Lepas habis peperiksaan SPM nak buat apa ya? Pernah terfikir? Nak terus bekerja atau nak sambung belajar?
Mungkin ada antara anda yang masih tak tau nak buat apa. Kalau sebelum ini, anda terikat dengan rutin harian, iaitu bangun pagi, pergi sekolah, belajar, kemudian balik rumah sambung untuk ulangkaji matapelajaran tertentu pulak, dan disebelah malamnya ada yang terlibat dengan kelas-kelas tusyen, namun kali ni semua tu dah tak ada lagi.
Jadi tak hairanlah kalau ada yang berasa sangat bosan dan tak tau nak buat apa lepas dah habis periksa SPM.
Bagi mereka yang merancang untuk cari kerja part time lepas habis SPM, serba sedikit perkongsian ini mungkin berguna untuk anda.
Masa zaman saya habis SPM dulu, di tempat saya, kerja part time yang paling popular dah tentu sekali ialah kerja kilang. Sama ada kerja di kilang elektronik, kilang buat air minuman, kilang susu, kilang getah ataupun kilang memproses makanan. Memang cukup popular.
Just because ianya popular, tak bermakna kita mesti buat apa yang orang lain pun buat. Tak semestinya ya. Melangkah ke alam pekerjaan ini, peraturannya tidaklah sama seperti alam persekolahan. Masa zaman sekolah, semua perkara kita buat dengan kawan-kawan sekelas, namun bila melangkah ke alam pekerjaan ada banyak perkara yang kita perlu hadapi sendiri. Tak ada lagi kawan-kawan sekelas akan bersama dengan kita.
Mereka juga ada pilihan dan jalan hidup masing-masing.
Adakah anda mahir berbahasa Inggeris?
Boleh cuba mohon pekerjaan dalam bidang khidmat pelanggan di pusat panggilan atau call center. Sewaktu saya bekerja di pusat panggilan (call center) satu masa dulu, saya perasan ada ramai adik-adik lepasan SPM yang turut bekerja di tempat saya bekerja.
Mereka baru je habis SPM. Mereka mampu untuk buat kerja yang sama yang saya buat dan mereka juga dibayar dengan gaji yang SAMA dengan yang saya dan ramai lagi kawan-kawan yang mempunyai degree, diploma mahupun STPM dapat.
Cubalah bayangkan… adik-adik lepasan SPM sahaja, tapi dibayar gaji sama macam abang-abang dan kakak-kakak yang ada degree. Lumayan tu, kan?
Semuanya sebab dia mampu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan BAIK dan MAHIR. Orang putih kata fluently. Jadi, siapa yang kata penguasaan terhadap bahasa Inggeris tu tak penting… mungkin sebab dia tak pernah lagi lalui apa yang saya dah lalui ini.
Kerja di Pasaraya Besar
Apa beza antara bekerja di kedai-kedai baju atau kedai menjual pakaian di pasaraya besar dengan bekerja di kedai menjual pakaian di pekan-pekan atau di kampung-kampung?
Jawapannya… ehem ini cadangan jawapan dari saya je ya.
“Siapa pelanggan yang bakal anda layan…”
Ada ketikanya anda mungkin akan berhadapan dengan pelanggan dari luar negara yang memerlukan anda bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (lagi). Ada waktu tertentu anda mungkin berpeluang untuk melayan pelanggan dari kalangan VIP, VVIP atau mungkin artis dan selebriti yang anda minat!
Saya bukan sekadar nak bagitahu, menguasai bahasa Inggeris itu PENTING, malahan saya juga nak bagitau, bila anda kuasai bahasa Inggeris dalam penulisan dan juga dalam pertuturan, anda berpeluang untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis lapisan pelanggan yang saya kira akan beri anda satu pengalaman baru yang berharga.
Keluarga anda ada bisnes sendiri?
Kalau macam tu mudah. Anda tak perlu susah payah nak bantu bisnes orang lain. Majukan sahaja bisnes keluarga sendiri.
Tak kisahlah walau apa pun kerjanya, berapa kadar upahnya, sebab apa yang lebih penting sekali ialah apa pengalaman yang anda boleh dapat daripada pekerjaan tersebut.
Dapat bantu majukan perniagaan keluarga adalah satu kepuasan sebenarnya. Kita tahu, aliran wang akan berlegar disekitar ahli keluarga dan tak terlepas kepada orang luar. Jadi, daripada susah payah upah dan menggaji orang luar, lebih baik upah ahli keluarga sendiri.
Bagaimana kalau nak buat bisnes sendiri?
Idea ni pun bagus. Lepas habis SPM terus buat bisnes sendiri. Walaubagaimanapun, saya berpendapat usia belasan tahun ini adalah terlalu muda untuk ambil risiko perniagaan yang agak besar. Anda mungkin akan rugi dalam perniagaan anda.
Sebaik-baiknya, anda belajar dulu dari bisnes orang lain dengan jadi kuli dulu. Selepas dah betul-betul faham macam mana proses dan prosedur untuk jalankan sesuatu perniagaan, barulah mulakan bisnes sendiri. Akan tetapi, kalau anda sememangnya ada mentor dan ada sistem yang teratur untuk buat bisnes sendiri, maka dalam hal ini, mungkin pilihan untuk buat bisnes sendiri adalah lebih baik daripada jadi kuli.
Sekolah sebenarnya mengajar kita untuk menjadi seorang manusia yang berdisiplin. Sebab itu pihak sekolah menitikberatkan aspek pemakaian, kekemasan pakaian, kebersihan, ketepatan waktu dan sebagainya. Supaya apabila kita ikuti disiplin yang ditetapkan, kita jadi terbiasa untuk menjadi individu yang mementingkan disiplin.
Kisah Adik X seorang pelajar yang nakal
Adik X ni sebenarnya ada pilihan untuk jadi seorang pelajar yang baik dan berdisiplin, tetapi dia sengaja memilih untuk jadi pelajar yang nakal dan bermasalah masa zaman persekolahannya.
Tak ada siapa pun yang paksa Adik X ni untuk buat masalah kat sekolah. Tak ada siapa yang cabar dan tak ada siapa yang suruh. Kalau nak kata ada yang pujuk dia supaya jadi nakal pun jauh sekali. Tetapi itulah, orang kata budak-budak baru nak UP kan, tu yang duk tunjuk perangai dan suka tarik perhatian.
Jadi semasa zaman dia sekolah, satu hari disebabkan dia nak beli handphone yang canggih, dan dia tak ada duit, lalu adik ni pun mula cari kerja. Dari restoran KFC, McD, kedai makan, kedai baju, kedai motor semua dia tanya untuk dapatkan kerja.
Maka satu hari tu, nasib dia agak baik, maka dia pun dapatlah kerja kat kedai baju.
Dengan bayaran upah sebanyak RM4 untuk satu jam kerja, dia dah rasa sangat seronok. Waktu kerjanya adalah dari jam 3.00 petang sampailah jam 10.00 malam. Kalau hari Sabtu dan Ahad, adik ni akan buat full day. Dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Bayangkan… hari Ahad kerja sampai lewat malam. Habis kerja pukul 10.00 malam. Itupun belum tentu pukul 11.00 dah sampai rumah. Kadang-kadang kena keluar lewat, ataupun singgah makan dulu dan lepak dengan kawan-kawan. Esoknya, Isnin nak kena pergi sekolah macam biasa. Boleh ke bangun?
Jadi inilah yang kerap berlaku. Kalau adik X ni larat bangun, dia akan ke sekolah. Itupun lewat. Sampai kat sekolah je mesti kena marah dengan cikgu disiplin.
Lama-kelamaan adik ni mula bosan dengan sekolah. Bagi dia, sekolah pun bukan dapat apa. Apa cikgu ajar, satu apa pun tak masuk dalam kepala. Bila periksa asyik gagal. Datang sekolah pun asyik kena marah. Bagi dia sekolah semua serba tak kena.
Walaupun hakikatnya kita tau, kalau apa yang cikgu ajar tak lekat dan tak masuk dalam kepala, itu tandanya kita yang tak bersedia nak terima ilmu itu. Apa salahnya, sebelum masuk bab yang baru, kita baca dulu buku kat rumah, jadi bila cikgu ajar kita akan terus faham.
Bila periksa asyik gagal? Itu sebab kita yang tak ulangkaji pelajaran. Berlagak macam kita tau semua. Melainkan kita betul tau dan faham topik yang diajarkan, tak ada sebab untuk kita gagal.
…dan berkenaan asyik kena marah dengan cikgu tu pulak, biasanya kita tak akan kena marah atau kena denda kalau kita tak buat salah. Kita langgar peraturan, tak ikut peraturan memanglah kena denda dan kena marah.
Maka seterusnya Adik X mula ponteng sekolah. Kalau rajin baru dia pergi sekolah, kalau tak dia akan duduk rumah je… tidur. Bagi dia, tidur lagi baik daripada susah payah datang sekolah. Lagipun apa yang cikgu ajar tu, bukannya dia faham. Hmm… macam mana nak faham, kalau dah banyak sangat ponteng sekolah?
Nak dijadikan cerita, satu hari berlaku masalah di tempat kerja. Berlaku kecurian stok. Adik ini pulak antara suspek yang disyaki terlibat dan bersubahat dalam insiden kehilangan tu tadi. Tak tau kenapa… budak part time memang selalu jadi mangsa dan kena tuduh mencuri.
Siasat punya siasat, terbukti Adik X ni tak terlibat… Walaupun memang adik ni tak terlibat, namun majikan dah layan adik ni macam dia seorang pencuri. Bermula la episod dimana pihak majikan kurang percaya pada pekerjanya.
Masalah bila majikan atau bos tak percaya pada kita
Baik. Perkara ini SERIUS. Kalau bos sendiri dah tak percayakan kita, baik kita berhenti je dari tempat tu. Sebabnya bermula dari saat tu, segala tindakan kita akan diperhatikan. Segala yang kita minta akan dipersoalkan. Senang kata, semuanya akan jadi susah. Seolah-olah macam bos ni ada-ada je nak cari kesalahan kita.
Disebabkan berlaku kes macam ni kat tempat kerja, Adik X ni pun mula rasa tawar hati nak terus bekerja. Kalau dulu, dia selalu bagi alasan kat pihak sekolah yang dia tak dapat datang kelas tambahan sebab kerja, kali ni, alasan tu terbalik.
Adik X mula bagi alasan kepada majikan yang dia ada kelas tambahan dan tak boleh datang kerja. Almaklumlah, SPM dah makin dekat, jadi pihak sekolah akan buat kelas tambahan dengan lebih kerap.
Kita anjakan masa ke depan
Lalu SPM pun dah tamat. Kali ini dah tak ada lagi alasan untuk datang ke sekolah. Adik X pernah cuba mintak kerja lain, tapi bukan senang nak dapat kerja. Jadi, nak tak nak, dia terpaksa teruskan jugak kerja kat tempat yang sama.
Cuma satu perkara yang tak best ialah, kat tempat yang adik ni kerja sekarang, tak ada buka tawaran untuk jadi permanent staff. Walaupun adik ni dah habis sekolah, dia tetap kena ikut jadual kerja yang sama macam dia masih lagi sekolah, dan untuk dapat jadi permanent staff memang tak ditawarkan.
Peraturannya simple je. Sama ada nak kerja atau tak nak? Kalau tak nak kerja boleh berhenti, kalau nak kerja, buat cara macam nak kerja.
Baiklah, ini kisah tentang seorang pelajar lepasan SPM yang stuck dengan pekerjaan yang dia tak suka. Sebabnya itu pilihan yang dia buat, tanpa bincang dengan sesiapa pun semasa dia sekolah dulu.
Bila dapat keputusan SPM, seperti yang dijangkakan, ianya tak begitu cemerlang dan nak tak nak, dia kena buat juga kerja yang dia ada sekarang. Untuk dapatkan pekerjaan lain yang lebih baik, bakal majikan mengutamakan calon-calon yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya degree atau diploma.
Ah… kisah ini hanya selingan. Saya melihat dengan mata saya sendiri, ia mula terjadi kepada ramai adik-adik kita sekarang ni. Kan bagus kalau masa boleh diputarkan semula, kan?
Kalau situasi anda sama macam yang dilalui oleh Adik X ni, apa yang boleh dilakukan? Itu kita bincangkan lain kali la ya… Wallahua’lam
Anda boleh buat kerja freelance ataupun part time jobs di laman web Maukerja. Maukerja ialah satu platform untuk anda cari kerja yang di bawah kawalan Ajobthing iaitu e-recruitment di mana pasukan mereka akan membantu job seeker untuk mencari pekerjaan. Mereka juga menyediakan pekerjaan untuk job seeker yang berbahasa mandarin di Ricebowl.
Cubalah, mana tahu ada rezeki, anda akan dapat kerja yang sesuai disitu.
Baca juga: Senarai kerja part time online yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda
Adzrif Sidek says
Tips yang menarik! 🙂
Saya pelajar lepasan spm 2014. Hehehe.
rashida says
Aduh..malunya sy ni pi cri krja brdektn rmh tpi takde..n tolak mentah2 je n takde krja ksong..malunye..sy ni first time cri kerja..pastu kne mrh di ayh sndiri..sy bdk tnggu result spm 2017 …dahlah sy perempuan n pergi cri jln kaki je..mklumlh sy ni lahir dri keluarga org x seberape..
sabree hussin says
Kalau macam tu, cubalah cari kerja-kerja yang boleh dilakukan secara online. Jika tetap tak dapat, kena berhijrah dari kampung halaman.