UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Andainya Rezeki Itu Tidak Hadir…

March 19, 2014 by sabree hussin 3 Comments

Terkadang hati rasa cemburu lihat kejayaan rakan-rakan usahawan sama ada offline ataupun online raih pendapatan yang lumayan.

Ada masanya terdetik juga dihati…

“Allah, bilakah agaknya akan tiba giliran hambaMu ini.”

Seringkala juga hati memujuk diri, tak apa tak apa. Belum sampai masanya. Belum tiba rezeki. Sampai masanya nanti Allah pasti akan beri.

Astaghfirullah…

Allah tak pernah lupa beri rezeki, dan setiap masa kita hidup dibawah limpah kurnia rezekiNya.

Bayangkan, jika hanya satu nikmat yang biasa kita perolehi tu ditarik semula… baru kita sedar, income yang banyak sekalipun dah jadi tidak bernilai.

Beberapa minggu kebelakangan ni, umum dah tahu negara kita Malaysia di landa kemarau. Macam saya yang tinggal di Selangor, antara kesannya, beberapa kawasan terputus bekalan air, disebabkan catuan oleh pihak SYABAS.

Namun dua tiga hari kebelakangan ini, nampaknya cuaca dah kembali berubah seperti sedia kala.

200236712-001

Allah turunkan hujan dengan sangat lebat.

Siang tadi pun hujan, yang turunnya dengan sangat lebat!

Ya.

Sedikit sebanyak ia mampu menggoncang hati!

Menggentarkan jiwa dan menginsafi diri akan hakikat betapa kerdilnya kita di sisi yang Maha Esa.

Bila Allah tahan sesuatu rezeki, maka tak ada siapa yang mampu untuk beri ganti.

… dan apabila Allah beri, akan jelas kelihatan betapa Allah itu Maha Pemurah melalui kurniaanNya.

Rezeki bukanlah hanya dalam bentuk wang ringgit atau sebarang matawang lain semata-mata.

Namun ironinya, manusia gemar untuk melihat rezeki melalui skop yang kecil dan sempit.

Masalah bila kita hanya menganggap rezeki itu adalah duit, dan hanya duit rezeki yang paling penting… kita cenderung untuk lupakan Allah!

Nauzubillah…

Semak semula diri kita, selama ni…

“Adakah anda cari rezeki atau cari duit semata-mata?”

Jika duit adalah fokus dan matlamat utama, nescaya kita akan mudah kecewa jika gagal meraih jumlah yang kita mahukan.

Namun jika rezeki yang kita idamkan, nescaya kita akan rasa lega dan tenang lantas mengakui hakikat bahawa kita ni tak akan mampu hidup atas muka bumi ini jika bukan kerana rezekinya.

Ada beberapa bahan bacaan yang menarik tentang rezeki yang bagus untuk anda baca yang saya ingin kongsikan dengan anda.

–> 9 Formula Pantas Seru Rezeki

Ebook ini mengupas kaedah bagaimana kita sebagai hamba berupaya untuk menyeru rezeki yang melimpah ruah menerusi kaedah yang di sukai oleh yang Maha Pencipta.

Ps: Dah lama juga saya tak buka ebook tu untuk baca. Bila saya tulis artikel ini, tergerak hati nak cari balik ebook tu yang ada dalam simpanan saya, dan nak baca semula.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisyen Ebook Sistem Menjemput Rezeki
  2. Mudahnya Menjemput Rezeki
  3. Garam Aura Rezeki: Pengalaman hari pertama dan hari kedua penggunaan
  4. Episod Duka & Rezeki Melimpah Ruah Di Bulan March

Filed Under: Personal Tagged With: formula rezeki

Comments

  1. profhariz says

    March 20, 2014 at 1:59 pm

    Okay. Motivasi dan inspirasi. Deep !

    Reply
  2. Khairul Zamri says

    March 20, 2014 at 9:26 pm

    Ulasan yang mantap terima kasih untuk perkongsian ini bro

    Reply
  3. Norazizah says

    March 31, 2014 at 4:40 am

    Air itu juga rezeki. Banyak benda tak dapat buat bila air xda 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Advertorial?
  • Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda
  • 10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda
  • 7 Tugasan yang anda boleh outsource untuk mengembangkan perniagaan anda
  • Habbatussauda Magic Blue (MEXBLU)

Recent Comments

  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu - Xplorasi Destinasi on Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda
  • sabree hussin on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • mjun on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • callistalen on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan - Sabree Hussin Dot Biz on Bagaimana menjalankan perusahaan Penternakan Kambing yang berjaya?

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in