Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara main game sambil buat duit online

April 7, 2017 by sabree hussin 22 Comments

Buat masa ni, ada dua game online yang saya main secara aktif. Bila saya kata aktif, maknanya dalam sehari saya buka dan main game tu beberapa kali.

 

Game yang pertama adalah game Cower Defense dan game yang kedua ialah Heroes Charge. Kalau saya tak silap, kedua-dua game ini dah lama wujud, cuma saya je yang baru join kedua-dua game ni.

 

Konsep game Cower Defense ni sama macam kita main game tower defence. Dunia yang didiami oleh lembu diserang oleh Alien yang berniat untuk buat kerosakkan. Jadi, kita kena bina bangunan dan pasukan pertahanan bagi memastikan niat jahat alien tu semua tidak kesampaian.

jana-pendapatan-dengan-bermain-game

Konsep game ini tidak begitu susah dan perlu ada sikit kemahiran untuk susun strategi. Nak letak defender milk gun kat mana, slingshot kat mana, dan sebagainya. Kalau anda nak lebih jelas, bolehlah cari game ini di Facebook dan cubalah main.

 

Game kedua yang saya main, namanya Heroes Charge. Kali pertama saya main, saya rasa macam tengah main game Pokemon pun ada. Kita kena kumpul seberapa banyak heroes atau karekter yang kita mampu dapatkan dan seterusnya kita latih hero-hero tersebut supaya dapat membentuk satu pasukan yang mantap.

 

Setiap hero mempunyai keunikkan dan kuasa yang tersendiri. Apabila main game ini, kita kena tau hero yang mana sesuai untuk digandingkan dengan hero yang macam mana. Ada hero yang nampak lemah bila bersendirian tapi bila kita tahu apa kombinasi hero untuk membentuk pasukan yang hebat, maka hero yang nampak lemah tu tadi boleh jadi sangat kuat.

 

Bila dah power, bolehlah lawan dengan player lain dari seluruh dunia.

 

Satu persamaan antara kedua-dua game ini ialah, untuk bermain dengan lancar, tak ada masa menunggu, boleh jadi kuat dalam masa yang singkat, kita kena invest dengan membeli gems, power up pack dan sebagainya. Sudah tentu, setiap pembelian ini memerlukan kita guna duit sebenar.

 

Tapi apa yang saya nak cerita dalam ni, sebenarnya bukanlah tentang game-game tersebut, sebaliknya saya nak cerita bagaimana dengan hobi main game seperti ini, anda juga boleh buat duit.

 

Sekiranya kita jadi pemilik game seperti ini, dan ianya dimainkan oleh pemain dari seluruh dunia, maka ini adalah cara yang sangat simple untuk buat duit.

 

Walaupun saya kata simple (ringkas) namun tak bermakna ianya mudah. Ada macam-macam benda yang kita perlu tahu, dan yang penting, kena tau macam mana nak jaga server supaya permainan dapat dimainkan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

 

Ada cara yang lebih mudah untuk buat duit dengan bermain game.

cara-buat-duit-dengan-video-youtube

Cara ni saya belajar dari Panduan Buat Duit Dengan Youtube Adsense. [Boleh klik sini untuk muat turun]

 

Saya tak pasti kalau anda perasan ataupun tidak, kalau bukak laman web Youtube dan taip sahaja nama game yang anda sedang main, akan ada banyak video yang kita boleh tonton.

 

Sebagai contoh, saya ada search video untuk game cower defense dan berikut adalah hasil carian di Youtube.

game-online-yang-boleh-buat-duit

Kalau tengok pada jumlah views, ada yang mencecah sehingga 17 ribu views. Tapi kalau kita tekan play pada video tersebut, ada antaranya yang langsung tak ada dialog. Cuma kita tengok macam mana orang yang upload game tu main level tersebut.

 

Nampak tak apa yang berlaku?

 

Sebenarnya, pemain game ni cuma rakamkan apa yang berlaku di smartphone masing-masing menggunakan applikasi khas, kemudian daripada hasil rakaman tu, dia pun upload ke Youtube.

 

Daripada main game saja-saja, lebih baik rakam dan upload kat Youtube.

 

Mana-mana level yang kononnya susah sangat, nanti bolehlah dijadikan sebagai “tutorial” macam mana nak lepas level tersebut.

 

Itu bagi situasi game Cower Defense.

 

Bila saya search game Heroes Charge, siap ada yang buat channel khas semata-mata untuk membincangkan tentang game ini.

channel-youtube-game

Biasanya, channel game seperti ini hanya akan ditonton oleh para pemain game tersebut sahaja. Ini bermakna, lagi ramai bilangan pemain game tersebut, maka lagi tinggilah potensi untuk dapatkan bilangan view yang tinggi.

 

Macam mana dan dari mana datangnya duit tu nanti?

Duit akan datang menerusi program pengiklanan. Boleh jadi, ini adalah “cara paling senang” nak buat duit dengan video Youtube.



Cuma perlu pastikan video kita tu mempunyai jumlah view yang ramai, dan seterusnya duit dari program pengiklanan akan berjalan dengan sendirinya.

 

Tak perlu susah payah nak fikir pasal nak buat jualan dan lain-lain perkara.

 

Mungkin ada yang nak tau, apa software atau applikasi (apps) yang boleh digunakan untuk rakam skrin handphone supaya boleh dijadikan video, betul tak?

 

Kalau nak tau apa nama apps tu, downloadlah panduan ni. Kemudian baca. Jadi lepas ni, anda bolehlah main game sambil buat duit online. Tak adalah rasa membazir masa sangat.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Cara bagaimana anda boleh buat duit dalam permainan game online
  2. 10 cara bagaimana boleh buat duit dengan main games
  3. Rahsia bagaimana buat duit dengan main games online akhirnya dibongkarkan!
  4. Bagaimana cara nak buat duit online sepanjang tahun 2016?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan game, buat duit dengan youtube, buat duit youtube adsense, game yang boleh buat duit

Comments

  1. Dexx says

    April 7, 2017 at 10:53 pm

    Patut la banyak video rekod orang main game kat youtube. Boleh buat duit rupanya. ingat saja-saja je rekod. Baru ana tau.

    Reply
    • sabree hussin says

      April 8, 2017 at 11:19 am

      Ada jugak yang buat video pasal game ni sebab minat dan tak rancang nak buat duit pun. Tapi dalam konteks perbincangan ni, pointnya ialah, dengan rakam video main game kemudian upload ke Youtube, boleh juga buat duit

      Reply
  2. mrhanafi says

    April 8, 2017 at 10:04 pm

    bagus juga kalau sambil main game dapat duit..

    ini mesti gamer gembira sakan nanti..

    Reply
  3. eCommerce Malaysia says

    April 9, 2017 at 7:14 pm

    satu soalan, kalau kita main game kat phone, mcm mana nak rakam game yg kita main, ada cara x

    Reply
    • sabree hussin says

      April 9, 2017 at 10:37 pm

      Ya ada cara. Memang boleh rakam. Ada perisian @ apps yang boleh kita guna untuk rakam skrin phone kita masa main game. Baca lah ebook tu, ada dikongsikan beberapa apps yang sesuai untuk digunakan.

      Reply
  4. Seorang Syed says

    April 10, 2017 at 4:54 pm

    Menarik juga kan? sambil main game pun dapat buat duit sekali.
    Dari iklan-iklan dekat youtube dan number of people yang watch video kita mesti akan dibayar juga kan? thanks for sharing 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      April 10, 2017 at 8:31 pm

      Ya secara ringkasnya, memang betul apa yang Seorang Syed tu katakan 😀

      Reply
  5. Dedaun Comel says

    April 10, 2017 at 7:07 pm

    Terbaik ni.. main game dan dapat duit.. Memang ada orang yang berhenti kerja dan menjadi full-time gamer dengan mendapat pendapatan hanya dari youtube adsense.

    Contohnya,, Pewdiepie yang ternobat sebagai Youtuber terkaya dengan pendapatan 15 million dollar setahun dengan hanya bermain game dan upload di Youtube.

    Reply
    • sabree hussin says

      April 10, 2017 at 8:29 pm

      Yup saya pun ada baca kisah beliau. Memang boleh dijadikan inspirasi!

      Reply
  6. titan says

    April 14, 2017 at 7:19 pm

    yup.

    ramai yang buat cara macam nih.

    sebab nak dapat views sekarang, gila bapak susah.

    Reply
  7. zik says

    April 19, 2017 at 6:42 pm

    nak lagi kaya buat game apps.. tapi yang simple2 pun boleh.. kalau nak rakam tuh yang masalah memory hpone pun kena banyak juga..itu tak jadi masalah.. kalau kita betul2 serius.. boleh buat duit punya..

    Reply
    • sabree hussin says

      April 20, 2017 at 3:30 pm

      Kalau ada kemahiran nak buat apps memang boleh buat macam yang Zik cakap tu

      Reply
  8. RAIHANAH AHMAD says

    April 20, 2017 at 9:57 am

    wah ramai orang buat gini ya? untung kalau ada skill

    Reply
    • sabree hussin says

      April 20, 2017 at 3:26 pm

      Ramai jugak yang buat. Boleh cuba nanti.

      Reply
  9. onlajer says

    April 20, 2017 at 4:48 pm

    pergh lama betul kawan tak main game , paling last COC dengan Get Rich itu je .

    Reply
    • sabree hussin says

      April 20, 2017 at 8:53 pm

      Tu dia nama game Get Rich.

      Reply
  10. Julpin says

    September 27, 2017 at 2:14 pm

    Macam mana nak upload video tu kat youtube???

    Reply
    • sabree hussin says

      September 27, 2017 at 4:59 pm

      Bukak website Youtube. Pastikan dah login akaun google. Tekan butang upload. Siap. Kalau nak panduan lebih lengkap download kat sini >> https://www.sabreehussin.com/buat-duit-dengan-video

      Reply
  11. Zulsyahir says

    February 5, 2019 at 1:15 pm

    Mcm mana nk dptkan ebook

    Reply
    • sabree hussin says

      February 7, 2019 at 2:23 am

      cuba klik pada link yang saya berikan. Kalau dah tak ada, maknanya owner ebook dah hentikan jualan ebook tersebut.

      Reply

Trackbacks

  1. Hujung minggu layan video Youtube | sabreehussin says:
    April 29, 2017 at 12:59 pm

    […] Baca juga: Cara main game sambil buat duit online […]

    Reply
  2. Apabila dah mula jarang menulis di blog | sabreehussin says:
    May 31, 2017 at 7:53 am

    […] game online ni memang sangat membuang masa. Itu sebab kena tau cara macam mana nak buat duit dengan main game. Or else masa kita tu akan terbazir macam tu […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in