Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Dua cara bagaimana syaitan memperdaya manusia

April 25, 2017 by sabree hussin 5 Comments

Terdapat dua cara bagaimana syaitan menghasut orang yang suka melakukan kebaikkan supaya dia berhenti berbuat kebaikkan.

 

Cara pertama, syaitan akan menimbulkan rasa malas pada diri orang tu sehingga dia mula melengah-lengahkan pekerjaan baik yang dia lakukan dan akhirnya dia mula meninggalkan terus pekerjaan tersebut. Apabila individu tersebut sudah tidak lagi melakukan kebaikkan, maka syaitan dah menang.

 

Cara kedua, syaitan akan menghasut orang tersebut supaya menambahkan lagi amalan kebaikkan yang dilakukan hingga ia menjadi sangat banyak dan ramai orang yang dapat manfaatnya. Apabila sudah banyak kebaikkan yang dilakukan, syaitan akan mula wujudkan perasaan riak dan bongkak pada diri individu tersebut.

 

Dia akan mula merasakan hanya dirinya sahaja yang terbaik dan mula melihat orang lain sebagai tidak bagus melainkan dirinya. Syaitan telah menang sekiranya setiap kebaikkan yang dilakukan oleh individu tersebut disertai dengan perasaan riak dan bongkak.

Untuk kedua-dua situasi ini, saya ingin beri contoh tentang menuntut ilmu. Ada dua orang pemuda.

 

Pemuda yang pertama, dia menuntut ilmu dengan sebanyak-banyaknya bagi tujuan untuk menambahkan ilmu dalam diri dan untuk diajarkan kepada orang lain. Setiap hari, dia begitu bersemangat untuk menambahkan ilmu dan menyebarkan ilmu.

 

Hari demi hari, perkara yang sama yang dilakukan. Hinggalah pada satu hari, syaitan membisikkan ke dalam hati pemuda tersebut, betapa apa yang dilakukan oleh dirinya adalah sia-sia sahaja, sebabnya walaupun banyak ilmu yang disebarkan, namun tak ramai yang berminat nak belajar.

 

Kurangkan… kurangkan… Mungkin dengan kurangkan buat kelas pengajian, kurangkan penulisan, kurangkan berdakwah, orang akan mula tercari-cari dan mula beri perhatian. Akhirnya pemuda tersebut terikut cadangan dari syaitan dan mula mengurangkan perkongsian ilmu dan akhirnya sedikit demi sedikit, pemuda tersebut terus berhenti dari berkongsi ilmu.

 

Kisah pemuda kedua. Dia diberi anugerah berbentuk kefahaman yang sangat baik dalam ilmu pengetahuan. Setiap apa yang disampaikan olehnya, memang ramai yang minat nak dengar. Kalau post di FB kata-kata dakwah, memang banyak yang akan tekan butang like dan juga share.

 

Satu hari syaitan membisikkan ke dalam hati pemuda ini. Banyakkanlah amalanmu. Tambahkan nasihat-nasihat yang baik. Oleh kerana ia adalah saranan yang baik, maka pemuda tersebut pun mengikuti nasihat tersebut.

 

Apabila semakin hari semakin banyak yang menjadi pengikut pemuda tersebut, dan semakin ramai yang ternanti-nanti perkongsian ilmu yang baru dari pemuda tersebut, maka satu hari syaitan membisikkan kepada pemuda tersebut, betapa dia sangat berjasa dan sangat bijak. Dengan kebijaksanaan yang ada pada dirinya, ramai yang mendapat manfaat, dan kalau bukan sebab dirinya, mesti ramai yang hanyut dengan kehidupan dunia.

 

Dengan ilmu yang dimiliki, pemuda ini mula merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik dan lebih baik berbanding orang lain. Semua orang MESTI dengar cakap dia dan beri penghormatan pada dirinya. Ah…. riak pula jadinya.

 

Cara pertama atau cara kedua yang lebih bahaya? Kedua-duanya sama sahaja. Apabila kita telah jatuh ke dalam perangkap syaitan, maka sia-sialan amalan kita.

 

Itu serba sedikit ilmu yang saya perolehi daripada pembacaan buku berjudul “10 Sebab Doa Terhijab“. Dalam buku tersebut, ada disentuh serba sedikit bab tentang bagaimana doa kita boleh jadi tidak makbul dan ia ada kaitan dengan cara hidup kita, yang sama ada secara sedar mahupun tanpa sedar asyik mengikut pujuk rayu iblis dan syaitan.

 

Terlintas dihati saya nak tulis pasal syaitan.

 

Kita semua sedia maklum, syaitan adalah musuh utama kita. Namun, cuba tanyakan pada diri kita, sejauh mana kita betul-betul kenali siapa sebenarnya syaitan?

 

Bagaimanakah sifat-sifatnya?

 

Apakah bentuk tipu dayanya?

 

Dari mana asal-usul mereka?

 

Bagaimana cara untuk berlindung dari tipu daya dan fitnah syaitan?

 

Patutlah kita begitu susah nak menang dalam pertarungan melawan syaitan. Rupa-rupanya kita masih belum betul-betul kenal siapa sebenarnya syaitan.

 

Bagi yang nak kenal syaitan dan nak mempunyai sedikit kelebihan apabila melawan mereka, bacalah buku-buku yang telah ditulis sebelum ini mengenai kewujudan dan sifat-sifat makhluk bernama syaitan.

 

Ini antara yang saya dapat kongsikan dengan anda:

Sumber disini dari laman web Bookcafe.

melawan-hasutan-syaitan

Sumber seterusnya dari laman web Lazada Malaysia.

merungkai-kewujudan-makhluk-syaitan

bukti-kewujudan-syaitan

Permusuhan syaitan dengan kita, anak adam telah mula sejak Nabi Adam masih disyurga lagi. Sama-samalah kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu untuk melindungi diri kita dari gangguan mereka.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana cara untuk kenal Bisnes MLM yang PENIPU dan SCAM?
  2. Bagaimana cara menjadi PAKAR dalam bidang dan kerjaya pilihan anda?
  3. Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang
  4. Bagaimana cara buat duit dengan Program Affiliate Shaklee?

Filed Under: Personal Tagged With: cara melawan syaitan, cara syaitan memperdaya manusia, syaitan menggoda manusia

Comments

  1. nikkhazami@gmail.com says

    April 25, 2017 at 9:59 pm

    kalau iman tak kuat senang je syaitan goda.

    Reply
    • sabree hussin says

      April 26, 2017 at 12:58 pm

      Sebenarnya… lagi kuat iman seseorang tu, maka lagi kuat syaitan yang akan menggoda.

      Reply
  2. mrhanafi says

    April 29, 2017 at 5:47 am

    Cerita yang amat menarik tuan..

    Memberi rasa sentap yang hebat

    Reply
  3. Nota Nutrisi says

    April 30, 2017 at 11:08 pm

    Syaitan sangat dengki dengan anak2 adam dan x akan berhenti menganggu hingga hari kiamat. Terima kasih tuan atas perkongsian yang sangat ‘deep’.

    Reply
  4. Alongxp says

    May 2, 2017 at 11:13 pm

    huish… menakutkan pulak… bila baca situasi diatas ni rasa macam ada tempias terkena sikit pulak.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

Recent Comments

  • sabree hussin on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • sabree hussin on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Snapbackpacker on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • akoo on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • 5 Jenis Aksesori Yang Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda on 10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut