Cara buat duit dengan bina apps game

by sabree hussin on December 5, 2018

in Buat Duit Online

Bina applikasi (apps) yang boleh menghasilkan pendapatan sehingga RM5543.85 kepada pemiliknya! Bagaimana caranya dan apa apps yang dibina tu?

 

Setelah membuat penelitian, dan pembacaan dari laman web yang boleh dipercayai diinternet, saya berpendapat kaedah menjana pendapatan melalui pembangunan atau pembinaan apps ini adalah lebih munasabah, berbanding beli apps lepas tu mengharapkan duit masuk tanpa henti apabila memasang apps tersebut.

 

Saya pernah menulis tentang satu apps yang kononnya boleh hasilkan pendapatan yang lumayan kepada para penggunanya. Dari segi teori, apps ini memang bagus, sebab boleh bantu orang yang tak ada pendapatan, memperolehi pendapatan sampingan hasil daripada penggunaan apps tersebut.

duit-dari-apps

Namun sayangnya, daripada feedback pengguna yang saya baca, lebih ramai yang tak berjaya buat duit berbanding yang berjaya buat duit.

Baca disini: Review dan feedback pengguna tentang Jutawan Apps

 

Kalau begini keadaannya, nampak gayanya saya terpaksa cari alternatif lain kalau nak buat duit melalui apps. Lalu saya terjumpa dengan laman web Rahsia Buat Apps, yang mengajar saya cara-cara untuk buat duit melalui pembinaan applikasi game.

 

Pada satu ketika dulu, saya pernah temui sebuah laman web yang mengajar saya cara-cara untuk buat duit melalui permainan ataupun game seperti ini.

 

Dari segi work flow, cara untuk buat duit adalah lebih kurang sama sahaja.

 

Saya juga pernah jadi ahli kepada laman web tersebut dan pernah cuba bangunkan laman web berbentuk game. Konsep dia mudah sahaja.

 

Saya akan bina sebuah laman web. Kandungan bagi laman web tersebut adalah game semata-mata. Game ini dibina menggunakan format flash dan sebenarnya saya tak perlu bina game tersebut sendiri. Game tersebut saya perlu beli dengan harga tertentu.

 

Selesai dengan bahagian pembelian. Saya kini ada semua kelengkapan yang diperlukan untuk buat duit.

 

Saya dah ada file-file game flash untuk saya upload ke server.

Saya juga telah langgan khidmat domain dan hosting dengan pihak Netkl pada ketika itu.

Langkah seterusnya adalah pemasangan laman web dan selepas itu laman web ini akan dimuatkan dengan pelbagai jenis iklan. Program iklan yang disarankan adalah program google adsense.

 

Dipendekkan cerita, cara yang saya buat ini kurang berhasil. (atau patut saya kata tak berhasil)

 

Masalah saya pada ketika itu ialah, nama saya telah disenaraihitamkan (banned) daripada menyertai program pengiklanan google adsense. Saya juga tak terfikir untuk gunakan nama orang lain untuk sertai program tersebut.

 

Ringkasnya, dalam konsep buat duit melalui laman web game ini ialah, kita bina sebuah laman web. Kalau kebiasaannya saya akan masukkan artikel dalam laman web tersebut, kali ini saya akan masukkan game. Untuk buat duit, saya perlu siarkan iklan dari google adsense.

 

Kini pada tahun 2018, konsep yang lebih kurang sama telah diperkenalkan oleh pengasas Rahsia Buat Apps. Saya boleh katakan, beliau begitu berjaya menggunakan cara ini, apabila saya lihat pendapatan yang berjaya diraih melalui cara yang diajarkan.

 

Lihat buktinya dibawah ini.

boleh-percaya-ke-buat-duit-dengan-apps

Nampak gayanya, pengasas laman web ini buat tiga akaun adsense, dan ketiga-tiga akaun memberikan hasil yang lumayan! Dengan membina apps game dan menyiarkan iklan dari google. Anda boleh lihat lebih banyak bukti pendapatan disini.

 

Jenis Apps game yang terlintas difikiran untuk saya bina

Saya juga pernah merasa pendapatan dari google adsense.

 

Jujur saya katakan, kalau nak bandingkan pendapatan dari penulisan blog dengan bina apps, memang sangat jauh beza. Saya pun tak tahu, bila saya akan dapat capai pendapatan seperti pemilik Rahsia Bina Apps ini.

 

Saya nak dapatkan sehari USD10 pun agak mencabar, tetapi dengan menggunakan apps, beliau boleh hasilkan pendapatan sehingga USD100 dalam masa satu hari!

(walaubagaimanapun saya yakin satu hari nanti saya juga akan capai pendapatan sedemikian **think positive)

 

Saya ada terfikir untuk bina sendiri apps tanpa merujuk kepada panduan yang disediakan di laman web ini. (kalau nak muat turun panduan ini perlu buat bayaran)

 

Dalam kepala saya terfikir untuk bina game berkonsepkan sudoku, puzzle ataupun mungkin word search. Ini adalah game yang saya kira agak mudah untuk dibangunkan, dan pada masa sama pemain tak memerlukan ruang yang besar untuk muat turun game seperti ini.

 

Kemudian saya pun mula buat carian di laman web google bagi kata kunci yang berkaitan seperti “how to develop game app”, “how to create game app”, dan “how to create puzzle game apps”.

 

Saya berjaya temui beberapa laman web yang menyediakan sistem untuk bina apps kita sendiri. Pada awalnya saya ingatkan servis yang mereka sediakan itu adalah percuma, rupa-rupanya bila kita dah siap bina satu apps, untuk download segala konten yang dibina, kena bayar pula.

 

Kalau nak buang watermark pada paparan apps, kena bayar lagi. (senang cerita tak ada yang percuma)

 

Ketiga-tiga jenis game yang saya sebutkan ini, walaupun dari segi konsep nampak mudah untuk dibangunkan, namun apabila saya cuba bina apps game saya sendiri, ia jadi agak mencabar juga.

 

Jenis-jenis apps game yang mustahil untuk saya bina

Saya suka game jenis MMORPG (Massively multiplayer online role-playing games), Tower Defence dan juga jenis first person shooting.

 

Namun demikian game seperti ini memerlukan kemahiran coding dan juga kena pandai bermain dengan grafik. Kalau grafik cantik, barulah orang terpikat untuk main game tu.

 

Kena ingat, bila bina game ini, kita tak boleh guna sesuka hati watak kartun yang kita minat, sama ada watak kartun dari manga One Piece, Dragon Ball, Naruto, Bleach dan sebagainya. Kesemua watak ini dilindungi oleh akta hak cipta.

 

Kalau nak bina karekter hero, kita kena lukis dan cipta sendiri, supaya tak ada masalah dari segi copyright di kemudian hari.

 

Nampak gayanya, disebabkan saya memang tak ada bakat dan skil ini, terpaksalah saya lupakan.

 

Bina apps game tanpa perlu kemahiran coding?

Ya, walaupun tak berapa pandai dalam bab IT, atau pun mungkin langsung tak ada kemahiran dalam bab-bab coding, masih boleh bina apps game anda sendiri.

 

Caranya ada ditunjukkan dalam ebook Rahsia Buat Apps ini.

cara-bina-apps

Pergi download kat laman web ini sementara masih ada.

 

Rujuk panduan ini, adalah cara shortcut kalau nak bina apps sendiri. Anda tak perlu nak belajar dari pelbagai sumber dan laman web. Satu lagi, bila ada panduan dari orang yang memang dah berjaya buat duit, ia menjadikan proses pembelajaran kita lebih teratur.

 

Kita bandingkan kalau belajar sendiri. Bimbang nanti, anda akan hilang fokus. Pada asalnya, niat kita adalah untuk hasilkan sebuah applikasi game yang boleh hasilkan income kepada kita.

 

Tapi disebabkan kita belajar dari macam-macam sumber, tiba-tiba fokus kita terganggu dan kita akhirnya lebih fokus untuk hasilkan applikasi game terbaik dengan grafik yang mengancam. Masa yang kita ada tu sepatutnya kita tumpukan untuk bina applikasi yang good enough untuk generate income bukannya fokus untuk hasilkan applikasi yang nampak hebat tapi tak mampu generate sebarang income.

Baca juga: Cara bagaimana anda boleh buat duit dengan game online

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

raihanah December 6, 2018 at 7:59 am

bagus ni, boleh buat duit poket

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: