Laman media sosial saya sekali lagi dibanjiri dengan kisah-kisah berbentuk pendedahan dan perkongsian pengalaman dari individu yang di tipu oleh scammer yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.
Menariknya kali ini, pendedahan yang dibuat disertakan bersama salinan laporan polis, bukti screenshot perbualan, dan dipaparkan juga screenshot akaun media sosial individu yang terlibat sama dalam kegiatan scam tersebut.
Setakat ini yang paling banyak menjadi mangsa adalah golongan pelajar universiti dan kolej. Mereka ini dilihat sebagai sasaran mudah, oleh golongan scammer untuk dijadikan mangsa penipuan.
Pelajar universiti, mereka ada duit yang banyak, sama ada duit pinjaman pelajaran atau biasiswa. Mereka juga ada sifat tamak dalam diri, seperti nak enjoy bersama kawan-kawan semasa zaman belajar dan pada masa yang sama, mereka juga turut merasa terbeban dengan kos sara hidup.
Apabila ada tawaran yang membolehkan mereka hidup senang, boleh hasilkan pendapatan ribuan ringgit dalam masa singkat, pasti akan ada yang tertarik.
Ditambah pula dengan hasutan daripada golongan yang sama usia, namun sudah mencapai pendapatan belasan ribu ringgit setiap bulan (yang kita pun tak tahu betul atau tidak) pasti akan ada golongan yang terpengaruh.
Sejak dari zaman saya masih bergelar seorang pelajar universiti sekitar tahun 2009 lagi, cara kerja dan cara penipuan yang dilakukan tak banyak berubah. Tiba-tiba kawan yang dah lama tak hubungi kita, atau kawan yang sebelum ini tak rapat dengan kita, beriya-iya nak bawa kita pergi ke satu tempat.
Alasannya, sama ada nak belanja makan, nak ajak pergi kursus/seminar dan sebagainya. Sampai dekat tempat yang dijanjikan, anda sebenarnya akan dibawa ke satu sesi pembentangan peluang penjanaan pendapatan melalui kaedah network marketing atau MLM.
Bagi saya, sistem MLM atau network marketing ini bukan masalahnya. Ia merupakan satu sistem yang cukup hebat dan bagus untuk membantu pemilik perniagaan menjual lebih banyak produk dalam masa yang pantas. Anda boleh buat pembacaan mengenai sistem network marketing untuk lebih kefahaman.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila golongan pelajar ini dipaksa, dihasut, di brainwash, di psiko untuk menyertai skim dan pelan perniagaan, walaupun pada hakikatnya skim tersebut adalah diluar kemampuan individu tersebut.
Saya amat menggalakkan golongan pelajar untuk menyertai bidang perniagaan. Namun, buatlah sesuatu perniagaan itu bersandarkan dengan ilmu, bukannya sebab kena suruh, kena paksa, kena hasut, kena pujuk, kena brainwash, psiko dan sebagainya. Ia tidak akan membawa anda kemana, sebaliknya anda yang akan sengsara nanti, sebab buat kerja tanpa ilmu.
Saya tidak menidakkan kebarangkalian terdapat pelajar yang berjaya meraih kejayaan dalam bisnes seumpama itu. Cuma berapa ramai yang berjaya? Dalam 1,000 orang yang menyertai, berapa ramai yang berjaya? Adakah kurang dari 10 orang? Tak boleh ke dalam 1,000 orang yang sertai bisnes tersebut, kesemua 1,000 orang tu berjaya?
Bisnes yang hanya mengkayakan satu kelompok kecil tetapi memangsakan kelompok yang ramai, ini bukannya satu bisnes yang baik. Pada saya, lebih baik anda lari jauh-jauh daripada bisnes seumpama ini. Ini bukan bisnes, tapi bala.
Selepas kita lari jauh-jauh dari bisnes seperti itu, apa alternatif dan pilihan yang tinggal? Ha… inilah dia yang saya nak kongsikan. 8 cara untuk jana pendapatan tambahan ketika sedang belajar.
(1) Bina laman blog dan usahakan sehingga jadi blog yang berjaya
Ini adalah kerja pertama yang saya buat semasa saya masih lagi seorang pelajar. Saya pun tak sangka, yang saya akan terus buat kerja ini sampai sekarang.
Sewaktu saya baru nak bermula buat blog, saya anggap blog sebagai satu cara untuk saya buat duit tambahan. Itu sahaja. Kalau dalam sebulan saya boleh dapat RM50 – RM100 itu sudah cukup menggembirakan saya.
Tapi lama kelamaan, setelah saya melihat blog yang saya tulis ada potensi untuk buat lebih banyak duit, saya mula mengubah pandangan saya terhadap blog dan mula melihat ia sebagai satu cabang bisnes.
Semua blog yang berjaya atas dunia ini, bermula dengan posting atau artikel yang pertama. Dari posting tersebut, ia mula berkembang sehingga mempunyai ribuan atau mungkin ratus ribu artikel didalam arkib blog tersebut. Pendapatan menerusi aktiviti menulis blog boleh datang sama ada menerusi pengiklanan, program affiliate, jualan produk sendiri ataupun servis menulis artikel.
Baca lebih lanjut disini: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
Sekiranya anda tergolong dalam kategori blogger yang genius, yang mempunyai banyak follower, dan blog anda juga mempunyai trafik yang tinggi, anda boleh mengenakan kadar bayaran sehingga RM200 untuk satu artikel yang anda tulis dan siarkan di blog anda.
Cuba bayangkan, kalau anda berjaya dapat 30 job berbayar dalam sebulan dan setiap artikel anda caj RM200!
YA, RM6,000 adalah pendapatan minima anda!
(2) Sertai program affiliate
Terdapat banyak program buat duit yang menggunakan konsep referral atau affiliate yang anda boleh sertai. Antara yang boleh saya syorkan adalah seperti
Dalam konsep program referral atau affiliate marketing ini, tugas kita hanyalah bawa masuk pelawat ke halaman jualan melalui link khas milik kita. Jika pelawat itu tadi buat pembelian, kita akan dapat sebahagian daripada komisen.
Lazimnya, sistem cookies yang digunakan oleh kebanyakkan program affiliate akan bertahan selama 30 – 90 hari. Jadi, dalam tempoh masa ini, jika pelawat itu tadi ada buat pembelian, kita masih lagi akan dapat komisen. Tak beli hari ini tak apa. Asalkan dia dah pernah klik link affiliate kita, dalam masa 30 – 90 hari tu kita masih akan dapat komisen.
(3) Sertai Program Shopback untuk dapatkan cash back untuk perbelanjaan anda
Anda pernah beli barang secara online? Saya rasa zaman sekarang ini, kebanyakkan orang pasti ada pengalaman beli barang secara online.
Di internet terdapat satu program yang dinamakan sebagai Program Shopback yang akan memberi anda wang balik (cash-back) untuk setiap pembelian yang anda lakukan secara online, mengikut peratusan tertentu. Misalnya, kalau anda beli barang dari Lazada, melalui program Shopback ini, anda akan dapat semula duit anda sehingga 11%.
Contoh pengiraan mudahnya ialah, jika anda berbelanja RM100, anda akan dapat semula duit anda sebanyak RM11. Setiap kategori yang berbeza, menawarkan cash back yang berbeza. Sila fahamkan dulu jumlah peratusan yang anda bakal perolehi sebelum gunakan program ini.
Jumlah yang bakal anda perolehi mungkin tak seberapa. Tapi kalau anda boleh dapatkan kerjasama dari kawan-kawan anda, yang ada keperluan untuk beli barang secara online, anda boleh tawarkan khidmat membuat tempahan secara online kepada mereka.
Beli melalui program shopback ini, anda akan dapat cash back dari pembelian tersebut. Lagi banyak yang dibeli, lagi banyak pendapatan yang bakal dihasilkan.
(4) Jadi pemandu grab pada ketika anda ada masa terluang
Mendaftar sebagai seorang pemandu grab, adalah satu lagi alternatif yang anda boleh pertimbangkan untuk cari duit tambahan semasa zaman belajar.
Sebagai pemandu grab, anda sendiri yang tentukan jadual kerja anda. Bila anda nak mula bekerja dan bila anda nak stop mengambil penumpang.
Tapi… bukan semua pelajar ada kereta sendiri untuk buat grab!
Ya, sebab itu anda boleh pertimbangkan untuk sewa kereta dari pihak grab sendiri. Pihak grab ada menawarkan Grab Car Rental Programme for driver-partners. [sumber dihalaman grab disini]
Dengan bayaran sewa sebanyak RM50 sehari, anda boleh menyewa kereta jenis Perodua Bezza 1.3 (A) dan anda dah boleh mula menjadi pemandu grab. Sila ambil perhatian bahawa anda juga perlu sediakan duit deposit dan perlu melepasi kelayakkan sebelum boleh menyewa kereta dengan grab.
(5) Jadi tutor atau buat home tuition
Kalau anda seorang pelajar universiti, apa kata anda tawarkan untuk jadi seorang tutor atau cikgu tuisyen kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM ataupun yang setara dengannya.
Diluar sana, terdapat banyak ibu bapa dan pelajar yang mengimpikan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Keputusan yang cemerlang akan memudahkan anak-anak mereka untuk memohon universiti yang terbaik dan boleh dapatkan bantuan biasiswa.
Apa kata anda realisasikan impian tersebut dengan menjadi cikgu tuisyen.
Bagi memudahkan urusan pembelajaran, anda gunakan konsep home tuition, dimana anda sendiri akan pergi ke rumah pelajar dan mengajar disana. Dengan ini anda tak perlu susah payah nak fikirkan tempat yang sesuai untuk mengajar. Serahkan kepada ibubapa atau penjaga pelajar tersebut untuk sediakan ruang yang selesa untuk belajar.
(6) Tawarkan diri untuk jadi online freelancer
Apabila anda mula mendekatkan diri untuk jadi seorang online freelancer, bermakna anda sedang mempersiapkan diri untuk bekerja dari rumah satu hari nanti.
Terdapat banyak kerja, yang sebenarnya boleh dilakukan hanya dari rumah. Saya ambil contoh, kerja membuat design logo, kerja menulis artikel, kerja berkaitan dengan search engine optimization, kerja pemasaran dan banyak lagi.
Dimasa akan datang, kita mungkin akan dapat lihat ada banyak syarikat yang mula menawarkan peluang untuk para pekerjanya bekerja hanya dari rumah. Ini pasti dapat mengurangkan kos perjalanan untuk ke tempat kerja dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di lokasi tertentu.
Tapi, kita bukan nak cerita masa depan. Kita nak cerita masa sekarang! Oleh kerana bidang saya adalah pemasaran dan search engine optimization (SEO), apa yang saya boleh katakan ialah, jika anda ada kemahiran dan kepakaran untuk buat dua kerja ini, anda boleh mula tawarkan servis secara freelance hari ini juga.
Ada banyak perniagaan diluar sana, yang perlukan khidmat SEO untuk meletakkan bisnes mereka dikedudukan yang baik di laman web google.
(7) Bantu orang lain untuk dapatkan pekerjaan
Salah satu kerisauan yang bermain difikiran golongan pelajar ialah, tak dapat kerja setelah tamat pengajian. Anda boleh bantu rakan-rakan anda menghapuskan kegusaran tersebut dengan memberi mereka peluang untuk kerja.
Bagaimana cara nak bantu mereka dapatkan kerja, sedangkan diri sendiri pun belum tentu akan dapat kerja? Mudah sahaja. Caranya adalah dengan menyertai program adhance.
Para peserta yang menyertai program ini, mampu untuk hasilkan pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan hanya dengan melakukan kerja mudah seperti kongsikan iklan tawaran kerja kosong di social media.
Selain anda membantu rakan-rakan yang memerlukan tempat untuk bekerja, anda juga boleh bantu mereka yang sedang mencari tempat untuk latihan industri. Cubalah tanya di social media, ada atau tidak rakan yang memerlukan tempat praktikal yang bakal membayar elaun sebanyak RM1,000 – RM1,500 setiap bulan.
Jika ada yang berminat, anda berikan iklan kerja ini.
Cuba carikan iklan kerja yang relevan dengan kawasan, keperluan, dan kemahiran individu yang kita cuba nak bantu. Jika mereka ini buat permohonan kerja, anda akan dapat komisen kerana bantu syarikat ini dapatkan pekerja.
(8) Jual barang secara online melalui laman web ecommerce popular
Sebenarnya anda bebas untuk menjual secara online menerusi sebarang platform yang anda boleh capai. Cuma saya sarankan anda gunakanlah laman web ecommerce yang dah popular.
Kalau guna yang dah popular, laman web tersebut ada lagi ramai pelawat dan peluang untuk anda dapat sales juga lebih tinggi berbanding guna laman web yang tak popular. Salah satu laman web yang sedang meningkat naik dari segi populariti adalah laman web Shopee.
Anda boleh jual apa sahaja di laman web shopee, sama ada ianya tudung, pakaian, buku, ebook, software, tiket, dan macam-macam lagi.
Dengan modal sebanyak RM500, anda dah boleh mula menjual di Shopee. In fact, kalau nak mula meniaga di shopee tanpa sebarang modal pun tak ada masalah. Pada peringkat permulaan, anda jual sahaja apa-apa barangan yang memang sudah ada dalam tangan anda.
Baca lagi disini: Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?
Kebanyakkan kerja-kerja yang saya ceritakan dalam posting ini, boleh berikan anda pendapatan sekitar RM100 – RM1,000 setiap bulan, dengan syarat anda lakukan dengan ilmu!
Ya, jumlah itu mungkin tidak begitu besar, dan anda mungkin akan terdengar cakap-cakap negatif dari pengamal kaedah buat duit dengan cara scam orang ayat-ayat seperti “sampai bila ko nak buat kerja ni atau sampai bila ko nak hidup macam ni?”
Saya pula beranggapan, lebih baik hidup macam ni asalkan tak perlu sakit kepala nak cari akal macam mana nak tipu orang. Kebarangkalian untuk berjaya buat duit menerusi kerja-kerja yang saya senaraikan disini juga adalah lebih tinggi berbanding menyertai bisnes scam orang.
Kesudahan kisah mangsa scam yang saya baca diinternet kebanyakkannya semua sama sahaja. Hilang kerja, hilang semangat, hilang kawan, dan kini terbeban dengan hutang puluhan ribu ringgit!
Alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi saya dengar ada individu yang menanggung hutang puluhan ribu ringgit sebab nak buat blog dan nak jadi blogger. Kalau berita tentang blogger jana puluhan ribu ringgit setiap bulan, itu biasa sangat saya dengar.
Terpulanglah pada anda, sama ada nak pilih jalan selamat, atau jalan kiamat.
Mohd says
Kerja memang sentiasa ada di negara kita, cuma ada kalanya terlalu memilih. Untuk permulaan buat blog dan bisnes online tu satu cara paling berfaedah. Boleh juga dapat pendapatan.