Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara install theme untuk blog wordpress self hosted

September 24, 2018 by sabree hussin 1 Comment

Setelah siap proses pemasangan blog wordpress self hosted, langkah seterusnya yang perlu kita lakukan ialah mencantikkan blog kita.

 

Bagi tujuan mencantikkan blog, caranya mudah sahaja. Kita hanya perlu pasang theme yang bersesuaian dengan citarasa dan konsep blog kita.

 

Sekiranya kita tak pasang sebarang theme, blog kita akan kelihatan seperti ini.

Pada pandangan saya, theme atau tema seperti ini, langsung tidak menarik. Untuk menjadikan blog kita nampak lebih ceria, saya syorkan anda pilih theme yang sesuai dan pasang di blog anda.

 

Cara untuk pasang theme juga mudah sahaja. Pada bahagian dashboard wordpress blog, anda cari tab Appearance. Sila lihat dibawah ini.

pasang-blog-wordpress

Pilih fungsi Themes dan anda akan dibawa ke halaman seperti berikut.

memasang-theme-wordpress

Sekiranya sebelum ini anda pernah install theme, kesemua theme tersebut akan tersenarai di halaman ini. Jika tiada yang berkenan, atau untuk blog baru yang tak pernah install sebarang theme, anda perlu tekan Add New.

 

Pada halaman seterusnya, anda boleh pilih mana-mana theme yang anda rasakan menarik, dan tekan install.

cara-install-wordpress-theme

Sebelum install, anda boleh tekan preview terlebih dahulu. Kalau anda rasakan theme yang bakal anda gunakan nanti kelihatan menarik, bolehlah guna theme tersebut.

 

Saya kira, tentang pemilihan theme ini, terserah kepada anda. Ikutlah citarasa masing-masing. Theme yang berbeza, selain cara persembahannya yang berbeza, fungsi juga ada sedikit perbezaan.

 

Ada theme yang nampak macam majalah, theme macam diari dan sebagainya.

 

Theme percuma dan theme premium

Theme yang terdapat pada halaman pemasangan theme ini, ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Biasanya theme yang berbayar, kita boleh buat macam-macam proses customization.

 

Misalnya nak tukar jenis font, nak tukar saiz, tukar warna, tambah beberapa fungsi seperti borang opt in dan sebagainya.

 

Mana lagi baik? Theme percuma atau berbayar?

Kalau pakai theme percuma, anda tak perlu bayar apa-apa. Itu juga satu kelebihan, kan? Bermakna anda boleh jimatkan wang.

 

Tetapi, theme percuma, biasanya dari segi design, ia tak berapa menarik. Kalau anda jenis yang suka ubah warna, nak tambah banner, nak tukar font, menggunakan theme percuma mungkin semua itu tak boleh dilakukan. Sebenarnya bukannya tak boleh dilakukang, cuma ia agak susah. Anda mungkin perlukan serba sedikit pengetahuan coding untuk buat sebarang editting.

 

Jadi, saya syorkan anda gunakan theme yang berbayar. Theme yang berbayar, ia bukan sahaja cantik, malahan ia ada kelebihan lain. Misalnya, ia menjadikan blog jadi lebih pantas untuk diakses, ia mesra SEO, rekaan yang lebih kemas dan nampak profesional.

 

Cadangan theme berbayar yang anda patut guna

Saya TIDAK MENGGALAKKAN anda beli theme berbayar dari wordpress. Sebaliknya kalau nak guna theme berbayar, gunakan salah satu daripada theme ini.

 

(1) Woo Theme

theme-premium-for-wordpress

WooTheme adalah premium theme pertama yang saya pernah guna sendiri untuk blog saya. Saya suka guna wootheme ini sebab dari segi design saya boleh edit sendiri ikut bentuk yang saya suka. Lagi satu, walaupun saya tak berapa mahir dalam kerja-kerja design, saya masih boleh buat design seperti yang saya mahukan.

 

Blog saya yang ini, saya gunakan wootheme.

 

(2) DIYthemes (thesis theme)

Saya jatuh hati dan berkenan untuk menggunakan thesis theme sebab dari segi design ianya simple. Lepas tu, thesis theme ini juga nampak kemas dan setakat ini saya tak jumpa lagi theme percuma yang nampak kemas seperti thesis theme ini.

 

Blog yang anda sedang baca ini juga menggunakan thesis theme.

 

(3) StudioPress

best-wordpress-theme

Blog saya yang saya tulis khusus tentang percutian, saya gunakan StudioPress theme. Blog tersebut ada banyak gambar-gambar. Kalau guna theme yang percuma, saya yakin blog tersebut akan jadi agak slow untuk loading.

 

Tapi disebabkan saya pakai theme premium, ianya laju.

 

Berbaloi ke gunakan premium theme?

Pada saya, ianya sangat berbaloi. Premium theme atau theme berbayar ini, saya perhatikan berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri, ianya lebih perform berbanding kita guna theme yang percuma.

 

Anda boleh baca, kelebihan setiap theme yang senaraikan itu. Pihak developer berusaha keras untuk memastikan theme yang dihasilkan

  1. Mesra SEO
  2. Ringan dan laju
  3. Kelihatan kemas dan profesional
  4. Mudah untuk customize
  5. Sentiasa ada versi update

 

Walaupun begitu, cabaran untuk memiliki theme yang versi premium ini ialah dari segi harga! Anda boleh ke laman web setiap premium theme yang saya cadangkan itu dan lihatlah harganya.

 

Theme wordpress yang bagus, harganya adalah sekitar USD50 – USD100 untuk satu theme. Ya, memang mahal.

 

Cara dapatkan theme wordpress premium dengan harga murah

Jangan jadikan harga sebagai penghalang, untuk anda install wordpress theme yang bagus pada blog anda. Ingat ya, kita nak jadikan blog kita ini nanti sebagai sebuah aset yang menyumbang kepada pendapatan yang konsisten kepada kita setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari.

 

Jadi kenalah keluarkan sedikit modal, bagi menghasilkan blog yang bagus.

 

Kalau anda rasa harga yang ditawarkan oleh developer terlalu mahal, jangan risau, sebab kita masih ada cara lain untuk dapatkan theme premium ini.

 

Bagaimana?

 

Dapatkan khidmat daripada freelancer yang memang tawarkan servis pemasangan premium theme. Freelancer ini, ada yang telah beli developer license dan mereka ada lesen untuk installkan theme ini kepada para klien mereka.

 

Harganya biasanya tak sama dengan harga di laman web rasmi. Maklumlah, harga yang ditawarkan adalah terpulang kepada freelancer tersebut.

 

Saya juga pernah dapatkan khidmat freelancer untuk install theme premium pada blog saya. Kalau anda tak tahu, kat mana nak cari freelancer ini, saya syorkan anda ke laman web https://www.fiverr.com

 

Search “studiopress”, “thesis theme” atau “wootheme”. Anda akan jumpa ada banyak freelancer yang tawarkan khidmat pemasangan wordpress premium theme dengan harga yang lebih menjimatkan. Ini buktinya.

Harga perkhidmatan ini, adalah dari serendah USD5 hinggalah ke USD100 pun ada. Bergantung kepada apa yang anda perlukan. Kalau setakat nak minta para freelancer ini tolong install, dengan harga USD5 pun dah boleh dapat.

 

Cuma saya nak ingatkan, kepada pembaca yang nak dapatkan khidmat freelancer dari fiverr atau dari mana-mana laman web. Sebelum nak minta freelancer tu tolong pasangkan, sila buat begini.

 

Create new user dulu.

blog-wordpress-pemasangan

Freelancer yang akan tolong install premium theme tu nanti akan perlukan akses ke dashboard wordpress anda. Anda perlu berikan dia admin access untuk memudahkan dia lakukan kerja pemasangan.

 

Jadi anda cipta satu lagi akaun user yang mempunyai akses admin seperti dibawah.

Lihat pada bahagian Role itu, pastikan anda set kepada Administrator. Kemudian tekan pada Add New user.

 

Berikan maklumat ini kepada freelancer yang anda pilih untuk buat kerja pemasangan theme wordpress bagi pihak anda. Selepas kerja pemasangan siap, anda delete sahaja user yang baru anda cipta ini bagi tujuan keselamatan.

 

Ok itu sahaja yang saya nak kongsi tentang pemasangan theme wordpress premium ini. Semoga berguna. Lepas ini kita bincang bab penulisan pula ya.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted
  2. Memasang blog WordPress Self Hosted pada hosting
  3. 10 Sebab kenapa saya pilih wordpress self hosted sebagai platform penulisan blog
  4. Membuat perubahan pada setting asas blog wordpress self hosted

Filed Under: Blogging Tagged With: cara install blog wordpress, cara install theme untuk blog wordpress, install blog wordpress, premium theme blog wordpress

Comments

  1. Abdul Nashar Aminuddin says

    September 25, 2018 at 1:54 pm

    ilmu berblog yang bagus tuan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in