Awal bulan Oktober 2017 yang lepas, saya ada ke Tangkak atas urusan kerja. Waktu tu, saya memilih untuk menginap di sebuah homestay di Tangkak. Ikut perancangan asal, saya nak bawa bersama mak dan ayah saya untuk ikut trip ni.
Jadi sementara saya siapkan beberapa perkara, mereka bolehlah jalan-jalan sekitar bandar Tangkak. Mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ni yang sedia maklum, dulunya bandar Tangkak memang cukup sinonim dengan produk berasaskan tekstil.
Baca juga: Apa yang menarik di sekitar Bandar Tangkak
Pada waktu saya menginap di situ, homestay tersebut sebenarnya baru sahaja dibuka.
Waktu tu, nama untuk homestay tersebut juga masih belum ada lagi. Tetapi baru-baru ini, pemilik homestay tersebut, En Haffie ada maklumkan pada saya yang beliau telah memilih nama Homestay D Ledang sebagai nama homestay beliau.
Kenapa nama tersebut yang dijadikan pilihan?
Mungkin sebab homestay tersebut memang tak jauh dari Gunung Ledang. Semasa saya menginap di situ, saya juga sempat singgah ke Gunung Ledang Resort. Cantik juga tempat tu. Cuma atas sebab kekangan masa, saya tak dapatlah nak lepak lama-lama kat kawasan air terjun gunung ledang tu.