UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Jana pendapatan sebanyak RM700 dengan program ToneXpress secara part time

January 30, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Adakah anda menjalankan bisnes simkad Tone Excel? Pernah dengar nama ToneXpress tak? Kalau anda baru je join Tone Excel, mungkin anda tak pernah dengar tentang ToneXpress ni. Tapi kalau anda dah lama join, dan aktif buat promosi, mesti anda pernah terlihat laman web ToneXpress ni.

review_laman_tonexpress

 

Laman web ToneXpress ni memang tak ada kena mengena langsung dengan syarikat Tone Excel Sdn Bhd. Namun, ramai juga ahli Tone Excel yang menggunakan laman web ini bagi tujuan memasarkan produk simkad Tone Excel kepada pasaran pengguna yang masih lagi belum menjadi ahli Tone Excel.

 

Apa yang menarik tentang servis yang ditawarkan oleh pihak ToneXpress ni ialah selain menyediakan laman web yang boleh digunakan bagi tujuan memasarkan simkad Tone Excel, ia juga menawarkan referral program kepada orang ramai yang berminat untuk menggunakan laman web ini.

 

Untuk join sebagai ahli ToneXpress adalah percuma. Walaubagaimanapun, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sekiranya anda berminat untuk menggunakan laman web ToneXpress ini dalam kerja-kerja pemasaran anda.

 

Sebagai ahli percuma di ToneXpress, tak banyak yang anda boleh lakukan. Anda hanya boleh lihat di member area bagaimana sistem laman web ini berfungsi, itu sahaja. Jika anda ingin menggunakan laman web ini dalam kerja pemasaran, maka anda perlu jadi VIP member.

 

Kena bayar.

 

Bayaran yang dikenakan pula adalah sebanyak RM10 sahaja. Dengan bayaran sebanyak RM10 itu tadi, anda dapat menggunakan laman web ToneXpress sebagai salah satu web promosi anda. Anda akan dapat link URL khas ala-ala program affiliate. Contohnya yang saya punya ialah seperti dibawah ni

http://tonexpress.com/sabreehussin

 

Katakanlah, sepanjang anda buat kerja-kerja pemasaran, tiba-tiba ada orang lain yang minat juga untuk jadi pengguna laman web ini, maka kat sini anda ada peluang untuk buat duit. Pengguna tersebut akan membuat bayaran sebanyak RM10 kepada admin, dan bayaran itu tadi akan direkodkan dibawah nama anda.

 

Jika ada 10 orang yang minat nak jadi pengguna laman web ini, maka bayaran sebanyak RM10 x 10 orang = RM100 akan direkodkan dibawah nama anda. Apabila cukup sahaja jumlah terkumpul sebanyak RM100, anda akan menerima sekeping simkad Tone Excel secara percuma dari admin ToneXpress.

 

Seterusnya, jika anda masih lagi berjaya dapatkan pengguna baru yang minat nak jadi ahli di ToneXpress, jumlah yang seterusnya anda boleh cash out dalam bentuk wang tunai yang akan dibayar terus ke akaun bank anda. Saya juga pernah beberapa kali menerima bayaran komisen dari ToneXpress. [Komisen ToneXpress Januari 2016]

 

Rupa-rupanya, sedar tak sedar saya dah kumpul komisen dari ToneXpress ni sebanyak RM700! Ini buktinya

komisen-tonexpress

Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah. Jumlah ini adalah termasuk dengan RM100 yang saya terima dalam bentuk simkad Tone Excel. Selebihnya saya dapat dalam bentuk wang tunai yang dibayar terus ke akaun bank saya.

 

Jika mahu, anda juga boleh dapat seperti saya. Kena daftar dulu sebagai ahli ToneXpress kat sini dan mulakanlah kerja-kerja pemasaran anda.

 

Tak ada shortcut untuk dapatkan pendapatan dari program ini. Kena buat pemasaran. Kena rajin buat pemasaran tanpa kira penat atau tidak. Kena bagitahu kat orang ramai yang anda dah join ToneXpress dan kena terangkan kat prospek apa dia kelebihan menjadi ahli ToneXpress dan apa kegunaan laman web ni.

 

Oh sebelum tu, siapa sebenarnya prospek yang sesuai untuk menjadi ahli ToneXpress ni? Tak kan nak promosikan kat semua orang pulak kan? Bukannya tak boleh. Memang boleh. Tetapi keberkesanannya agak kurang kalau kita main promosikan kat semua orang.

 

Oleh sebab tu, ToneXpress ni saya lebih fokus kepada mereka-mereka yang dah jadi ahli Tone Excel. Untuk yang dah jadi ahli Tone Excel ni, sepatutnya mereka dah tak perlu diajar tentang apa itu simkad Tone Excel. Mereka sepatutnya memang dah tau sangat macam mana nak buat marketing secara online. Pengetahuan dan ilmu tu memang dah siap sedia ada dalam diri. Jadi, lagi senang nak ajak mereka yang dah join Tone Excel untuk jadi ahli ToneXpress.

 

Mereka cuma perlu tukar link website promosi yang mereka biasa gunakan kepada link website ToneXpress. Itu sahaja.

Best case scenario, anda akan dapat prospek yang belum pernah join Tone Excel dan berminat nak jadi ahli Tone Excel menerusi rangkaian anda dan juga jadi ahli ToneXpress juga menerusi rangkaian anda.

Scenario yang masih lagi dikira best, anda akan dapat prospek yang dah join Tone Excel tapi masih belum jadi ahli ToneXpress. Prospek macam ni, kalau dia join sebagai VIP member, anda yang akan dapat komisen sebanyak RM10 tu.

Worst case scenario, anda tak dapat pape.

 

Sebenarnya kan, pada saya kita tak perlu nak terlalu fikir sangat hal-hal remeh macam tu. Buat aje. Langgar je. Selagi ia masih lagi ada kelebihan untuk kita, apa nak fikir sangat? Lagipun bukannya banyak sangat pun, bayaran sekali seumur hidup sebanyak RM10 sahaja. Bukannya nak kena topup setiap bulan RM10 pun.

 

Ok la, kalau anda minat nak join, buat pendaftaran kat sini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Sistem Autodownline ToneXpress: Automasikan pemasaran Tone Excel anda!
  2. Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang
  3. Tak Sangka! Setan Pun Nak Join ToneXpress…
  4. Komisyen ToneXpress Januari 2016

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: apa itu tonexpress, buat duit dengan tonexpress, komisen tonexpress, tonexpress

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in