Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

10 Idea jana pendapatan sampingan untuk pelajar IPTA/ IPTS

August 2, 2015 by sabree hussin 8 Comments

Kehidupan sebagai pelajar IPT makin mencabar sejak akhir-akhir ni. Lebih-lebih lagi dengan suasana ekonomi dan politik tanah air yang tak menentu. Bermula tahun ini juga, kerajaan mula memperkenalkan sistem percukaian yang baru, dikenali sebagai GST. Ini sedikit sebanyak menambahkan lagi cabaran hidup sebagai seorang mahasiswa yang masih lagi belum mempunyai sebarang pendapatan tetap.

 

Sebagai golongan pelajar dan terpelajar, nak tak nak, anda perlu kreatif. Anda tak boleh lagi hanya bergantung harap pada satu-satu sumber kewangan semata-mata. Jika anda ada buat pinjaman PTPTN, jika boleh, jangan gunakan duit tu melainkan untuk hal-hal berkaitan pelajaran.

ashadee

 

Saya bagi contoh, tengok wayang tu ada kaitan dengan belajar tak? Beli rokok tu ada kepentingan untuk proses pembelajaran ke tak? Jadi fikir masak-masak sebelum anda nak belanjakan duit PTPTN untuk tujuan yang tak tentu hala. Nanti anda juga yang akan pening kepala nak bayar balik duit pinjaman tu. Melainkan kalau anda dah tau RAHSIA jadikan PTPTN PERCUMA, maka terpulang pada anda nak kalau nak joli sakan.

 

Saya pun penah jadi student. Jadi, saya tahu bagaimana kehidupan sebagai seorang pelajar. Ada masanya, kita juga ada keinginan yang perlu dipenuhi. Tetapi, semua tu bukannya free, dan nak tak nak, anda perlu ganti untuk apa-apa perbelanjaan yang anda lakukan sekiranya ianya bukannya menggunakan wang anda.

 

Jika saya akan kembali jadi pelajar macam zaman dulu-dulu, agak-agak apa saya akan buat untuk dapatkan pendapatan tambahan dan sampingan untuk menampung perbelanjaan masa zaman belajar ya? Baiklah, jadi kat sini, saya kongsikan 10 idea yang pada saya ianya praktikal dan doable untuk dilakukan oleh golongan pelajar. Jika anda tak mampu nak jalankan semua sekali, pilihlah mana-mana satu yang ada dalam senaraian dibawah ini untuk dilakukan. Semua ini boleh bantu anda untuk buat duit tambahan.

 

1. Buat bisnes online berasaskan konsep dropship

Ada macam-macam produk yang anda boleh jual kat luar sana, sama ada gadget, smartphone, tab, barangan kosmestik, barangan kecantikan dan sebagainya. Semua ini boleh dilakukan menggunakan kaedah dropship sahaja.

 

Jangan mengada-ngada nak keluar modal untuk simpan stok melainkan anda benar-benar yakin dah ada ready buyer. Sebagai pelajar, tugas dan tanggungjawab hakiki anda adalah untuk BELAJAR. Itu sahaja. Namun, ini bukanlah bermaksud anda tak boleh cuba-cuba untuk ceburi bidang perniagaan. Anda memang sangat digalakkan untuk berniaga, TETAPI jangan sampai anda disibukkan dengan hal-hal perniagaan melebihi hal-hal pelajaran.

 

Begini maksud saya, jika anda berniaga dengan cara biasa, iaitu anda order stok dari supplier, kemudian anda baru cari pelanggan, nanti anda akan busy dan fokus anda akan terganggu setiap kali anda terlihat stok barangan jualan yang tak laku. Jadi, untuk elakkan gangguan fokus, kan lagi baik anda fokus je pada perniagaan konsep dropshipping. Risikonya lebih rendah dan pada masa sama, anda berpeluang untuk jana lagi banyak pendapatan.

 

2. Jalankan bisnes trading

Dalam bisnes trading, ada dua konsep yang boleh anda lakukan, sama ada konsep B2B (Business to business) ataupun B2C (Business to consumer). Kalau anda pilih jenis yang B2B, contohnya adalah seperti anda mendapatkan supplier yang boleh membekalkan sandwich dan anda jualkan sandwich itu tadi kepada cafe tempat anda belajar.

 

Bayaran untuk jualan kepada cafe itu tadi sama ada ikut kaedah bill to bill, cash term, credit term ataupun consignment. Cara ini lebih mudah sebabnya anda hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja untuk menghabiskan stok sandwich anda tu tadi. Atau pun cara kedua, ialah B2C yang mana anda perlu jual sendiri barangan yang anda ingin niagakan. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

 

Apa yang biasa saya nampak dilakukan di Universiti, ada pelajar yang jual air mineral dengan harga RM1 dan meletakkan tabung khas untuk bayaran. Jadinya, pelanggan yang nak beli boleh masukkan duit dalam tabung tu. Kaedah ini risiko agak besar, sebabnya kalau ada orang yang hatinya kotor, dia mungkin akan curi duit anda ataupun ambil barang anda tanpa bayar apa-apa.

 

3. Servis cuci baju atau servis lipat baju

Student ni, kadang-kadang mereka tak ada masa nak cuci pakaian sendiri. Dah la tak ada masa nak cuci pakaian sendiri, kadang-kadang tu nak lipat baju pun tak ada masa. Terlalu sibuk dengan study, assignment, kuiz dan aktiviti kokurikulum. Jadi, kebanyakkannya memang akan hantar baju ke dobi sahaja.

 

Bolehlah buat servis ni, itupun kalau anda ada masa. Apa yang saya lihat, sekarang ni ada banyak juga tempat yang buka kedai dobi self service. Anda boleh gunakan servis ini untuk membantu perniagaan ala-ala dobi anda tu nanti.

 

4. Jual topup



Semua orang ada handphone kan sekarang ni? Masa zaman saya belajar dulu, ramai betul yang jadi taukey topup. Siap cari ejen lagi untuk jualkan topup. Itu zaman saya la. Zaman sekarang ni, berbeza sikit.

 

Mana-mana yang nak buat duit dengan handphone, mereka akan buat duit dengan jual simkad. Instead off jadi promoter topup, sekarang dah boleh jadi promoter simkad. Lebih untung dan tak kiralah kat mana pelanggan tu nak topup nanti, tetap boleh dapat komisyen.

 

Contohnya simkad ONEXOX ataupun simkad Tone Excel.

 

5. Jobdirumah

Jobdirumah ni sesuai untuk pelajar yang ada kemahiran tertentu dan ingin buat duit tambahan daripada kemahiran yang dimiliki. Ada banyak tugasan-tugasan, sama ada yang susah ataupun yang mudah seperti menaip, menterjemah dan sebagainya yang boleh dilakukan.

jobdirumah

 

Cara kerja dengan jobdirumah ni adalah ala-ala freelancer. Jika masa di peringkat study lagi anda dah biasa dengan kerja-kerja freelancing, saya percaya, anda tak ada masalah untuk buat duit bila dah grad nanti. Even kalau lambat dapat tawaran kerja pun tak ada masalah.

 

Kalau anda perlukan info lanjut tentang Jobdirumah ni, bolehlah lihat dibahagian Arkib blog ini. Saya dah tulis banyak juga artikel tentang Jobdirumah.

 

6. Jual servis PELIK di Fiverr

Kita pergi ke peringkat global. Ada satu laman web yang dikenali sebagai Fiverr yang anda boleh jadikan platform untuk anda jual servis atau bakat anda. Servis-servis pelik yang ada ditawarkan di fiver adalah seperti menyanyi ikut rentak tertentu sempena hari jadi, hasilkan video dalam bentuk animasi dan banyak lagilah.

 

Ini dia Panduan Khas Fiverr jika anda minat untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

 

7. Blogging

Macam yang saya sedang buat sekarang ni. Tulis blog. Saya mula menulis blog ketika zaman saya masih lagi belajar dan saya masih lagi menulis blog macam sekarang. Rasa lain macam kalau tak teruskan minat saya ni. Dulu saya tulis blog sebab nak buat nota belajar. Sambil tulis dalam blog, sambil tu saya boleh ingat apa yang saya baru belajar. Pada masa yang sama, saya pun dapat improve typing speed.

 

Bila anda tulis blog, anda boleh buat duit dari pelbagai cabang, antaranya program affilate, program pengiklanan, jualan produk sendiri ataupun jualan servis. Kaedah ini memang terbukti boleh buat duit. Sebab tu saya sampai sekarang masih lagi gigih update blog ha ha

 

8. Bisnes printing

Dengan bisnes printing ni sebenarnya ada macam-macam cara untuk anda buat duit. Lazimnya, siapa-siapa yang ada printer tu, boleh la tawarkan perkhidmatan printing assignment dan sebagainya. Itu cara biasa. Nak yang LUAR BIASA tak? Kita buat cara kedai-kedai printing besar buat bisnes, tetapi yang ini kita tak gunakan modal yang besar sangat.

Macam mana caranya? Baca entri saya sebelum ini: Strategi bisnes printing tanpa modal

 

9. Live streaming

Konsep live streaming ni ialah kita mengeksploitasi minat sebahagian peminat-peminat sukan untuk menonton siaran sukan menerusi live streaming sahaja. Penerangan yang lebih jelas dan mendalam pernah saya kongsikan dalam blog ini.

Anda boleh baca: Live streaming profit: Review panduan buat duit melalui siaran steaming sukan

 

10. Tusyen dan personal coaching

Ok personal tutor. Itupun jika anda mempunyai kefahaman dan penguasaan yang baik dalam subjek-subjek tertentu. Ada banyak sebenarnya student yang TAKUT GAGAL dan tak kisah nak belajar dari anda. Semua ni semata-mata mereka dapat kekalkan score CGPA yang baik.

 

Kalau anda tak berapa yakin nak mengajar rakan-rakan sebaya ataupun yang mungkin lebih berusia dari anda, boleh juga ofer servis personal tutor kepada adik-adik yang baru nak ambik exam SPM dan sebagainya.

 

Sebenarnyakan… bila kita perhalusi, ada banyak betul peluang untuk kita buat duit yang terhidang kat luar sana. Anda perlu korbankan sesuatu, untuk dapatkan sesuatu yang berharga. Dalam konteks nak buat duit bagi golongan pelajar ni misalnya, anda terpaksa korbankan masa untuk anda bersuka ria dan bersosial dengan rakan-rakan anda untuk buat duit.

 

Satu ilmu yang tak diajar di universiti adalah ilmu buat duit. Jadi, jika anda berjaya memecahkan formula bagaimana nak buat duit, saya percaya anda berpotensi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding rakan-rakan lain yang tak pernah peduli pun untuk explore cara-cara nak buat duit dari zaman belajar lagi.

 

Apa yang penting, jangan sampai terabaikan pelajaran anda!

 

Moga bermanfaat.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Idea Jana Pendapatan Untuk Bayar Kos Penggunaan Aweber
  2. Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow
  3. 8 Cara fleksibel jana pendapatan tambahan untuk golongan pelajar universiti dan kolej
  4. Review dan Idea Komprehensif untuk jana pendapatan dengan Program Adhance

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: cara pelajar tambah pendapatan, tambah pendapatan untuk pelajar

Comments

  1. ummu khayla jual vitamin says

    September 17, 2015 at 5:11 pm

    Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. .

    Reply
  2. Adzrif Sidek says

    December 22, 2015 at 9:12 pm

    Servis di Fiverr saya masih belum cuba.

    Tapi buat duit dalam USD tu.

    Kena give a try ni 🙂

    Reply
  3. Ajir says

    July 19, 2016 at 2:21 am

    Hi.. Jobdirumah tu mmg real deal ka? Tidak ada tipu2 atau scam ka tu?

    Reply
    • sabree hussin says

      July 19, 2016 at 3:18 pm

      Ya, jobdirumah memang adalah real deal. Ia bukan tipu2 dan bukan scam. Daftar sebagai ahli, study panduan, terus mula bekerja.

      Reply
      • nsh says

        January 19, 2018 at 5:20 pm

        assalam nk tanya website ni tak bahaya apa2 kan?

        Reply
        • sabree hussin says

          January 23, 2018 at 3:44 pm

          Wasalam, website yang mana satu yang bahaya?

          Reply
          • nsh says

            April 4, 2018 at 1:32 am

            yang jobdirumah tu? sampai sekarang still boleh guna ke?

            Reply
            • sabree hussin says

              April 9, 2018 at 12:35 pm

              Jobdirumah ni hanyalah sebuah panduan. Kalau perlukan rujukan dan nak belajar cara bekerja dari rumah, bolehlah guna.

              Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

Recent Comments

  • sabree hussin on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • sabree hussin on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Snapbackpacker on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • akoo on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • 5 Jenis Aksesori Yang Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda on 10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut