UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara bagaimana anda boleh buat duit dalam permainan game online

January 23, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Game online boleh buat duit ke? Bergantung. Bergantung kepada apa peranan anda dalam permainan game online tersebut. Adakah sebagai pemain ataupun sebagai pemilik game?

 

Jika anda cuma jadi pemain je, biasanya anda tak akan dapat buat duit. Kebarangkalian untuk anda habis duit itu lagi besar berbanding anda buat duit. Melainkan anda cuba untuk jadi lebih kreatif.

ragnarok-online-game

 

Contohnya anda lakukan jual beli dalam talian antara sesama pemain. Saya masih ingat lagi satu masa dulu, waktu game Ragnarok Online (RO) tengah hot, waktu tu ada kalangan pemain yang buat jual beli senjata, equipment ataupun kad menggunakan matawang sebenar.

 

Matlamat dalam permainan game online RO adalah untuk jadi pemain yang terhebat. Mampu untuk menghapuskan sebarang musuh yang terdapat dalam permainan. Untuk mencapai matlamat tu, sudah tentu pemain perlu mempunyai senjata yang hebat dan mempunyai peralatan yang bagus.

 

Cara biasa yang dilakukan untuk dapatkan peralatan yang kuat ialah dengan pergi memburu raksasa ataupun beli di kedai. Tapi itu cara lambat. Cara yang lebih cepat ialah dapatkan dari pemain lain yang lebih senior dan yang lebih tinggi level dia. Tapi, tak kan nak bagi percuma? Ha… kalau nak bagi percuma memang tak akan dapat. Jadi cara yang lebih praktikal ialah beli dengan menggunakan matawang sebenar.

 

Cara ni memang berisiko. Mana-mana game pun tak akan menggalakkan kita berjual beli dengan cara macam ni. Jika berlaku sebarang penipuan, pihak admin memang tak akan bertanggungjawab. [Rahsia bagaimana buat duit dengan main games online akhirnya dibongkarkan!]

 

Buat duit sebagai pemilik laman web game online ataupun buat duit sebagai pemilik game online. Pada pendapat saya la kan, jika anda mempunyai kemahiran dan skil untuk bina game online anda sendiri, ada baiknya anda buat dan mulakan projek buat duit dengan game online tu.

 

Siapa yang pernah main game online, mesti pernah terbeli produk yang dijual dalam game tu. Sama ada power up pack, diamond, germ dan sebagainya. Semua ni dijual dengan matawang sebenar dan perlu dibayar kepada pemilik game.

 

Sesuatu game yang bagus mestilah mampu untuk buatkan para pemain rasa ketagih untuk terus main. Kalau terlalu senang, orang akan dapat habiskan game dengan cepat dan tak perlu nak beli sebarang power up pack. Sebaliknya, kalau game terlalu susah, dan pemain hanya dapat habiskan game sekiranya beli power up pack, ia akan menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan pemain. Pemain akan rasa yang pemilik game ni cuma berminat nak buat duit semata.

 

Saya tak kata buat duit dengan game online ni mudah. Tetapi, memang ada orang yang mampu untuk buat duit dengan cara ni. Mungkin anda orang tu? Siapa tahu kan.

 

Saya pun teringin jugak nak buat duit dengan game online, cuma tak ada kepakaran tu. Saya lebih pandai menulis daripada bina game online. Jadi, saya fokus sahaja dengan apa yang saya pandai buat dan apa yang saya boleh buat dengan laju.

 

buat_duit_dengan_menulisIaitu menulis.

 

Kan dengan menulis ni, kita boleh hasilkan pendapatan yang agak lumayan jugak.

 

Kalau betul caranya, faham teknik dan strateginya, In Shaa Allah nak dapatkan income 4 angka setiap bulan bukannya satu perkara yang mustahil.

 

Semua ini ada diceritakan dalam ebook Rahsia Mudah RM1,000 sebulan dengan menulis. Betul ke benda ni? Sudah tentulah benda ni betul. Sebab memang dah ada orang buat, dan memang ada orang yang sedang menjalani kehidupan sebagai seorang penulis dan buat duit dengan cara tu.

 

At some point, saya juga melihat sebenarnya buat duit dengan menulis serta buat duit dengan game ni ada banyak juga persamaan. Dalam permainan game, lagi lama kita main game tu, lagi banyak musuh yang kita kalahkan, maka akan jadi lebih kuat karekter yang kita mainkan tu.

 

Manakala dalam bidang penulisan, lagi banyak hasil penulisan yang kita dah terbitkan, akan makin ramai orang kenal hasil penulisan kita dan hasilnya, In Shaa Allah akan lagi mudah untuk kita jana pendapatan dengan penulisan kita tu. Betul ke tidak? Cubalah sendiri.

 

Mulakan karier anda sebagai penulis sambilan pada hari ini. Bagi masa sekurang-kurangnya 3 – 6 bulan dan lihat sendiri bagaimana hasilnya. Pada pendapat saya la kan, asalkan anda komited dengan apa yang anda lakukan, pasti akan ada hasilnya.

 

Ok la, sebenarnya saya nak cerita tentang buat duit dengan game, tapi pergi campur pulak dengan buat duit dengan menulis. Sebab macam ada persamaan la pulak.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 cara bagaimana boleh buat duit dengan main games
  2. Bagaimana Orang Malaysia Boleh Buat Duit Lumayan Dalam Matawang USD?
  3. Cara bagaimana anda boleh gunakan blog untuk buat duit dengan Affiliate
  4. Bagaimana cara nak buat duit online sepanjang tahun 2016?

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan game online, buat duit dengan main game online, buat duit dengan menulis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in