Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200

by sabree hussin on October 11, 2017

in Tempat Penginapan

Mencari tempat penginapan di Tangkak pada hari biasa, tidaklah begitu sukar. Ada macam-macam pilihan, sama ada hotel, motel dan juga homestay.

 

Namun, jika anda berkunjung ke Tangkak, ketika musim pendaftaran para pelajar yang ingin mendaftar masuk ke Kolej Matrikulasi Johor, anda mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari tempat menginap di Tangkak.

 

Baru-baru ni, saya ke Tangkak atas urusan kerja. Untuk lawatan ini, saya menginap di Homestay Tangkak yang terletak di Taman Mega Ria 2.

taman-mega-ria-homestay-tangkak

Ini jalan masuk untuk ke homestay tersebut. Bawah ni pula adalah alamat penuh homestay di Tangkak ini.

No 374, Jalan Mega 15 Taman Mega Ria 2, 84900 Tangkak Johor

GPS Koordinat >> E: 102º31’29.8 N: 2º15’7.8

 

Bagi memudahkan anda mencari lokasi homestay ini, boleh juga gunakan GPS koordinat yang saya dah berikan kat atas tu.

tangkak-homestay-view

Inilah dia gambar homestay di Tangkak tempat saya menginap. Untuk pengetahuan anda, homestay ini baru mula beroperasi pada bulan September 2017 yang lepas. Kiranya homestay ini masih agak baru, ketika saya menginap di sini.

 

Homestay ini merupakan rumah kediaman jenis teres. Dalam rumah ni, ada 3 buah bilik tidur dan 2 bilik air. Bawah ni saya kongsikan serba sedikit gambar-gambar bahagian dalam homestay ini.

living-room-tangkak-homestay

Homestay ni mempunyai ruang tamu yang agak luas. Saya rasa, kalau bawa budak kecik menginap disini, mesti dia seronok lari-lari dalam homestay ni.

 

Bila tengok dari sudut ni, memang nampak luas. Saya rasa, kalau ada yang nak buat majlis kenduri doa selamat, ataupun mungkin nak buat majlis bacaan yaasin, juga boleh buat di homestay ni.

 

Dengan ruang yang sebegini luas, ramai juga yang boleh masuk dalam homestay ni.

 

Bilik utama terletak berdekatan dengan pintu masuk.

bilik-homestay-tangkak

Dalam bilik utama ni ada bilik air. Ya, seperti yang anda dapat lihat, dalam bilik ini disediakan katil jenis queen size, dan ada juga penyaman udara, serta kipas angin untuk keselesaan pengunjung yang menginap disini.

 

Satu yang saya suka dengan homestay ni ialah, pemilik homestay telahpun menyediakan penanda arah kiblat.

Ini suatu tindakan yang patut dipuji. Jadi tak perlulah kita sebagai pengunjung nak tanya kat mana arah kiblat atau terpaksa guna kompas untuk cari arah kiblat. Setiap bilik memang dah disediakan penanda arah ni.

 

Selain itu, sejadah dan kain pelikat juga ada disediakan untuk kegunaan pengunjung. Boleh dikatakan, homestay di Tangkak ini memang mesra pengunjung yang beragama Islam.

 

Ini pula bilik nombor dua.

Bilik kedua dilengkapi dengan dua buah katil jenis single. Seperti bilik utama, bilik ini juga dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kipas angin.

 

Kat lantai tu adalah tilam tambahan. Jika anda datang ke Tangkak dengan jumlah yang agak ramai, bolehlah gunakan tilam tambahan tu. Ada dua tilam yang disediakan untuk kegunaan tetamu yang menginap di homestay ini.

 

Ini pula bilik nombor tiga.

Dalam bilik ini disediakan katil jenis single dan kipas angin. Bilik nombor tiga ni memang dekat dengan ruang makan keluarga. Bukak pintu je dah boleh nampak meja kerusi.

 

Inilah dia ruang makan yang disediakan dalam homestay ni. Kebanyakkan aktviti saya semasa berada di Tangkak ni, saya habiskan di luar.

 

Makan tengahari diluar, makan malam di luar, dan sarapan pagi pun dekat luar. Jadi memang tak guna sangat ruang dapur ni.

 

Jika ada pengunjung yang ingin masak sendiri makanan, boleh gunakan kelengkapan yang telah disediakan. Ada dapur gas untuk memasak, periuk, pinggan semua ada.

 

Kalau anda tak pasti sama ada kelengkapan tersebut disediakan ataupun tidak, boleh hubungi dulu pemilik homestay ni sebelum mendaftar masuk ke homestay ni.

 

Antara kemudahan dan kelengkapan dalam rumah yang disediakan adalah seperti berikut

  1. Peti sejuk
  2. Mesin basuh
  3. Seterika
  4. Dapur memasak
  5. Televisyen
  6. Kipas angin
  7. Air cond di bilik masterbedroom dengan bilik kedua
  8. Kelengkapan solat

 

Taman Mega Ria ini sebenarnya sangat hampir dengan Pekan Tangkak.

pemandangan-pekan-tangkak

Kalau memandu, akan ambil masa lebih kurang 5 – 10 minit sahaja untuk sampai ke Pekan Tangkak. Disini ada macam-macam kemudahan, seperti kedai makan, bank, klinik kesihatan, masjid, kedai pakaian, pasaraya dan banyak lagi.

 

Sebenarnya, di sekitar Pekan Tangkak ini juga terdapat beberapa buah hotel. Kebanyakkan hotel adalah jenis hotel bajet atau tiga bintang.

 

Sebelum ni, saya pernah ada pengalaman menginap di hotel seperti yang terdapat di Tangkak ni. Cuma bezanya, tempat tersebut adalah di Mersing.

 

Satu yang saya kurang berkenan ialah tempat nak letak kereta. Semasa saya check in di sebuah hotel bajet di Mersing, saya perlu letak kenderaan ditepi-tepi jalan. Ya, memang ada kotak parking yang disediakan. Namun, sesekali rasa kurang selamat pun ada.

 

Maklumlah, kita datang ke tempat orang, dan tak biasa dengan kawasan tu. Kadang-kadang rasa risau tinggalkan kenderaan kat tepi jalan mesti akan ada.

Tetapi kalau kita menginap di homestay, tak perlu rasa risau tentang keselamatan kenderaan lagi. Kita boleh parking kereta kat tempat yang disediakan.

 

Rasa lebih tenang kan, kalau dibandingkan dengan kita parking kat tepi-tepi jalan. Ini salah satu sebab kenapa menginap di homestay adalah satu pilihan yang baik.

 

Suasana waktu malam di homestay Tangkak ini…

 

Saya sempat juga ambil gambar kenang-kenangan waktu malam di kawasan sekitar homestay ni pada waktu malam.

 

Kalau ada yang perasan, sebenarnya dekat depan homestay ni ada tiang lampu. Memang betul-betul depan rumah.

Memang cerah dekat depan rumah ni. Kalau malam-malam nak duduk luar rumah pun tak ada masalah.

 

Homestay ini dimiliki oleh Tuan Sh Haffie.

Beliau boleh dihubungi menerusi saluran berikut

Tn Sh Haffie

Call/ SMS/- 0137622115

Klik untuk Whatsapp – https://api.whatsapp.com/send?phone=60137622115

 

Sewa untuk menginap di homestay ini ialah RM180 sahaja pada hari biasa.

Manakala pada cuti umum, Jumaat – Sabtu – Ahad ialah RM200.

 

Jika anda ingin menginap di homestay ini untuk satu tempoh yang agak lama, silalah hubungi En Haffie untuk dapatkan quotation harga.

 

Jadi, jika anda mencari tempat penginapan, terutamanya homestay di Tangkak, bolehlah menginap disini. In Shaa Allah, anda akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh tuan rumah.

 

Buat ibu bapa yang ada anak, yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Johor juga sesuai untuk menginap disini, sebabnya lokasinya tak begitu jauh dengan kolej tersebut.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 14 comments… read them below or add one }

aziana October 12, 2017 at 11:48 am

berbaloi dengan harganya, bersih dan cantik lagi..

Reply

sabree hussin October 12, 2017 at 12:25 pm

Homestay baru lagi ni tau 🙂

Reply

raihanah October 12, 2017 at 2:32 pm

selesa dengan harga berpatutan

Reply

sabree hussin October 12, 2017 at 4:33 pm

Ya betul tu pn Raihanah

Reply

anuar October 14, 2017 at 3:46 pm

Rumah selesa.. dengan harga RM180 semalam memang sesuai sangat dah tu..

Reply

Bahrain October 15, 2017 at 6:51 pm

tangkak tempat kg saya tu.. hehe.. kalau malam tangkak sunyi tempatnya. hehe. harga memang dah sangat berbaloi sebab kemudahan semua ada termasuk mesin masuh tu..

Reply

sabree hussin October 16, 2017 at 5:11 pm

Oh ye ke, bro Bahrain sekarang duk kat Tangkak lagi ke?

Reply

Mus October 16, 2017 at 4:40 pm

nampak bersih dan kemas.. puas hati dapat homestay sebegitu..

Reply

sabree hussin October 16, 2017 at 5:10 pm

Yup memang kemas En Mus 🙂

Reply

zahar October 16, 2017 at 8:13 pm

rate rm200 ke bwh, dengan kelengkapan memang pilihan terbaik bro.. akan jadi pilihan jika ke area sana

Reply

Suriya Majid October 17, 2017 at 5:20 pm

satu masa dulu tangkak ni syurga kain, time nak raya mesti berebut nak ke tangkak berebut beli kain

Reply

sabree hussin October 20, 2017 at 10:13 am

Orang kampung saya di Klang pun sanggup ke Tangkak sebab nak cari kain yang cantik-cantik dan murah. Tapi tu dulu la, awal tahun 90 an

Reply

reezluv October 17, 2017 at 8:38 pm

kalau macam ni punya cantik rumah sewa pun murah memang jadi idaman ramai le nak tempah

Reply

NORIZA ABDUL RAHMAN October 20, 2017 at 1:49 am

Lamanya tak ke Tangkak, kalau on the way balik ke Labis boleh juga singgah ke sini.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post: