Komisyen Affiliate Jobdirumah Julai 2015

by sabree hussin on July 7, 2015

in Komisyen Affiliate

Setelah sekian lama saya mempromosikan Program Latihan Jobdirumah saya dapati walaupun program ini bukan untuk semua orang, namun saya lihat ada banyak orang yang boleh dapat manfaat dari program ini jika mereka benar-benar ikhlas ingin belajar dan ingin praktikkan apa yang diajar.

 

Saya juga tak terkecuali. Sama ada anda hanya ingin fokus pada kerja-kerja yang ditawarkan dan menerima upah apabila siap melakukan sesuatu tugasan, atau anda lebih suka menerima upah apabila berjaya mendapatkan pendaftaran baru yang ingin mengikuti latihan yang disediakan, kedua-duanya terbukti boleh menghasilkan pendapatan tambahan.

 

Bayaran telah pun selamat tiba di akaun Maybank saya tadi.

pembayaran_komisyen_jobdirumah

 

Jika anda perasan, kebelakangan ni saya kerap jugak bercerita tentang kerja sendiri ataupun berniaga sendiri. Sebabnya, saya percaya program latihan ini akan dapat memberi lebih banyak manfaat kepada dua golongan ini, tanpa mengira peringkat usia.

 

Sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan dan boleh buat dimasa lapang, why not kita cuba. Betul tak?

 

Nampaknya ada sedikit peningkatan daripada bayaran komisyen yang saya terima. Mungkin ni disebabkan rakyat Malaysia kini dah mula celik dan nampak peluang untuk bina kerjaya sebagai seorang freelancer. Kerjanya tidaklah sesukar mana, namun ia berpotensi untuk menambahkan pendapatan anda.

 

Bergantung pada jenis pekerjaan yang anda pilih adn serasi dengan anda. Saya juga sebenarnya jenis yang suka memilih kerja, dan saya hanya memilih kerja-kerja berkaitan dengan penulisan artikel promosi ataupun advertorial sahaja. Selain dari itu, saya jarang terima.

 

Sekarang ni, saya percaya anda pun nampak apa yang berlaku kat sekeliling kita. Dengan nilai matawang kita yang susut nilai, GST, harga petrol naik dan macam-macam lagilah ujian, saya khuatir akan tiba satu masa nanti, bekerja dan berniaga dari rumah bukanlah lagi satu pilihan, sebaliknya ianya akan jadi satu kemestian.

 

Jadi, bukankah lebih baik jika kita siap sedia dari awal? Tak tau dan tak pandai macam mana nak bekerja dari rumah? Tak tau dari mana kerja-kerja tu datang? Tak berapa faham bagaimana nak berurusan dengan bakal majikan yang bakal mengupah kita? Semua ni telahpun dijawab dalam Program Latihan Jobdirumah.

 

Daftarlah sekarang sementara peluang untuk belajar ni masih lagi dibuka.

bekerja_dari_rumah_mudah

Terima kasih kerana membaca dan saya doakan semoga anda juga bakal berjaya buat duit setelah menyertai program ini.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: