Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Episod Duka & Rezeki Melimpah Ruah Di Bulan March

April 1, 2014 by sabree hussin 2 Comments

Alhamdulilah syukur Ya Allah.

Artikel ini saya catatkan pada 01 April 2014. Bulan March 2014 yang lepas, merupakan bulan yang saya kurang produktif. Ada macam-macam gangguan yang menghalang dan melemahkan saya untuk terus mara ke depan.

Bulan March 2014 jugak saya terpaksa berhadapan dengan manusia kategori ‘dream crusher’ yang menjengkelkan. Saya pun tak faham apa sebenarnya motif orang macam ni.

Tak terfikir ke dia untuk guna kepala otak dan akal fikiran sebelum bertindak?

Kita hidup ni bukan nak kumpul musuh atau nak buat orang benci dengan kita. Setiap insan Allah anugerahkan akal dan fikiran, yang boleh kita gunakan untuk memandu tindakan.

Dengan pertimbangan akal yang sihat dan waras, ia mampu digunakan untuk mengawal emosi dan perasaan.

Namun kalau makin dibiarkan, makin menjadi-jadi, makin melampau-lampau pulak kita dipijak, maka mahu apa lagi?

customer marah

Memang adat kehidupan. Bukan semua orang yang kita jumpa, kita boleh bekerjasama. Ada orang cuma baik dengan kita untuk satu tempoh masa yang sekejap cuma. Ada orang sanggup untuk susah dan senang bersama-sama kita untuk satu tempoh masa yang panjang dan lama.

Ada orang, cuma berminat nak cari kesalahan kita dan memburuk-burukkan kita.

Bukan salah ibu mengandung, kalau dah lepas usia akhil baligh pun perangai masih lagi macam kanak-kanak usia bawah 5 tahun, itu salah diri sendiri kerana biarkan diri kekal jahil dan bodoh.

Baik.

Bulan March 2014 ini, satu episod telah ditutup.

Tak perlu lagi nak berkolaborasi, tak perlu lagi nak bersinergi.

Saya teringat kata-kata presiden America dalam cerita-cerita Hollywood.

… we do not negotiate with terrorist

Rupa-rupanya, ada kebaikkan juga pendekatan macam tu.

… dan ya. Bukan cara saya nak berbincang dengan orang-orang yang saya tak suka dan negatif. Ibarat satu kanser, yang makin dibiarkan, makin merebak dan membunuh tubuh yang sihat dari dalam.

Ok tutup cerita episod duka untuk bulan March.

Untuk bulan March yang lepas, syukur kerana Allah masih lagi lapangkan rezeki dengan menghadirkan komisyen affiliate untuk beberapa produk yang saya promosikan.

Salah satunya ialah Sistem Jualan PRO. [klik sini]

komisyen affiliate sistem jualan pro

Komisyen ni masuk lewat sikit. 16hb baru saya terima.

Pernah jugak saya ditanya,

“Macam mana nak dapatkan komisyen dari sistem jualan pro? Apa rahsianya?”

Saya sendiri pun tak tau sama ada semua ini adalah hasil daripada teknik rahsia atau kerja keras. Setahu saya, dari mula saya beli Sistem Jualan PRO, saya tak pernah berhenti buat marketing.

Ada proses marketing yang saya buat secara manual, ada juga aktiviti marketing yang saya set up secara automatik.

Adakah cara saya buat marketing ini berkesan? Wallahua’lam

Tugas saya ialah usaha sehabis baik. Hasilnya saya serahkan kepada Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

… dah tentu cara yang saya gunakan sedikit berbeza berbanding cara orang lain yang turut beli Sistem Jualan PRO.

In Shaa Allah dari masa ke masa, saya akan dedahkan teknik pemasaran yang menguntungkan dan berhasil melalui blog ini. Namun demikian, pastinya saya tak akan dedahkan semua.

Ada beberapa modul atau strategi yang hanya sesuai dikongsikan kepada klien premium saya sahaja.

Jika ada yang betul-betul berminat nak belajar dan sanggup untuk keluarkan modal untuk belajar dari saya, maka silalah hubungi saya. Tapi jangan terkejut kalau harga yang saya letakkan diluar kemampuan anda.

Dengan pengalaman bergiat aktif dalam bidang pemasaran dan perniagaan online semenjak dari tahun 2008/2009, pasti ada beberapa pengalaman saya yang berguna untuk rujukan anda.

Kalau nak belajar dari saya, tetapi nak percuma, jemputlah baca artikel-artikel lepas dalam blog ni. Ada banyak klu yang saya dah tinggalkan disini dan disana. Terpulang pada anda sama ada nak korek atau tidak.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisyen Sistem Jualan PRO – March 2014
  2. Komisyen Affiliate Jobdirumah March 2016
  3. Andainya Rezeki Itu Tidak Hadir…
  4. Cash Out 8share Sasaran Bulan May

Filed Under: Personal Tagged With: sistem jualan pro

Comments

  1. onlajer says

    April 1, 2014 at 1:43 pm

    pergh gua macam nak korek dalam – dalam lah blog ini

    Reply
  2. Adenan says

    April 1, 2014 at 6:13 pm

    Salam..
    banyakkan bersabar tuan..
    biasa la kita buat bisnes ni..mmg akan ada org kata kita mcm2..
    saya pun pernah kena maki hamun, tapi saya cakap je elok2 dgn org tu..
    customer kan..nanti kalau kita respons balik tak elok, makin teruk keadaan akan dihuru-hara oleh org2 begini..so, sabar je la..
    insyaAllah, Allah sentiasa bersama dgn org2 yg sabar..

    lagi satu, dah jadi adat..
    kita buat benda baik, org mengata..
    kita buat benda tak baik, org lagi la mengata..
    kita tak buat apa2, pun org mengata jgak..

    so, lebih baik kita buat je benda baik..
    insyaAllah, Allah akan bagi lagi bnyk perkara2 baik dalam hidup kita dengan berbuat baik.. 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in