UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe

January 23, 2016 by sabree hussin 10 Comments

“Kalau ada golongan pelajar yang ingin buat duit tambahan secara online, apakah program yang sesuai untuk diceburi oleh mereka?”

 

Ada banyak sebenarnya. Cuma tak taulah sama ada anda akan berminat ataupun tidak. Apa pun, suka untuk saya ingatkan, tak ada jalan mudah ataupun jalan pintas untuk buat duit online.

 

Selalunya, mereka yang sibuk mengejar jalan pintas ni akan berakhir dengan ditipu ataupun bakal menjadi jalan pintas untuk orang lain buat duit. Saya harap anda tak akan jadi mangsa penipuan.

 

Saya sedang meniliti laman web Bookcafe sebenarnya, dan kalau ada yang masih belum tahu, laman web ini sebenarnya menawarkan sekurang-kurangnya dua peluang atau dua cara untuk bantu individu yang berminat untuk buat duit online.

buat_duit_dengan_bookcafe

 

Ya… golongan yang masih belajar pun digalakkan untuk turut serta.

 

Bookcafe adalah laman web jualan buku secara dalam talian. Ibarat seperti kedai buku MPH, Popular, Borders dan sebagainya, yang perniagaan utamanya adalah menjual pelbagai jenis buku, namun ia dijual secara online sahaja.

 

Buku dan golongan pelajar. Rasanya memang dah kena sangat ni. Masa zaman saya jadi pelajar dulu, boleh kata agak banyak juga buku-buku yang saya baca bagi mengisi masa lapang dan menambahkan lagi kefahaman tentang subjek yang saya pelajari.

 

Masa zaman saya dulu, masih belum ada program sebegini di lancarkan. Kalau saya buat recommendation untuk baca buku tertentu kepada kawan-kawan mahupun kenalan saya, saya tak akan menerima sebarang bayaran. Namun sekarang ni, situasinya dah berubah. Jika saya buat recommendation untuk judul-judul buku tertentu, dan orang tu pula buat pembelian, saya akan dapat bayaran dalam bentuk komisyen.

 

Baiklah, tentang peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama bookcafe ini, sebenarnya ada dua cara.

 

Cara pertama adalah menerusi program dropship. Untuk program dropship, ada bayaran yang akan dikenakan. Anda boleh baca dilaman web Bookcafe untuk mengetahui berapakah caj yang bakal dikenakan.

buat_duit_dengan_bookcafe

 

Harga yuran untuk menjadi ejen dropship mungkin akan diubah dari masa ke masa oleh pihak pengurusan. Ringkasnya, sebagai ejen dropship anda hanya perlu uruskan dari segi pemasaran sahaja. Pelanggan akan buat tempahan dari anda dan pihak syarikat yang akan uruskan dari segi penghantaran.

 

Sebagai ejen dropship, anda akan mendapat harga yang lebih murah berbanding harga pasaran bagi judul buku yang dijual. Ini bermakna, di masa akan datang, jika anda ingin beli buku dengan harga yang lebih murah, maka anda memang patut join sebagai ejen dropship.

 

Boleh anggap ini sebagai membership yang memberikan anda kelebihan untuk beli buku dengan harga diskaun. Biasanya kad keahlian cuma beri poin atau diskaun dalam 10%, tetapi sebagai ejen dropship, diskaun yang diberikan sehingga 35%.

 

Untuk yang memang serius nak buat duit, bolehlah join sebagai ejen dropship dan buat bayaran yuran.

 

Cara kedua, sebagai ejen affiliate Bookcafe.

program_affiliate_bookcafe

 

Sebagai ejen affiliate, cara kerja kita lebih santai. Walaupun kita masih lagi perlu fokus pada aktiviti pemasaran, namun bezanya ialah kita tak perlu nak uruskan pelanggan dan tak perlu nak ambil tempahan. Kerja kita lebih mudah dan santai.

 

Anda hanya perlu bercerita mengenai produk atau buku tertentu yang ingin anda promosikan, kemudian berikan link untuk buat tempahan.

 

review_buku_masa_untuk_emasSebagai contoh, saya sedang mempromosikan buku tulisan Azizi Ali berjudul Masa Untuk Emas.

 

Saya hanya perlu ceritakan serba sedikit mengenai buku ini, kemudian saya hanya perlu sertakan link ini [http://www.sabreehussin.com/masa-emas] dan jika ada pelanggan yang buat pembelian menerusi link saya tu tadi, saya akan dibayar komisyen.

 

Saya tak perlu tahu siapa pelanggan tersebut, berapa yang dibayar, di mana buku perlu dihantar dan sebagainya.

 

Disebabkan tugasannya yang begitu mudah, ringkas dan sangat relaks, jadi bayarannya juga tidaklah begitu tinggi. Untuk setiap jualan yang terhasil, komisyennya ialah 5% sahaja.

 

Andaikata buku ni berharga RM40 senaskhah, maka komisyen saya ialah sebanyak RM2.00 sahaja.

 

Ya… memang nampak sedikit. Namun, tahukah anda di laman web Bookcafe terdapat beratus-ratus buah buku yang anda boleh promosikan dalam satu-satu masa. Menerusi program affiliate ini, anda tak perlu keluar modal, tak perlu simpan stok, tak perlu buka kedai, tak perlu urus pelanggan, sebaliknya hanya perlu fokus pada kerja-kerja pemasaran dan anda akan dibayar komisyen sekiranya anda berjaya hasilkan jualan.

 

Baiklah, apa tunggu lagi. Daftarlah sebagai ejen dropship ataupun sebagai ejen affiliate dan mulakan kerja-kerja promosi anda.

 

Siapa tahu, mungkin bulan ni anda akan berjaya buat duit.

 

Oh satu lagi, biasanya golongan pelajar ni mudah untuk dapatkan buku-buku di pusat sumber atau di perpustakaan. Jadi, anda boleh baca buku-buku ini secara percuma sahaja, dan mula mempromosikannya. Tak perlu beli pun buku-buku tu semua sebab anda boleh pinjam sahaja.

 

Lepas ini, membaca buku bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya sebagai jalan untuk buat duit online.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Tips kerja sambilan untuk golongan pelajar dan yang bekerjaya
  2. Macam mana cara terbaik untuk saya buat duit online?
  3. 8 Cara fleksibel jana pendapatan tambahan untuk golongan pelajar universiti dan kolej
  4. Kisah buat duit dengan program affiliate bookcafe

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit online, buat duit online untuk pelajar, duit sampingan untuk pelajar

Comments

  1. zik says

    January 25, 2016 at 3:41 pm

    ada lah juga sedikit pun jadilah… dari takda langsung…

    Reply
  2. titan says

    January 26, 2016 at 12:36 am

    sikit. tapi oklah dari takde menda langsung.

    at least, kita promosi benda bagus.

    bukan benda bukan-bukan.

    Reply
  3. Noriza Rahman says

    January 26, 2016 at 6:47 pm

    Memang peluang yang terbentang untuk para pelajar gunakan buat mencari duit poket

    Reply
  4. MDHAFiZ.NET says

    January 27, 2016 at 2:59 am

    soal untung banyak atau tak, itu jgn fikir dulu. yg penting kita buat dulu. tq atas oerkongsian yg menarik.

    Reply
  5. anah says

    January 27, 2016 at 5:05 pm

    oo thanks tuan untuk peluang ni

    Reply
  6. Raihanah Ahmad says

    January 27, 2016 at 5:06 pm

    nanti nak cubalah

    Reply
  7. suri says

    January 27, 2016 at 9:49 pm

    semoga benda baiak permudahkan lapangkan rezekinya..

    Reply
  8. abdfatah says

    January 31, 2016 at 7:42 am

    menarik tu… dropship dan affiliate… mahsyuk woooo…

    Reply
  9. rahimah says

    February 1, 2016 at 5:57 pm

    Saya memang suka kalau dapat duduk dalam kedai buku. Waktu kerja dulu Kinokuniya tu tempat lepak lepas makan tengahari di KLCC. Dah lama perati bookcafe ni tapi tangan tak cukup 🙁

    Reply

Trackbacks

  1. Bisnes part time yang sesuai untuk pelajar universiti? - Blog Sabree Hussin says:
    February 3, 2016 at 2:00 pm

    […] Baca: Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in