Buku pertama yang saya baca yang mengupas tentang topik borong di China adalah buku berjudul Borong Di China: “Ingat Senang Ke?”. Kali pertama membaca tentang peluang untuk jadi usahawan borong memang begitu mengujakan. Tak lama lepas tu, saya dapat tahu rupanya ada buku lain di pasaran yang mengupas topik yang sama. Tajuk buku tersebut ialah Panduan Memborong Di China.
Buku ini adalah terbitan PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Harganya pun murah sahaja. Ia dijual dengan harga RM17 sahaja. Namun, jika anda beli terus di laman web PTS Bookcafe, anda mungkin boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah dari itu.
Pada waktu catatan ni saya tulis, buku ini dijual dengan potongan harga sebanyak RM5.10. Bermakna, anda hanya perlu bayar RM11.90 sahaja untuk dapatkan buku ini.
Alright. Saya dah baca buku ini. Sebenarnya, saya baru je habis baca buku ini. Memandangkan saya pernah baca buku tentang borong di China, jadi buku ini seperti ulangkaji untuk saya. Ada beberapa poin yang lebih kurang sama, namun buku ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dibawah.
Bagaimana cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan tanpa perlu menaikkan harga? Dalam buku ini ada disebutkan bahawa sebagai peniaga runcit, atau peniaga kecil-kecilan misalnya, kita perlu menjual sesuatu yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Berapa tinggi? 100% keuntungan ataupun 150% keuntungan.