Artikel ini saya tulis selepas saya baca sebuah buku hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj berjudul Motivasi Minda: Membina Jati Diri Gemilang.
Saya ingin memetik beberapa perenggan yang terdapat dalam buku tulisan beliau iaitu
Subconscious Mind adalah satu-satunya media yang boleh bertindak sendiri mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Conscious Mind. Misalkan begini; seseorang (B) telah menetapkan bahawa dia perlu berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Katalah bidang jualan. Apabila hatinya berkata; “Aku mesti buat jualan bernilai RM1 juta pada tahun ini.” Dia sebenarnya telah meletakkan satu target dalam Conscious Mind. Target yang tertanam dalam Conscious Mind ini secara automatik akan diketahui oleh Subconscious Mind.
Tanpa diketahui oleh B, Subconscious Mind ini akan bekerja dengan sendirinya dan akan memberikan jalan-jalan atau idea secara tidak terduga.
Ia mungkin muncul seminit dua selepas itu ataupun sehari dua ataupun seminggu dua dan seterusnya. Syaratnya B mesti ada ilmu bantu iaitu pengetahuan-pengetahuan asas tentang perniagaan, ekonomi atau pengalaman-pengalaman berkaitan dan sebagainya.
Conscious Mind = Minda Sedar
Subconscious Mind = Minda Separa Sedar