlah cerah.
Baca juga: Lubuk Dropship & Supplier Dari China
BAHAGIAN 5 TIP SURVIVAL DI CHINA
Bab 23: Hotel
Bab 24: Jurubahasa
Bab 25: Pengangkutan
Bab 26: Makanan Halal
Bab 27: Waktu Solat
Bab 28: Telefon dan Internet
Bab 29: Peminta sedekah profesional
Bab 30: Nota tambahan di plaza borong
Untuk yang beragama Islam, bahagian ini memberikan info yang sangat penting. Mesti anda nak tahu, kat mana masjid untuk menunaikan solat. Kat mana arah kiblat, kat mana restoran makanan halal dan sebagainya.
Memandangkan China bukanlah negara yang penduduk majoritinya adalah Islam, maka sebagai orang Islam, kita perlu bersiap sedia sebelum berangkat ke sana. Pastikan kita mempunyai kompas yang mampu untuk menunjukkan arah kiblat dan juga sentiasa membawa sejadah kecik. Ini memudahkan kita untuk mengerjakan solat walau di mana-mana kita berada.
Menurut penulis buku ini juga, kebanyakkan hotel-hotel di China tidak menunjukkan arah kiblat dalam bilik hotel mereka.
BAHAGIAN 6 BONUS
Bab 31: Pulang ke Malaysia
Bab 32: Mitos bisnes borong China
Bab 33: Risiko ke China
Bab 34: Untung peniaga kampung
Bab 35: Trip borong China
Ini bahagian yang terakhir. Saya suka bab 34, iaitu untung peniaga kampung. Umum dah mengetahui, kebiasaannya kalau kita nak borong sesuatu barang, lokasi-lokasi berikut akan dijadikan pilihan, iaitu
(1) GM Klang
(2) Chow Kit
(3) Plaza GM
(4) Jalan kenanga
Akan tetapi, untung bagi mereka yang berniaga di kampung-kampung, yang mempunyai modal yang mencukupi untuk mendapatkan stok barangan di China. Potensi untuk jadi pembekal paling besar di daerah tempat dia tinggal adalah sangat cerah.
Jika anda ingin ke China untuk tujuan memborong, saya syorkan anda bacalah buku ini. Untuk pengetahuan anda, buku ini juga ada didatangkan dalam bentuk ebook. Anda boleh muat turun di laman web ini.
Selamat membaca, dan selamat memborong. Saya doakan anda selamat pergi ke China dan selamat pulang ke Malaysia. In Shaa Allah panduan ini pasti berguna untuk anda.
Boleh tak kalau nak borong barangan di China secara online sahaja?
Jawapannya dah tentu memang boleh!
Walaubagaimanapun, dari segi pengalaman dan feelnya pasti tak sama. Apa pun, jika anda memerlukan panduan yang anda boleh rujuk, jika mahu memborong secara online, panduan ini mungkin dapat membantu anda.
Hero Borneo says
pandai cari harga yang bagus dan bijak rebut peluang boleh kaya dengan bisnes borong nie
Elih Japahar says
Murah tu berbanding buku dan rujukan lain..