Tahun 2016 di khabarkan sebagai tahun dimana negara kita akan mengalami keadaan kelembapan dari segi ekonomi. Pada tahun ni jugak, dianggarkan kita akan melihat dan mendengar banyak lagi berita-berita tentang pemberhentian pekerja oleh syarikat-syarikat swasta.
Sama ada syarikat kecil atau syarikat besar, tak mustahil untuk membuang pekerja. Persoalannya, adakah pekerjaan anda benar-benar selamat? Patutkah anda berpaut hanya pada pekerjaan anda sekarang, atau anda patut mula mencari jaket keselamatan sebagai persediaan kalau-kalau sesuatu yang tak diingini berlaku?
Saya tak ada jawapan untuk soalan tersebut. Situasi setiap orang pastinya berbeza-beza. Saya tak boleh nak beri jawapan yang berbentuk pukul rata untuk semua orang. Saya tak sepatutnya berbuat demikian pun.
Saya sendiri pernah berada dalam situasi diambang kehilangan pekerjaan. Waktu tu, tempat saya bekerja mengalami sedikit masalah. Syarikat terpaksa downsize dan mengurangkan bilangan pekerja, dan saya antara individu yang menerima surat redundancy letter. Oh sebenarnya bukan saya seorang yang menerima surat tu, malahan semua orang yang bekerja untuk projek yang sama menerima surat yang sama.
Apa benda surat redundancy letter ni? Secara ringkasnya, surat ini menyatakan yang pihak syarikat kini terlebih bilangan pekerja, dan dalam masa yang ditetapkan jika syarikat masih tak berjaya menempatkan pekerja tersebut kemana-mana bahagian atau projek yang bersesuaian, maka syarikat akan memberhentikan pekerja tersebut.
Jadi, dalam tempoh masa tu, pihak pekerja ada pilihan sama ada nak berhenti sekarang tanpa perlu beri notis awal dan cari kerja di syarikat lain, atau tunggu hingga syarikat carikan kerja untuk kita dalam syarikat yang sama. Kalau tetap tak ada kerja, syarikat akan berhentikan kita.
Kesudahannya sama ada ok ataupun tak ok.
Jadi pada waktu ini, saya kira tak hairanlah kalau ramai yang dah mula siap sedia dengan segala kemungkinan. Kita mengharapkan yang terbaik, namun pada masa yang sama, kita juga harus siap sedia dengan segala kemungkinan yang mungkin terjadi.
Justeru, buat mereka yang tak nak berserah pada nasib semata-mata, ada yang berikhtiar untuk memulakan kerja-kerja dari rumah sebagai seorang pekerja bebas (freelancer) sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.
Ya… dengan bantuan pihak Jobdirumah tentunya.
Saya tak tau kalau ada orang yang boleh buat sendiri semuanya dari mula sampai berjaya dapat kerja yang pertama. Saya tak menidakkan kewujudan individu seperti ini, cuma apa yang saya boleh katakan, dah tentu individu seperti ini dah gunakan banyak masa untuk buat research.
Sedangkan kalau belajar dengan pihak Jobdirumah, sangatlah banyak masa yang boleh dijimatkan. Semua material pembelajaran dah pun disediakan, hanya tinggal kita baca, fahami dan praktikkan.
Terpulanglah… itu semua pilihan masing-masing. Setengah orang dia sangat berkira dengan wang ringgit, tetapi langsung tak kisah kalau terpaksa buang masa. Sedangkan, jika kita buat perbandingan antara membelanjakan wang ringgit dengan membelanjakan masa, lebih baik kita belanjakan duit.
Duit kita boleh cari lagi, tetapi kalau masa… once kita gunakan ia akan habis terus dan tiada tukar gantinya.
Berbalik kepada tujuan asal saya update entri kali ini. Saya nak kongsikan kepada anda bayaran yang saya terima dari pihak Jobdirumah untuk bulan Januari 2016. Alhamdulillah masih lagi dalam lingkungan 3 angka, walaupun menurun sikit kalau nak dibandingkan dengan bulan lepas.
Sebelum ni saya pernah tulis satu post khas yang menceritakan macam mana cara mudah yang saya lakukan untuk hasilkan pendapatan 3 angka dari program Jobdirumah ni. Jadi saya tak akan cerita secara panjang lebar sangat kat sini.
Nah untuk anda, jika anda benar-benar minat nak tahu.
Apa yang dapat saya syorkan, jika anda nak buat duit dengan program jobdirumah sebagai seorang ejen affiliate, dan bukannya sebagai pekerja bebas, anda bacalah entri tersebut dan cubalah fahamkan. In Shaa Allah, jika ada rezeki, anda juga boleh dapat hasil yang lebih kurang sama macam yang saya dapat ni.
Baiklah, doakan untuk bulan Februari 2016 nanti komisyen saya di Jobdirumah makin meningkat ye 😀
Leave a Reply