Program affiliate masih lagi program yang paling best kalau ada yang nak buat duit online tanpa perlu keluarkan sebarang modal. Anda tak perlu keluarkan duit untuk beli stok, tak perlu keluar duit untuk pendaftaran, dan tak perlu susah payah nak kena bayar untuk jadi ahli.
Semuanya PERCUMA. Namun, jangan pandang rendah terhadap yang percuma ini, kerana potensinya amatlah luar biasa!
Untuk sesetengah orang, nama Klikjer mungkin agak sedikit asing. Mungkin masih ada yang tak tau, apa benda sebenarnya klikjer ni? Betul ke boleh buat duit dengan klikjer… dan kalau boleh buat duit, macam mana pulak caranya tu?
Klikjer ni sebenarnya adalah sebuah platform marketplace yang menjual pelbagai produk digital dalam bentuk ebook, audio ataupun video yang kebanyakkannya mengajar kita cara-cara untuk buat lebih banyak duit. Tak kiralah sama ada ebook tersebut mengajar kita cara buat bisnes aiskrim, bisnes di fiverr ataupun mengajar kita cara buat duit dengan hanya menulis.
Bagi segmen produk digital, laman web klikjer adalah satu laman web yang tak sepatutnya anda lepaskan sekiranya nak buat duit online.
Dari masa ke masa, pihak klikjer juga akan sentiasa menambah senaraian produk di laman web mereka.
Sebagai contoh, bermula hujung tahun 2015, laman web media sosial Instagram mula popular sebagai satu lagi laman web yang berpotensi untuk meningkatkan jualan para usahawan online.
Justeru, di pihak Klikjer, mereka juga tak ketinggalan untuk mengeluarkan sebuah panduan khas bagi mengajar para usahawan online untuk menggunakan medium Instagram untuk buat duit.
Nama panduan tersebut ialah Instagram Kaboom.
Ini pula adalah bayaran komisyen yang saya terima dari pihak Klikjer baru-baru ni.
Bayaran yang saya terima adalah berjumlah RM42, dan kalau kita bandingkan dengan komisyen yang saya terima pada bulan lepas, ianya RM6.30 lebih rendah.
Baca juga: Komisyen Affiliate Klikjer December 2015
Komisyen yang bakal kita terima ini adalah dikira berdasarkan berapa banyak jualan yang berjaya kita hasilkan. Setiap produk yang terjual, kita akan dibayar komisyen yang tinggi, iaitu sebanyak 70% komisyen. Maka, atas sebab itulah, saya suka untuk mempromosikan produk-produk yang dijual oleh Shuth Network selaku pemilik jenama Klikjer.
Baiklah, kalau anda juga minat nak buat duit dengan klikjer, boleh klik sini untuk ke laman web klikjer dan buatlah pendaftaran di laman web tersebut ya.
Semoga berjaya! Saya doakan semoga anda juga akan berjaya jana pendapatan tambahan dengan klikjer.
Elih Bin Japahar says
Tahniah juga tuan, dah dapat komisen pertama ni pasti akan menyusul komisen seterusnya..