Saya tertarik untuk kongsikan sebuah artikel dari sumber Kosmo! Online yang membicarakan tentang perihal Miskin Bandar.
Golongan miskin bandar digalak tambah pendapatan sampingan dengan berniaga
KUALA LUMPUR – Golongan miskin bandar iaitu mereka yang bekerja di bandar dengan pendapatan RM3,000 ke bawah digalakkan membuka perniagaan sendiri dan melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif itu dapat membantu golongan itu memperoleh wang tambahan selepas terjejas dengan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat.
“Golongan (miskin bandar) ini perlu lebih produktif dengan melakukan kerja sambilan selepas tamat waktu kerja seperti berniaga di pasar malam, menghasilkan karya buku atau menjahit,” katanya kepada Bernama selepas ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara di Bernama TV malam tadi.
Jelasnya, golongan tersebut juga tidak seharusnya bergantung kepada gaji bulanan dan bantuan yang diberikan kerajaan sebaliknya perlu berusaha meningkatkan kemahiran yang boleh menambah pendapatan mereka.
“Kini, sudah tiba masanya orang ramai menukar pemikiran dengan tidak bergantung kepada ‘makan gaji’ sahaja. Mereka perlu ada kesungguhan untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri,” katanya. – Bernama
Sumber: Kosmo! Online
Sumber Gambar: Agenda Semasa
Itulah realiti kehidupan kita dimasa kini. Jika gaji anda dibawah RM3,000 dan anda bekerja di bandar, anda sebenarnya terkelompok dalam kumpulan yang dikenali sebagai miskin bandar.
Tambah Pendapatan Dengan Berniaga di Pasar Malam
Saya kira ini adalah suatu fenomena biasa.
Tak ada apa yang perlu dimalukan dengan berniaga di pasar malam. Malahan, kalau kena dengan caranya, dan anda faham produk apa yang memang laris untuk diniagakan dipasar malam, jangan rasa pelik jika pendapatan anda sepanjang 4 malam berniaga boleh menyamai pendapatan anda sebulan apabila bekerja di ofis.
Mungkin anda tertanya-tanya… apa agaknya produk yang sesuai untuk diniagakan di pasar malam.
Ok apa kata anda mula berniaga burger. Lagipun, kan burger ini adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Semua orang boleh makan, dan boleh kata ramai juga yang suka makan burger. Anda tak perlu memiliki kemahiran yang tinggi untuk buat burger.
Jika anda reti membaca buku panduan dan juga buku resepi, saya pasti anda dah boleh memulakan bisnes burger anda sendiri. Klik sini untuk muat turun panduan bisnes burger.
Berniaga burger boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Malahan jika anda ingin berniaga di tepi jalan sahaja pun boleh.
Menghasilkan karya buku
Saya tertarik dengan idea untuk menghasilkan karya sendiri ni. Cuma kalau nak hasilkan karya dalam bentuk buku ini, mungkin agak tinggi risikonya.
Apa taknya… kali pertama menulis buku… hmm siapa agaknya yang nak beli karya kita ya.
Itu belum kira lagi dari segi kos design cover buku, cetakan dan sebagainya.
Saya tak ada masalah dengan mereka yang minat nak tulis buku. Cuma pada pendapat saya, sebelum anda mula jual buku, apa kata anda cuba dulu menghasilkan ebook dan jual ebook anda sendiri.
Dari situ anda boleh mula dapatkan follower dan apabila anda dah ada follower anda sendiri, langkah seterusnya untuk jual buku lebih mudah. Pada masa yang sama, apabila anda dah berjaya jual ebook anda sendiri, anda juga dah memiliki senarai pelanggan anda sendiri.
In Shaa Allah, satu masa nanti saya juga akan terbitkan karya saya dalam bentuk buku. Namun buat masa ini, saya jual ebook dulu 🙂
Ini salah satu ebook yang saya hasilkan. Saya beri ia nama Jurnal Pemasaran Affiliate. Setiap ebook dijual dengan harga RM40.
Keuntungan setiap ebook juga ialah RM40.
Jika jualan dilakukan hasil daripada kerja-kerja promosi affiliate, maka keuntungan untuk saya ialah RM20. Tetap masih lagi banyak untungnya jika dibandingkan dengan jual buku.
Apapun, jika anda tergolong dalam kelompok miskin bandar… jangan patah semangat, dan jangan putus asa. Malaysia ni negara bertuah.
Kalau tidak, takkan lah ramai Bangla, Pakistan, Nepal, Myanmar sanggup bersusah payah datang ke negara kita ni untuk bekerja. Ada banyak sebenarnya peluang-peluang untuk buat duit di negara kita.
Anak Askar Pencen says
Tambah pendapatan dengan berniaga tu dah memang lumrah bagi penduduk bandar. Tak payah nak tunggu nasihat menteri pun kita semua dah reti nak tambah pendapatan dengan berniaga.
Cuma masalahnya adalah bila ongkos untuk sustain perniagaan tu makin meningkat dari hari ke hari. Patut dah boleh buat untung, bila dah segala benda naik, terus nak rolling modal pun dah nak pecah kepala nak mendapatkannya.
Hafizul says
Betul tu…nak tambah pendapatan mestilah kena kerja part time..
CoretanCyber says
dah tentu kena tambah pendapatan berikutan kenaikan kos sara hidup yang tinggi hari ini..
sabree hussin says
Yup, betul tu, sebenarnya benda ni pun common sense je. Tak perlu tunggu sampai ada yang nak nasihatkan
adarain says
Nak tak nak je buat part time ni. Kalau ada semangat dan usaha untuk tambah pendapatan penat tu diketepikan demi mencari rezei untuk masa depan. Banyak peluang kerja part time yang boleh dilakukan selain menghasilkan karya ataupun berniaga pasar malam.
sabree hussin says
ye betul tu
onlajer says
kawan rasa menuulis blog ni sekarang dah macam kerja part time
sabree hussin says
Kalau penulis blog bergaji atau berimbuhan, memang dah boleh sangat nak samakan dengan kerja part time
ismail says
Aku pernah buat Thesis berkenaan isu dan permasalah Kemiskinan Bandar. Rata-rata antara kita masyarakat melayu kebanyakkannya hidup dalam kelompok kemiskinan. Berbeza dengan masyarakat luar bandar, peluang yang ada untuk masyarakat miskin di bandar lebih terhad dan jarang-jarang diketengahkan.. Kalau dikaji sedalam-dalamnya simptom ini suatu hari kalau tidak diberi tumpuan akan menjadi barah kepada negara.. Pucuk pimpinan kena lakukan sesuatu supaya masyarakat bandar tidak dipinggir
sabree hussin says
Betul jugak, kalau miskin dan tinggal di kampung boleh bercucuk tanam, yang dekat dengan sungai boleh turun ke sungai atau boleh ke laut untuk cari sumber rezeki.
Mungkin satu masa nanti, orang bandar pula yang akan berhijrah beramai-ramai ke kampung.
Alongxp says
Dok bandar ke luar bandar ke… same je zaman ni… zaman bapak mahal harga barang…
sabree hussin says
Tak lama lagi, kaya ke, miskin ke, semua kena cukai tahap penggal kepala 😀
blogger lelaki says
zaman sekaang memang ramai sangat orang buat kerja part time nie
sabree hussin says
“terpaksa”
Zaini says
Kerja seharian di pejabat, kemudian pulang ke rumah buat bisnes memang penat. Masa dengan keluarga akan lebih kurang. Itu keburukannya.
Kurang penat sikit walaupun penat juga, buatlah bisnes berasaskan internet. Itu kebaikan ada internet.
sabree hussin says
Internet tu memang perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sia-sia je bayar internet mahal-mahal setiap bulan kalau tak boleh manfaatkan ia semula untuk buat duit