Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Jom mohon kerja part time semasa tunggu result SPM

December 22, 2017 by sabree hussin 4 Comments

Saya masih ingat lagi, satu ketika dulu. Habis je peperiksaan SPM, saya terus cari kerja. Mula-mula saya cuba dapatkan kerja berdekatan dengan tempat tinggal saya di Klang.

 

Saya bagitahu siap-siap, saya tak berapa minat kerja kilang. Jadi saya memang tak cari kerja di kilang. Saya rasa persekitaran kerja di kilang macam tak berapa sesuai dengan saya.

 

Dari satu shopping mall ke satu shopping mall saya pergi. Rupa-rupanya memang susah nak dapatkan kerja. Bakal majikan pun tak berapa yakin nak ambil pekerja yang baru habis peperiksaan SPM.

tips-guna-ejen-taobao

Mungkin sebab kami ni tak ada pengalaman kerja. Lagi satu, mereka pun tahu, yang budak-budak SPM ni selalunya tak akan kerja lama di satu-satu tempat. Bila dah dapat keputusan SPM, masing-masing akan mula atur langkah untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Semasa cari kerja di Klang, saya ada jumpa beberapa outlet yang menawarkan peluang kerja. Cuma bila difikirkan semula, ianya agak susah untuk saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Masalah dari segi pengangkutan.

 

Masa tu, sekitar tahun 2005, konsep bekerja dari rumah masih lagi agak asing.

 

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Kat sini, jaringan pengangkutan lebih teratur kalau nak bandingkan dengan keadaan di Klang pada waktu itu.

 

Untuk bergerak ke mana-mana, saya bergantung kepada perkhidmatan bas awam. Masalahnya, bas cuma ada sampai pukul 9 sahaja. Pukul 9 (mungkin lebih sikit) adalah bas terakhir dari Bandar Klang ke tempat saya.

 

Kebanyakkan kerja di shopping mall, adalah sehingga jam 10 malam. Tak kan saya perlu beli sebuah motosikal semata-mata untuk memudahkan saya pergi dan balik kerja? Manalah ada duit…

 

Alhamdulillah, dapat kerja di KL. Kat KL ni pengangkutan tak susah. Nak kemana-mana boleh naik LRT. Lagipun LRT terakhir adalah pada jam 12 malam.

 

Saya rasa, itulah dia cabaran pertama yang perlu saya hadapi selepas habis sekolah tingkatan 5. Nak kerja lepas SPM? Boleh? Persoalannya

  1. Nak kerja apa?
  2. Nak kerja kat mana?
  3. Macam mana cara nak pergi dan balik kerja? Nak naik apa?
  4. Nak duduk rumah mak ayah atau nak pindah rumah?
  5. Kalau pindah rumah, duduk rumah saudara atau menyewa?
  6. Nak sewa rumah atau cuma nak sewa bilik?
  7. Nak sewa rumah kat mana?
  8. Berapa anggaran sewa rumah setiap bulan yang mampu dan sanggup bayar?

 

Tak ada lagi persoalan-persoalan berkenaan Add Math, Biologi, Fizik, Sejarah mahupun soalan kimia yang perlu diselesaikan. Bila dah habis sekolah, kita mula diperkenalkan dengan persoalan-persoalan tentang realiti kehidupan seperti ini.

 

Walau apa pun cabarannya, jangan buat keputusan sendiri. Jadikan perbincangan dengan mak ayah, dengan adik beradik sebagai satu tabiaat.

 

Lepasan SPM, cukup mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya ataupun kawan-kawan yang lebih berusia. Silap langkah, buruk padahnya.

 

Saya berpendapat, lepas SPM kalau nak kerja sebab nak dapatkan pengalaman, itu adalah sesuatu yang bagus. Tetapi, kalau nak kerja sebab nak terus kerja, itu saya tak berapa galakkan.

 

Masa muda, lebih baik digunakan untuk menuntut ilmu, berbanding untuk bekerja. Tapi kalau memang tak ada duit, dan nak kerja dulu sebab nak kumpul dana untuk belajar, itu lain cerita.

 

Kalau anda nak cuba cari kerja part time secara online sahaja, boleh cuba dapatkan kerja kosong dari laman web ini. Ada banyak juga senarai kerja kosong khusus untuk mereka yang cari kerja part time, bukan permanent position.

kerja-sambilan-lepasan-spm

Kerja part-time Customer Service Domino’s Pizza 

Ini salah satu iklan yang menarik pada pandangan saya.

 

Apakah syarat untuk bekerja sebagai customer service ini?

  1. Good command of English and Bahasa Malaysia
  2. Students, fresh graduates and retirees are encouraged to apply
  3. Flexible working hours (min 2 days/week for part timer)
  4. Basic computer knowledge needed and two (2) weeks training- night session will be provided
  5. Applicants who are available immediately are encourage to apply
  6. 150 vacancies available

 

Tanggungjawab yang perlu dilakukan

  1. Handle inbound calls for Domino’s Pizza order taking
  2. Process customer’s order
  3. Tactfully and professionally attend to customer queries / concerns via phone
  4. Adhere to escalation procedures of handling customer concerns at all times

 

Kerja ni lebih kurang macam kerja dekat Call Center.

 

Kita akan jawab panggilan dari pelanggan. Cuma dalam contoh ini, pelanggan yang call adalah mereka yang nak pesan pizza.

 

Saya pun pernah kerja dekat call center sebelum ini.

 

Apa yang boleh saya katakan, kerja macam ni, sangat bagus untuk melatih kita bercakap dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lebih fasih dan lancar.

 

Siapa yang memang suka bercakap, berbual dan bersembang tu, memang akan rasa kerja ni sangatlah senang. Apa pun, kalau anda berminat dengan kerja ni, bolehlah cuba mohon kerja ini disini.

 

Selepas kerja dalam bidang ini, anda pasti akan nampak perubahan dalam diri anda. Kalau ramai pelanggan yang call cakap bahasa Inggeris, In Shaa Allah penguasaan anda terhadap bahasa Inggeris akan jadi lagi baik.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Masalah jualan JATUH menjunam semasa musim perayaan?
  2. 4 Bahasa badan yang menawan perlu anda lakukan semasa sesi temuduga
  3. Pengisar Ajaib Slap Chop memudahkan kerja-kerja mengisar anda
  4. Penyapu ajaib Swivel Sweeper memudahkan kerja-kerja menyapu

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: kerja part time, kerja part time lepas sekolah, kerja part time masa belajar, kerja part time selepas SPM

Comments

  1. encikhafiz.com says

    December 28, 2017 at 12:22 pm

    kerja pertama saya adalah sebagai pembanci pekebun getah dan sawit. untung juga saya duduk di pinggir bandar

    Reply
    • sabree hussin says

      December 28, 2017 at 2:19 pm

      Asalkan bekerja, itu dah cukup baik 🙂 sekurang-kurangnya ada pengalaman bekerja dan cari duit sendiri

      Reply
  2. LLoyt says

    January 20, 2019 at 5:52 pm

    tapi umur 17 bleh kerja kat domino ker?

    Reply
    • sabree hussin says

      January 22, 2019 at 2:31 pm

      Sila baca syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan sebelum mohon kerja

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in