Kuasa Minda Separa Sedar Dalam Promosi Bisnes Tone Excel

by sabree hussin on September 24, 2014

in Tune Talk Tone Excel

Artikel ini saya tulis selepas saya baca sebuah buku hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj berjudul Motivasi Minda:  Membina Jati Diri Gemilang.

Saya ingin memetik beberapa perenggan yang terdapat dalam buku tulisan beliau iaitu

Subconscious Mind adalah satu-satunya media yang boleh bertindak sendiri mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Conscious Mind. Misalkan begini; seseorang (B) telah menetapkan bahawa dia perlu berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Katalah bidang jualan. Apabila hatinya berkata; “Aku mesti buat jualan bernilai RM1 juta pada tahun ini.”  Dia sebenarnya telah meletakkan satu target dalam Conscious Mind. Target yang tertanam dalam Conscious Mind ini secara automatik akan diketahui oleh Subconscious Mind.

Tanpa diketahui oleh B, Subconscious Mind ini akan bekerja dengan sendirinya dan akan memberikan jalan-jalan atau idea secara tidak terduga.

Ia mungkin muncul seminit dua selepas itu ataupun sehari dua ataupun seminggu dua dan seterusnya. Syaratnya B mesti ada ilmu bantu iaitu pengetahuan-pengetahuan asas tentang perniagaan, ekonomi atau pengalaman-pengalaman berkaitan dan sebagainya.

2-thumbs-up

Conscious Mind = Minda Sedar

Subconscious Mind = Minda Separa Sedar

Persoalannya sekarang, apa yang perlu saya lakukan setelah mengetahui maklumat berharga tentang kekuatan Conscious Mind dan juga Subconscious Mind bagi tujuan mengembangkan lagi network Tone Excel saya?

laman web percuma untuk promosi bisnes Tone Excel

Tetapkan Matlamat

Mana-mana pakar motivasi pasti akan mengesyorkan supaya kita mula dengan menetapkan matlamat. Matlamat itu adalah sasaran, fokus ataupun target yang kita nak capai.

Saya nak berjaya dalam bisnes Tone Excel…

Ya.

Saya ada impian, matlamat, dan cita-cita nak berjaya dalam bisnes ni. Akan tetapi, bagaimana baru dikatakan saya dah BERJAYA dalam bisnes ni?

Selagi kita tak tahu, bagaimana yang dikatakan sebagai kita dah berjaya, selagi itu kita akan terus buat kerja dalam gelap. Dalam keadaan kesamaran gitu. Sesekali akan terasa macam; “Eh… aku ni dah berjaya ke belum ni sebenarnya?”

Lebih jelas sesuatu matlamat, maka lebih mudah jalannya untuk kita sampai ke destinasi yang hendak kita tuju.

Pesan mentor saya dalam Bisnes Tone Excel: Fokus untuk dapatkan 400 orang pada level 1. Hanya FOKUS pada level 1.

Apabila semua orang buat kerja masing-masing (iaitu fokus untuk kembangkan level 1) maka pada ketika itu bisnes ini akan lebih mudah berkembang.

Idea pemasaran datang dengan cara yang tak diduga… 

Dalam bisnes ni, kita fokus pada pemasaran. Itu sahaja. Bukan kerja kita nak bagi customer support, penghantaran produk, training kepada new agent dan sebagainya.

Namun, lazimnya jika anda sertai network saya, semua itu anda akan perolehi secara percuma.

Ya.

Termasuk latihan dari segi pemasaran. Bersyarat ok. Syaratnya ialah anda benar-benar serius nak belajar dan boleh mengikut arahan. Kalau tak boleh ikut arahan dan tunjuk ajar, sila belajar sendiri.

Kejayaan anda dalam bisnes ni sebenarnya terpulang pada berapa serius anda nak berjaya, bukannya berapa serius saya nak anda berjaya. Jika anda benar-benar berfikir, pasti anda boeh FAHAM apa yang saya sedang sampaikan.

Idea untuk buat marketing bagi bisnes ni tidak datang sekali gus atau lump sum

Peringkat permulaan saya buat bisnes ni, saya cuma tahu promosikan landing page yang saya dapat secara percuma yang dibekalkan oleh upline saya. Itu sahaja.

Kerja saya mudah sahaja, hanya bawa masuk trafik ke laman web promosi sama ada secara manual, automatik, menggunakan trafik berbayar, mahupun trafik percuma.

Sampai satu tahap, saya rasakan method yang saya gunakan TIDAK EFISIEN. Jadi dari situ, saya ubah pendekatan.

Ding!

Teknik Pemasaran emel untuk promosi bisnes Tone Excel

Masalah:

1. Saya tak ada pengalaman guna sistem autoresponder

2. Saya tak pandai bina laman web squeeze page

3. Saya tak pandai nak tulis ayat-ayat romantik pada squeeze page

4. Saya tak tau nak karang emel yang sweet untuk dikirimkan kepada subscriber saya

5. Saya takut nak guna sistem emel autoresponder Aweber sebab kosnya yang MAHAL

Nampak tak? Saya yakin, masalah yang saya hadapi ni sebenarnya tak jauh beza dengan anda. Of course saya pun tak adalah tiba-tiba jadi pandai nak guna kaedah pemasaran yang sophisticated ni.

Kalau anda ada masalah dari segi pemasaran menggunakan teknik emel, senaraikan apa sebenarnya masalah anda. Itu langkah pertama.

Lihat dalam-dalam list yang anda hasilkan tersebut, dan gunakan common sense, macam mana nak selesaikan masalah tu. Saya percaya, masalah-masalah tersebut sebenarnya small matter dan sangatlah mudah untuk diselesaikan.

Ini solution bagi masalah saya:

1. Tak ada pengalaman guna sistem autoresponder. Saya berlatih dengan sistem autoresponder percuma emelmatik.

2. Saya cari software, plugin, atau sistem tertentu yang boleh bantu saya hasilkan halaman squeeze page yang menarik. Hasilnya –> http://seratusperatus.com/tone

3. Saya tak pandai tulis ayat copywriting. Belasah je tulis apa-apa pun. Namun dari masa ke masa saya akan edit ikut kesesuaian (dan bila datang idea baru secara tiba-tiba)

4. Tak tahu nak karang ayat emel. Saya subscribe emel daripada beberapa orang Internet marketer dalam dan luar negara. Mana-mana yang sesuai, saya TIRU je dengan melakukan sedikit ubah suaian

5. Takut nak guna Aweber. Sebab saya tak ada sumber pendapatan KHUSUS untuk bayar Aweber. Sekarang dah ada sumber. Jadi saya boleh guna dengan YAKIN

Semua yang saya nyatakan ni, ia tak datang dengan sendirinya. Kena bagi masa, sebabnya ia akan datang secara berperingkat-peringkat.

Saranan saya, mahirkan satu per satu kaedah pemasaran. Tak perlu nak buat semua dalam satu masa. Namun janganlah tinggalkan semua dengan alasan tak ada masa.

Teknik pemasaran TERTUTUP FB Group

Ini salah satu teknik pemasaran yang saya pernah guna untuk mengembangkan bisnes saya. Disebabkan saya pernah buat banyak marketing di FB Group, maka saya tulis satu panduan khas bagi membantu rakan-rakan usahawan sekalian untuk buat promosi dengan lebih berkesan di FB Group.

Baca: Panduan Dominasi FB Group V3.0

Cara salah buat pemasaran di FB Group

1. Buat satu FB Group khusus untuk tujuan marketing bisnes Tone Excel

2. Add seramai mungkin kawan-kawan di FB masuk ke dalam group

3. Mula masukkan posting-posting seperti video, bukti screenshot income, status update copy paste dalam group

4. Tag rakan-rakan yang memang dah sedia ada dalam group untuk lihat iklan tentang bisnes

Cara 1 hingga 4, sila elakkan. Kesannya? Anda akan kena banned dengan rakan-rakan FB. Akan ada rakan-rakan anda yang mula menjauhkan diri dari anda.

Saya pernah buat cara marketing yang salah macam ni, dan saya KESAL sebab pernah buat silap macam tu. Jadi, macam mana cara sebenar buat marketing di FB Group untuk bisnes Tone Excel?

Cara yang BETUL buat marketing Bisnes TE di FB

1. Setup satu group khas dan set status sebagai public

2. Isikan konten yang berkualiti dan bermanfaat dalam group tersebut

3. Apabila status group adalah public, maka setiap update yang anda buat akan keluar juga di newsfeed rakan-rakan anda

4. Promosikan group dan ajak rakan-rakan anda untuk sertai group. Beri insentif, hadiah, atau apa-apa imbuhan jika sertai group anda.

5. Sarankan ahli group untuk subscribe notification. Kalau dapat, ajak mereka untuk opt in dalam sistem autoresponder lagi baik

6. Teruskan update status macam biasa sambil melakukan soft selling

Teknik 1 hingga 6 bukan satu-satunya cara untuk buat marketing di FB. Pemasaran paling berkesan di FB ialah menggunakan teknik Soft Selling. Bukan Hard Selling.

In Shaa Allah dengan mindset yang betul, tak ada masalah yang tak boleh kita atasi.

Pastikan anda jelas dengan matlamat anda. Senaraikan semua masalah yang anda hadapi untuk capai matlamat tersebut dan In Shaa Allah, minda separa sedar akan bantu anda beri jalan penyelesaian secara berperingkat-peringkat dan dalam keadaan yang tak terduga.

Yang penting, anda janganlah cepat jemu untuk belajar dan tambah ilmu.

Tak ada siapa yang nak layan kerenah dan perangai manja anda tu kalau bukan diri anda sendiri. Cikgu hanya boleh tunjuk jalan dan yang selebihnya terpulang pada anda sama ada nak praktikkan atau pun tidak.

Dapat sesuatu dari entri ini? Apa dia? Cuba kongsikan apa yang anda faham kat bahagian komen.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

aisya October 2, 2014 at 8:05 am

wow… sangat berguna input y diberi… terima kasih, sebab menyedarkan sy bhw pendekatan y sy guna dlm marketing d fb adlh salah sama sekali…. sekarang sy dh tau d mana silapnya.. 🙂

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: