Soalan ini kerap jugak ditanya kepada saya. Kebiasaannya, soalan tentang cara saya buat promosi bisnes Tone Excel akan ditanya oleh mereka yang berada dalam rangkaian saya.
Ada ketikanya, soalan ini ditanyakan oleh individu yang saya tak kenali. Mungkin, mereka pernah terjumpa blog saya yang ini, ketika mencari informasi tentang peluang perniagaan dalam bisnes simkad Tone Excel.
Saya tak ada guna cara yang pelik-pelik mahupun senjata rahsia. Selalu saya bagitahu pada orang yang bertanya tu, apa yang anda lihat, itulah caranya yang saya gunakan untuk buat promosi bisnes Tone Excel ni.
Saya buat kerja-kerja pemasaran menggunakan Facebook. Lazimnya saya akan guna personal profile. Kemudian, ayat yang sama saya akan copy and paste ke FB Fanpage yang mewakili blog ni.
Memang saya tak pernah menggunakan cara yang pelik-pelik dan susah-susah. Anda boleh lihat screenshot dibawah. Ini lah cara saya promosikan bisnes Tone Excel yang saya join awal tahun hari tu.
Benda ni dah jadi satu rutin harian saya. Sejak saya mula aktif mempromosikan bisnes ni, saya dengan sedaya upaya akan pastikan saya akan menulis status update di FB saya berkenaan dengan bisnes ni. Sekurang-kurangnya sehari saya akan tulis sekali.
Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai peluang bisnes ni kepada orang yang saya kenal. Kadang-kadang saya akan tulis tentang bisnes Tone Excel di blog utama saya ini. Jika saya menulis di Facebook, saya tak boleh tulis panjang-panjang.
Sebaliknya, jika saya menulis di blog seperti ini, saya boleh hasilkan artikel yang lebih panjang. Saya boleh masukkan gambar-gambar, screenshot, video dan apa-apa material yang saya rasakan sesuai dan relevan dengan bisnes ni. Artikel yang sama, saya juga boleh optimasikan dengan teknik penulisan Search Engine Optimization supaya ianya mudah untuk ditemui oleh para pencari maklumat yang menggunakan laman web Google.
Apabila saya dah siap publish sesuatu cerita dalam blog ni, mereka yang pernah subscribe blog ni akan dapat email notification. Mereka yang pernah langgan feeds blog ni akan dapat notification tentang entri terbaru yang saya hasilkan dalam blog ni. Secara automatik, mereka akan terima salinan artikel terus ke inbox emel peribadi mereka.
Pendek kata, mereka-mereka yang akan terbaca ayat-ayat promosi saya juga adalah mereka-mereka yang kenal saya. Saya tak approach stranger ataupun orang yang saya tak kenal.
Pada saya, mendapatkan pelanggan daripada orang-orang yang dikenali adalah berkali ganda lebih mudah, berbanding kita cuba jadikan orang yang tak dikenali atau total stranger sebagai pelanggan. Saya syorkan anda baca buku berjudul The Psychology of Selling oleh Brian Tracy.
Untuk approach individu yang tak dikenali, kita perlu berkenalan dulu dengan individu tersebut. Cuba jadi kawan terlebih dahulu, bina kesefahaman, dan seterusnya barulah kita boleh buat tawaran. Kalau tiba-tiba kita buat tawaran kepada individu yang tak dikenali, kebarangkalian untuk mereka berkata tidak berminat, atau tak nak, adalah sangat tinggi.
Lagi satu, saya tak ada gunakan teknik pemasaran yang susah-susah.
Dalam bisnes ni, saya lagi banyak bercerita dan kongsikan cerita-cerita yang related dengan bisnes ni. Kaedah ini lebih dikenali sebagai kaedah story teller. Sebagai manusia, kita lebih suka untuk mendengar tentang sesuatu cerita, atau membaca cerita, berbanding membaca teks iklan semata-mata.
Adakah anda pernah mendengar tentang konsep duplikasi?
Untuk berjaya dalam bisnes ni, kita sama-sama kena faham konsep duplikasi. Teknik yang saya gunakan mestilah boleh ditiru dan diikuti oleh orang lain yang nak sertai bisnes ni menerusi network saya.
Jika saya buat benda yang susah-susah, orang lain mungkin susah nak tiru dan buat benda yang sama.
Jadi, langkah yang mudah adalah buat perkongsian cerita menerusi wall FB, itu sahaja.
Saya pasti semua orang boleh buat.
Oh ya, saya hanya perlu karang ayat promosi sekali sahaja, kemudian saya akan copy paste di semua fan page saya yang sesuai. Sebabnya saya suka nak tengok berapa ramai yang akan nampak post tersebut.
Lihat screenshot atas tu, kan ada tulis “64 people saw this post”. Kalau guna personal profile kan tak ada indicator tu. Kita agak susah nak tahu, berapa ramai yang dah baca atau yang pernah tengok apa yang kita post di wall fb personal kita.
64 people saw this post ini mungkin tidak mewakili jumlah sebenar yang baca posting kita dari mula sampai habis. Nilai ini mungkin hanya mewakili berapa ramai yang nampak posting kita. Namun, mereka mungkin cuma tengok sahaja, dan tak baca apa-apa.
Selain cara promosi menggunakan Facebook dan blog ini, saya juga menggunakan kaedah pemasaran menggunakan emel. Untuk buat promosi bisnes Tone Excel menggunakan emel, kita perlukan
- Sistem autoresponder
- Laman web untuk bina landing page
Salah satu faktor kenapa orang tak suka untuk guna kaedah ini, mungkin atas sebab kos. Kos untuk langgan sistem autoresponder dan juga kos untuk bina website. Sebenarnya, ada cara kalau nak berjimat. Sebagai contoh,
Untuk autoresponder, anda gunakan sahaja sistem autoresponder emelmatik. Klik sini untuk daftar percuma.
Emelmatik menawarkan penggunaan secara percuma selama 365 hari. Dalam tempoh tu, anda tak perlu bayar apa-apa.
Untuk laman web yang anda bakal gunakan sebagai landing page, saya syorkan anda guna sahaja laman web blogspot. Ianya percuma. Namun, jika anda ingin menghasilkan sebuah laman web yang nampak profesional dan mengkagumkan bakal prospek anda, anda bolehlah bina laman percuma blogspot menggunakan software blogspot to minisite. Klik sini untuk download software.
Menggunakan software ini, anda boleh hasilkan laman web yang nampak profesional, walaupun anda sebelum ni langsung tak mempunyai pengalaman bina website. Asalkan anda tahu, cara nak guna perisian microsoft words, anda dah boleh guna sistem minisite blogspot ini.
Kalau nak guna pemasaran emel, untuk mempromosikan simkad Tone Excel, maka anda perlu pastikan setiap hari mesti kena ada sekurang-kurangnya 2 – 5 orang yang mendaftar masuk ke sistem database anda.
Baiklah, apa yang saya kongsikan dalam ni, adalah sebahagian daripada cara saya buat promosi untuk bisnes simkad Tone Excel ini.
Jika anda juga minat nak join bisnes ni, bolehlah daftar secara percuma disini. Anda akan menyertai rangkaian saya dalam bisnes ni.
Jom kita sama-sama buat duit dalam bisnes ni!
broFami says
owg begitu cara dia.. nak cuba lah ๐
titan says
Hoho..
Semoga berjaya dengan tone excel. ๐
Abdfatah says
Ooo lagu tu punya caranya nak buat promosi tone excel. Cukup menarik…
zik says
persaingan semakin hebat..ramai org promote dekat fan page. profail.. fb ads pun… google adswords pun ada…
Manan Qayyim says
boleh baut duit dgn Tune excel … WOWww
Hafizul says
Hehe..saya masih lagi belum berjaya untuk istikomah dalam tone excel ni…
Hairul Azni says
Yup..tak perlu cara susah2..buat pening kepala je..selagi boleh mudahkan, kita mudahkan ia..
Hafizul says
Emm semoga maju jaya dan dapat yang terbaik dalam tone excel yer..hehe
Dara says
Saya sedang encari cara promosi yang efektif / jitu,
terimakasih panduannya
faizal says
produk yang memang hangat sekarang ini
sabree hussin says
Tuan Faizal dah dapatkan ke belum sim kad ni? ๐
blog amir says
good luck ๐
amir says
Terbaik boss. Cara simple tapi konsistan. Good luck ๐
sabree hussin says
Rahsia kejayaan dalam bisnes macam ni (network marketing) dan lain-lain bisnes seumpamanya ialah konsistensi ๐
broFami says
kalau setakat promote di wall sendiri sahaja pun susah juga nak dapat ahli baru kena bina branding dulu dan banyakkan sharing daripada menjual.. ๐
sabree hussin says
Betul tu, lebih-lebih lagi sekarang ni. Reach di FB sangat rendah tak seperti dulu. Kalau kita update status tak seramai dulu akan dapat baca apa yang update kat newsfeed mereka