Terdapat dua cara bagaimana syaitan menghasut orang yang suka melakukan kebaikkan supaya dia berhenti berbuat kebaikkan.
Cara pertama, syaitan akan menimbulkan rasa malas pada diri orang tu sehingga dia mula melengah-lengahkan pekerjaan baik yang dia lakukan dan akhirnya dia mula meninggalkan terus pekerjaan tersebut. Apabila individu tersebut sudah tidak lagi melakukan kebaikkan, maka syaitan dah menang.
Cara kedua, syaitan akan menghasut orang tersebut supaya menambahkan lagi amalan kebaikkan yang dilakukan hingga ia menjadi sangat banyak dan ramai orang yang dapat manfaatnya. Apabila sudah banyak kebaikkan yang dilakukan, syaitan akan mula wujudkan perasaan riak dan bongkak pada diri individu tersebut.
Dia akan mula merasakan hanya dirinya sahaja yang terbaik dan mula melihat orang lain sebagai tidak bagus melainkan dirinya. Syaitan telah menang sekiranya setiap kebaikkan yang dilakukan oleh individu tersebut disertai dengan perasaan riak dan bongkak.
Untuk kedua-dua situasi ini, saya ingin beri contoh tentang menuntut ilmu. Ada dua orang pemuda.
Pemuda yang pertama, dia menuntut ilmu dengan sebanyak-banyaknya bagi tujuan untuk menambahkan ilmu dalam diri dan untuk diajarkan kepada orang lain. Setiap hari, dia begitu bersemangat untuk menambahkan ilmu dan menyebarkan ilmu.