Kalau nak cari barang-barang murah, belilah barangan buatan China.
Kalau anda rasa susah nak cari kedai yang jual barang buatan China, ha… bukak internet terus je beli dari China.
As simple as that.
Tak perlu susah payah nak pergi ke China. Tak perlu risau nak beli tiket, nak buat passport, tempah hotel untuk penginapan, cari makanan halal, isu keselamatan dan lain-lain lagi. Sekarang ni, semuanya boleh diselesaikan di hujung jari sahaja.
Ini salah satu laman web yang saya kerap gunakan untuk beli barangan dari China.
Ini adalah laman web DHgate.com
Ia merupakan laman web ala-ala ebay yang berasal dari China. Kebanyakkan penjual yang menggunakan platform DHgate ini adalah terdiri daripada pengilang dan juga pemborong pelbagai jenis produk.
Dari segi harga memang murah.
Actually kalau anda beli dalam kuantiti yang besar, boleh dapat lagi murah. Untuk produk yang sama, akan ada harga yang berbeza.
Sebagai contoh, kalau cuma beli satu unit, harganya lain. Kalau beli lebih dari 10 unit, harga untuk seunit akan jadi makin murah. Formulanya ialah, lagi besar kuantiti yang anda beli, lagi murah harga barang tersebut.
Disamping itu, anda juga mungkin akan temui harga yang berbeza ditawarkan oleh penjual yang berbeza. Macam yang saya dah cerita sebelum ni, penjual di laman web tu terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada pemborong dan ada pengilang. Mana yang mampu beri harga murah, dia berilah. Kalau tidak, harga akan sedikit mahal.
Dari segi keselamatan, buat masa ini saya tak pernah lagi ada masalah bila buat pembelian menerusi laman web ni. Semua barang yang dibeli, sampai ke rumah saya tanpa sebarang masalah. Kalau nak gunakan web ini bagi tujuan bisnes dropship juga boleh.
Saya ada pengalaman beli barang kat ebay dan barang yang di tempah tak sampai ke tangan saya (sehingga sekarang). Mungkin hilang semasa proses penghantaran, atau mungkin kena tahan dengan pihak kastam. Wallahua’lam
Masa tu saya dah buat report dengan ebay dan dah deal secara terus dengan penjual.
Option yang saya dapat, dia hantar semula barang baru.
… pun tak sampai jugak.
Akhir sekali, dia cadang untuk split half-half kerugian. Kalau ikut apa yang dia kata, dia pun dah rugi banyak sebab dah post barang yang sama dua kali, tapi tetap tak sampai.
Ok la… have to. Nak buat macam mana, daripada saya tak dapat apa-apa langsung. Akhirnya saya dapat half refund. Mujurlah barang yang saya beli tu pun sebenarnya tak begitu mahal.
Itu tragedi berurus niaga dekat ebay.
Berbalik kepada laman web DHgate ini, sebenarnya laman web ini juga boleh digunakan sebagai supplier untuk buat program dropship.
Semasa buat tempahan, anda hanya perlu masukkan alamat penghantaran kepada alamat pelanggan anda.
Satu yang saya kurang berkenan ialah masa penghantaran tu yang agak panjang. Ada yang ambik masa sampai sebulan… Ya, memang lama. Bergantung kepada lokasi pelanggan anda. Biasanya, kalau pilih opsyen free delivery, memang akan ambil masa yang agak panjang.
Solution dia ialah guna kurier service berbayar seperti DHL, atau UPS. Tapi satu hal, kos dia agak mahal. Kalau nak buat dropship, kos penghantaran ni, pelanggan yang akan bayar. Kita masukkan sekali caj penghantaran kepada produk yang dijual, jadi sepatutnya tak ada masalah.
Ok la, laman web ini ada macam-macam jenis barang. Boleh tengok-tengok dulu. Kalau berkenan, cubalah buat tempahan.
Bagi urusan pembayaran, laman web DHGate ni menggunakan matawang USD. Ini bermakna kita kena selalu buat semakan, berapa kadar tukaran matawang kita berbanding USD. Kalau nilai RM jatuh atau lemah berbanding USD, ini akan buatkan transaksi tu jadi lebih mahal.
Kalau begitu, apa nak buat?
Matawang negara China adalah Renminbi atau dikenali juga sebagai Chinese Yuan. Anda boleh buat semakan, kadar tukaran matawang kita, RM, dengan Yuan. Bergantung pada waktu bila anda buat semakan, anda mungkin akan dapati, beli terus dari China dan menggunakan matawang Yuan adalah lebih jimat, berbanding bayar guna USD.
Awal-awal tadi kan matlamat kita nak dapat harga yang murah. Jadi, soal matawang ni pun kita kena ambil kira juga.
Laman web borong mana satu yang bagus untuk digunakan? Cadangan saya, anda gunalah laman web Taobao.com
Kalau guna taobao ni, walaupun cuma beli satu unit, harganya masih lagi rendah. Kenapa nak beli satu unit sahaja? Kalau nak buat bisnes jual barang-barang dari China, mesti nak beli banyak, betul tak?
Sebenarnya cara tersebut tak berapa baik. Cara yang lebih baik ialah, kita beli dalam kuantiti yang sedikit dulu. Bila dah dapat barang, kita semak kualiti barang, dan bila puas hati barulah jual barang tu ataupun borong dalam kuantiti yang lebih besar.
Satu lagi, bila kita dah ada produk dalam tangan, kita boleh ambil gambar mengikut kreativiti kita dan dari sudut yang pelbagai. Bila kita ada banyak gambar produk, dan semuanya cantik-cantik serta unik, ini akan lebih meningkatkan peluang untuk orang beli produk tersebut.
Bila ada tempahan dari pelanggan, anda order la dari supplier dari China tu, dan bukannya serahkan stok dalam tangan. Kita anggap apa yang ada dalam tangan tu adalah sebagai produk display sahaja.
.
..
Sebenarnya ada banyak alternatif bagi laman web borong dari China seperti DHGate. Saya perkenalkan Laman web TaoBao kerana itu merupakan laman web yang sering digunakan oleh usahawan borong kita. Laman web ini berasal dari China, dan mereka menjual pelbagai produk dan boleh dibeli dengan kuantiti yang sedikit tetapi masih lagi dengan harga borong.
Satu lagi, istimewanya dengan Taobao ni ialah, ada panduan yang anda boleh rujuk untuk membeli dengan selamat boleh muat turun disini.
Kalau beli kat laman web lain, belum tentu ada panduan khas yang anda boleh rujuk. Dengan adanya panduan ini, pasti akan rasa lebih selamat nak beli secara online sahaja, kan. Jadi, tunggu apa lagi tu? Muat turun panduan ini sekarang dengan menekan klik pada pautan ini.
Suria says
Salam tuan, selama tuan guna DHgate ni, x pernah ada masalah ngan kastam?
sabree hussin says
Wasalam tuan Suria, untuk makluman, saya dah jarang order barang di DHgate dan sebelum ini, kuantiti order saya juga kecil sahaja. Tak pernah lagi ada masalah dengan Kastam sebabnya produk declare sebagai gift.
Kalau order barang kat ebay pernah ada pengalaman barang tak sampai-sampai 🙂
shafiqa says
Salam nak tanya….kalau nak buat payment pakai debit card boley tak dekat website ni?
sabree hussin says
Boleh, bayar je pakai debit kad
damarjati says
Saya tnya sdikit,mcm mn mau oder dkt dhgate mslhnya tk de card credit
Lg 1 blh dipercya sampai brngnya kh…tkut kena tipu.tau lah dibisnis online
sabree hussin says
1. Kalau tak ada kad kredit boleh guna kad debit
2. Sebelum ni saya order, barang memang sampai tak ada masalah
3. Kalau takut… kena beranikan diri, baru boleh beli
shazzy says
Encik nak tnya.. VAT no. tu ape? Nak isi ape?
terima kasih..
sabree hussin says
VAT tu maksud dia Value Added Tax. Saya pun tak tau nak kena isi apa
Tamlikha says
Sy msih xfhm lg mcm mne urusan kalau nk beli barang dari luar nie..mksud sy procedure untuk msuk ke sini mcm mne yer?xde mslah ke dgn pihak kastam atau sirim terutama untuk barangan elektronik..?
Jie Susanos says
igtkan rahsia taobao jer boleh borong barang murah secara online..rupanya ada byk lagi..
sabree hussin says
Memang ada banyak lagi laman web yang boleh digunakan untuk borong produk dari china. Taobao tu pun salah satu daripadanya.
Yana says
Macam mna Cara nak order brg China??klau kita order melalui fon blh ke??
sabree hussin says
Tak digalakkan. Kalau nak order barang dari China terus dari negara China, lebih baik order menerusi website macam yang dibincangkan dalam artikel ni.
Ianya lebih selamat, dan kalau berlaku sebarang kes, biasanya pemilik website akan bantu kita.
nizam says
Salam. Ohh maksud nya kalau berurusan kena guna pc/laptop la kan? Tak boleh guna hp?
sabree hussin says
Saya tak pernah berurusan guna smartphone. Lagipun saya tak berapa suka interface yang kecik. Tapi sepatutnya tak ada masalah kalau nak buat tempahan guna smartphone.
Nisa says
Salam en.
Kalau beli dari China kan, bila barangan dah sampai Malaysia ada apa2 charge lagi yang kena bayar ke?
Macam DHGate tu harga yang kita bayar tu last price atau ada tambahan2 lagi nak kena bayar masa terima barang?
Tq in advance
sabree hussin says
Kalau beli dari DHgate, harga yang kita bayar itu saja bayaran yang perlu kita buat.
Siti fyruz says
Salam tuan..saya masih tak faham mengenai matawang.Dalam web tersebut mengunakan matawang usd..contoh brg sy order 4 pcs berharga 34usd..perlu ke saya tukar jumlah matawang usd ke matawang malaysua atau pun terus buat pembayaran mgunakan jumpa yg tertera..tksih
sabree hussin says
Wasalam, kalau bayar guna kad kredit, kad debit atau paypal, bayaran terus buat guna matawang USD
farah izzati says
assalam en. mcm mane sy nak buat pembayaran. sbb tgk dlm usd.. boleh tahu darab dgn brape?
sabree hussin says
Wasalam, boleh semak laman web seperti http://www.xe.com untuk mengetahui kadar tukaran semasa.
Sebenarnya tak perlu nak darab apa-apa. Kalau bayar guna kad kredit atau kad debit, dia akan terus convert siap-siap.
reezluv says
memang salah satu lubuk supplier dari China yang sangat hot.harga murah dan dipercayai
Halimaton says
Klo sy nk join dropship bole ker ??
Bole bg no wasap…
sabree hussin says
Kalau nak dropship dengan supplier dari China ni, kena terus berurusan dengan seller yang ada disitu.