Setelah siap proses pemasangan blog wordpress self hosted, langkah seterusnya yang perlu kita lakukan ialah mencantikkan blog kita.
Bagi tujuan mencantikkan blog, caranya mudah sahaja. Kita hanya perlu pasang theme yang bersesuaian dengan citarasa dan konsep blog kita.
Sekiranya kita tak pasang sebarang theme, blog kita akan kelihatan seperti ini.
Pada pandangan saya, theme atau tema seperti ini, langsung tidak menarik. Untuk menjadikan blog kita nampak lebih ceria, saya syorkan anda pilih theme yang sesuai dan pasang di blog anda.
Cara untuk pasang theme juga mudah sahaja. Pada bahagian dashboard wordpress blog, anda cari tab Appearance. Sila lihat dibawah ini.