Saya nak cerita panjang-panjang pasal program affiliate Lazada ni pun sebenarnya saya tak reti sangat. Bila orang tanya saya, apa yang istimewa sangat dengan laman web Lazada ni… saya jadi speechless. Apa yang saya dapat lihat, laman web Lazada ni terdapat terlalu banyak rangkaian produk yang boleh dipromosikan.
Mungkin inilah dia istimewanya dengan laman web ini.
Saya rasa macam semua benda ada jual kat laman web ini. Cakap je nak produk apa? Aksesori kereta, ipad, smartphone, mesin ais krim, mesin basuh, perabot, makanan kucing dan macam-macam lagi.
Jika anda ingin menjadi affiliate bagi laman web Lazada, saya percaya anda juga akan jadi seperti saya. Tak akan kehabisan produk untuk dipromosikan. Apa yang akan habis dulu mungkin adalah tenaga dan motivasi ha ha
Ada satu masa tu, saya sendiri kehabisan idea. Tak tau dah macam mana nak promosikan produk yang dijual di laman web lazada ni. Kebetulan masa tu pulak saya masih belum pernah merasa walau satu sen pun bayaran komisyen dari Lazada. Rasa macam nak give up pun ada.
Apa pun itu semua pengalaman.
Atas ni ialah invois yang dijana oleh sistem Lazada. Apa pun terima kasih Lazada kerana menawarkan program affiliate untuk penulis blog seperti saya. Sebenarnya program affiliate ini boleh disertai oleh semua orang, tak kira sama ada anda adalah seorang blogger ataupun bukan. Asalkan anda sanggup untuk mencuba dan berusaha, saya percaya anda juga boleh berjaya. Ya, anda juga boleh dapat komisyen dari Lazada.
Bayaran komisyen ini merupakan komisyen pertama yang saya terima dari Lazada. Bayarannya pun dah saya terima dalam akaun Maybank saya.
Bila dah mula dapat bayaran macam ni, barulah rasa betul-betul bersemangat nak promosikan produk-produk dalam laman web Lazada ni secara all out.
Benda memang boleh buat duit, tak perlu nak malu-malu nak promosikan. Kalau ada antara pembaca dan pelawat blog ni yang berminat nak mendaftar sebagai ejen affiliate bagi lazada, boleh baca post saya sebelum ni.
Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?
Sebenarnya sebelum ini pun saya ada beberapa kali menulis tentang Lazada dan bagaimana nak buat duit dengan laman web ini. Jadi, jika anda berminat nak tau macam mana caranya nak buat duit dengan program affiliate Lazada ni, bolehlah cari artikel-artikel lama yang saya dah siarkan dalam blog ni.
Baca, fahamkan, kalau ada benda nak kena beli sila beli tanpa syak wasangka, dan terus buat duit. In Shaa Allah.
Sebagai permulaan, RM114.42 adalah komisyen yang saya terima dari program ini. Mudah-mudahan jumlah ini akan bertambah dan terus bertambah menjadi 4 atau 5 angka di masa akan datang.
Kalau anda nak shopping, bolehlah shopping secara online sahaja di laman web Lazada ni ya.
Raihanah Ahmad says
wah ye ke. baru teringat dapat emel lazada semalam, nak tulis something la
sabree hussin says
Tulis je apa-apa pasal Lazada ni, ada rezeki mesti akan convert jadi sales
Hafizul says
Huhhh.. memang terbaiklah.. saya jer yang tak dapat2 lagi.. sibuk memanjang sekarang ni..
sabree hussin says
Kalau sibuk buatlah dulu mana-mana yang lebih penting 😀
Lazada ni tak pergi mana-mana
Anuar says
Tahniah… Banyak juga tu… 😉
sabree hussin says
Alhamdulillah
titan says
da dapat yang pertama, yang kedua dan ketiga senang dah nak dapat nanti.
sabree hussin says
Harapannya macam tu la 😀
Noriza Rahman says
Mesti best bila dah dapat yang pertama kan? baru semangat nak promosi lagi kan?
sabree hussin says
Tepat sekali
Mus says
tahniah bro.. sy tak berapa aktif affliate lazada..
sabree hussin says
Kalau bro aktif, In Shaa Allah boleh buat duit 😀
Pokok2u says
Tahnih tuan dapat banyak dari lazada tu.
Musadun says
terbaik.boleh tahan lumayan jugak tu.
sabree hussin says
Hehe rezeki
UmmuAyyash says
Tak pernah jugak dapat apa-apa lagi. Kena do something jugak ni. Huhu
onlajer says
Betulkan bro … Macam – macam boleh dipromosikan tingal nak kena usaha
MYiDEAKiNi [dot] com says
Perghh hebat tuan Sabree hasilkan duit dari affiliate Lazada. Tahniah!
sabree hussin says
Alhamdulillah.. Blog MyiDEAKiNi pun boleh buat jugak. Saya rasa tuan boleh buat lebih baik dari ini.
July pasaribu says
Cara nak join lazada cam mna????
sabree hussin says
July pasaribu boleh baca post saya yang ini –> http://www.sabreehussin.com/program-affiliate-lazada-bagaimana-cara-daftar-sebagai-ejen-affiliate/
hazaliah bin mohd ali ali says
kalau part time boleh la tuan, kalau 8 bulan tu agak lama jugak tue nak dapat hasil tapi yang penting tue istiqomah tuan, terima kasih kerana memberi nasihat dan semangat yang penting sekali tawakkal pada Allah.
sabree hussin says
Itulah, saya pun rasa ianya sangat lama. Mujurlah sambil menunggu ada hasil tu, boleh fokus untuk buat benda lain juga. Jadi, kita tak hanya bergantung pada satu sumber pendapatan dari program ini semata-mata.