Blog Sabree Hussin

Dua cara bagaimana syaitan memperdaya manusia

Terdapat dua cara bagaimana syaitan menghasut orang yang suka melakukan kebaikkan supaya dia berhenti berbuat kebaikkan.

 

Cara pertama, syaitan akan menimbulkan rasa malas pada diri orang tu sehingga dia mula melengah-lengahkan pekerjaan baik yang dia lakukan dan akhirnya dia mula meninggalkan terus pekerjaan tersebut. Apabila individu tersebut sudah tidak lagi melakukan kebaikkan, maka syaitan dah menang.

 

Cara kedua, syaitan akan menghasut orang tersebut supaya menambahkan lagi amalan kebaikkan yang dilakukan hingga ia menjadi sangat banyak dan ramai orang yang dapat manfaatnya. Apabila sudah banyak kebaikkan yang dilakukan, syaitan akan mula wujudkan perasaan riak dan bongkak pada diri individu tersebut.

 

Dia akan mula merasakan hanya dirinya sahaja yang terbaik dan mula melihat orang lain sebagai tidak bagus melainkan dirinya. Syaitan telah menang sekiranya setiap kebaikkan yang dilakukan oleh individu tersebut disertai dengan perasaan riak dan bongkak.

Untuk kedua-dua situasi ini, saya ingin beri contoh tentang menuntut ilmu. Ada dua orang pemuda.

 

Pemuda yang pertama, dia menuntut ilmu dengan sebanyak-banyaknya bagi tujuan untuk menambahkan ilmu dalam diri dan untuk diajarkan kepada orang lain. Setiap hari, dia begitu bersemangat untuk menambahkan ilmu dan menyebarkan ilmu.

 

Hari demi hari, perkara yang sama yang dilakukan. Hinggalah pada satu hari, syaitan membisikkan ke dalam hati pemuda tersebut, betapa apa yang dilakukan oleh dirinya adalah sia-sia sahaja, sebabnya walaupun banyak ilmu yang disebarkan, namun tak ramai yang berminat nak belajar.

 

Kurangkan… kurangkan… Mungkin dengan kurangkan buat kelas pengajian, kurangkan penulisan, kurangkan berdakwah, orang akan mula tercari-cari dan mula beri perhatian. Akhirnya pemuda tersebut terikut cadangan dari syaitan dan mula mengurangkan perkongsian ilmu dan akhirnya sedikit demi sedikit, pemuda tersebut terus berhenti dari berkongsi ilmu.

 

Kisah pemuda kedua. Dia diberi anugerah berbentuk kefahaman yang sangat baik dalam ilmu pengetahuan. Setiap apa yang disampaikan olehnya, memang ramai yang minat nak dengar. Kalau post di FB kata-kata dakwah, memang banyak yang akan tekan butang like dan juga share.

 

Satu hari syaitan membisikkan ke dalam hati pemuda ini. Banyakkanlah amalanmu. Tambahkan nasihat-nasihat yang baik. Oleh kerana ia adalah saranan yang baik, maka pemuda tersebut pun mengikuti nasihat tersebut.

 

Apabila semakin hari semakin banyak yang menjadi pengikut pemuda tersebut, dan semakin ramai yang ternanti-nanti perkongsian ilmu yang baru dari pemuda tersebut, maka satu hari syaitan membisikkan kepada pemuda tersebut, betapa dia sangat berjasa dan sangat bijak. Dengan kebijaksanaan yang ada pada dirinya, ramai yang mendapat manfaat, dan kalau bukan sebab dirinya, mesti ramai yang hanyut dengan kehidupan dunia.

 

Dengan ilmu yang dimiliki, pemuda ini mula merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik dan lebih baik berbanding orang lain. Semua orang MESTI dengar cakap dia dan beri penghormatan pada dirinya. Ah…. riak pula jadinya.

 

Cara pertama atau cara kedua yang lebih bahaya? Kedua-duanya sama sahaja. Apabila kita telah jatuh ke dalam perangkap syaitan, maka sia-sialan amalan kita.

 

Itu serba sedikit ilmu yang saya perolehi daripada pembacaan buku berjudul “10 Sebab Doa Terhijab“. Dalam buku tersebut, ada disentuh serba sedikit bab tentang bagaimana doa kita boleh jadi tidak makbul dan ia ada kaitan dengan cara hidup kita, yang sama ada secara sedar mahupun tanpa sedar asyik mengikut pujuk rayu iblis dan syaitan.

 

Terlintas dihati saya nak tulis pasal syaitan.

 

Kita semua sedia maklum, syaitan adalah musuh utama kita. Namun, cuba tanyakan pada diri kita, sejauh mana kita betul-betul kenali siapa sebenarnya syaitan?

 

Bagaimanakah sifat-sifatnya?

 

Apakah bentuk tipu dayanya?

 

Dari mana asal-usul mereka?

 

Bagaimana cara untuk berlindung dari tipu daya dan fitnah syaitan?

 

Patutlah kita begitu susah nak menang dalam pertarungan melawan syaitan. Rupa-rupanya kita masih belum betul-betul kenal siapa sebenarnya syaitan.

 

Bagi yang nak kenal syaitan dan nak mempunyai sedikit kelebihan apabila melawan mereka, bacalah buku-buku yang telah ditulis sebelum ini mengenai kewujudan dan sifat-sifat makhluk bernama syaitan.

 

Ini antara yang saya dapat kongsikan dengan anda:

Sumber disini dari laman web Bookcafe.

Sumber seterusnya dari laman web Lazada Malaysia.

Permusuhan syaitan dengan kita, anak adam telah mula sejak Nabi Adam masih disyurga lagi. Sama-samalah kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu untuk melindungi diri kita dari gangguan mereka.

 

 

Exit mobile version