Biasanya orang akan sebut niche travel sahaja. Tapi untuk cari kelainan (kononnya) maka saya tambah perkataan exploration. Tahun 2017 ni, saya baru nak bergiat dalam bidang travel.
Orang lain dah mula masuk dalam niche ini lama dulu, tapi saya baru nak mula. Tak apa la kan, biar lambat asal buat. Still better than tak buat langsung.
Sebenarnya, mula lambat ni pun bagus jugak. At least saya boleh tengok banyak contoh dan template dari lain-lain blog yang memang dah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Hanya perlu research, analyze dan seterusnya produce something yang berbeza atau setidak-tidaknya something yang lebih baik sedikit berbanding lain-lain laman blog tentang travel yang ada diluar sana.
Bulan November 2017 ni, masuknya bulan kedua, usia laman web saya dalam niche travel. Cabaran nak bangunkan laman web dalam niche travel? Cabaran tu memang ada.
Ada antaranya yang memang saya expect akan saya tempuhi, dan ada juga cabaran yang agak diluar jangka. So far, saya tak jumpa lagi cabaran yang pelik-pelik, yang berkaitan dengan blog niche travel ni. Mungkin sebab usia blog ni yang masih muda, dan saya pun masih banyak tempat yang tak sempat nak jelajah lagi.
Tapi tak apa. Saya kongsikan dulu, apa dia cabaran nak hasilkan blog dalam niche travel, berdasarkan kepada pengalaman sebenar saya. Hmm… saya nak start dengan apa ya?
Cabaran pertama – Melihat dan mengenalpasti POTENSI PENDAPATAN yang bakal diperolehi dalam niche travel
Selama ni, saya hanya fokus pada niche “Internet Marketing” atau niche “Make Money Online” sahaja. Bukanlah saya nak kata yang ini adalah niche terbaik, atau paling senang nak buat duit. Cuma saya dapati, apabila saya berada dalam niche ni, saya boleh hasilkan pendapatan yang agak baik.
Jadi tak pernah terfikir pun nak explore bidang lain. Selepas beberapa tahun dalam bidang ni, saya rasa dah sampai masa untuk saya masuk dalam bidang lain pula. Orang putih kata, diversify. Bila asyik buat benda yang sama je, rasa bosan jugak.
Dalam hidup ni, sesekali kita perlukan cabaran dan pengembaraan. Jadi, inilah yang saya buat. Buat sesuatu yang baru, dan berbeza.
Timbul persoalan, kalau buat laman web dalam niche travel ni, boleh ke buat duit? Kejap lagi kang, penat saja. Buat kerja bagai nak gila, tapi duit satu sen pun tak dapat.
Pendekkan cerita, sebenarnya niche travel ni, adalah salah satu niche yang memang HOT! Kalau nak cerita pasal, apa produk atau servis yang boleh dipromosikan dalam niche ini, sebenarnya ada sangat banyak. Terlalu banyak, hinggakan tak habis untuk dibolot seorang diri.
Contohnya ya,
(1) Tiket Penerbangan, atau sebarang tiket untuk tujuan pengangkutan
Bila nak pergi travel ni, dah tentu perlukan pengangkutan. Kalau perjalanan tu jauh, kenalah naik kapal terbang. Kalau kapal terbang ni, kita boleh promosikan laman web carian tiket kapal terbang murah dari Airpaz.
Klik sini untuk ke laman web Airpaz.
Kalau perjalanan tu tak berapa jauh, mungkin boleh guna pengangkutan darat seperti bas, tren dan sebagainya. Kalau nak guna bas, kita boleh cadangkan pembaca blog kita untuk buat tempahan dari laman web CatchThatBus. Sila klik sini.
Asalkan pembaca blog kita tu, klik pada link affiliate kita, dan seterusnya buat tempahan, tak kiralah sama ada dia nak naik bas, atau naik pesawat, kita masih lagi akan dapat komisen.
(2) Kereta sewa
Kereta sewa ni memang satu keperluan terutama sekali apabila kita travel di tempat-tempat yang susah nak dapatkan public transport. Walau dimana sahaja anda berada, boleh sewa kereta dengan RC9. Cuma mungkin harganya agak tinggi kalau nak bandingkan dengan penyedia perkhidmatan kereta sewa yang lain.
Anda boleh buat perbandingan harga kereta sewa di laman web RC9 ini.
(3) Tempat penginapan
Tempat penginapan ni pulak, kita boleh cadangkan pembaca kita untuk membuat tempahan dari laman-laman web seperti Trivago, Agoda, Hotels.com, Booking.com, Airbnb dan banyak lagi.
Satu lagi, kebelakangan ini saya mula aktif mengumpul travel kredit dari AirBNB. Anda juga boleh dapatkan travel kredit dari Airbnb disini.
Dengan travel kredit ni, saya boleh gunakan untuk buat tempahan rumah penginapan atau apartment. Bila cukup banyak, saya boleh gunakan untuk tempah rumah penginapan tanpa perlu bayar satu sen pun. Ya, saya dah buat dan sekarang tunggu masa untuk pergi check in kat tempat yang saya dah tempah tu.
Jadi, walaupun saya tak mempunyai hartanah sendiri (dalam bentuk hotel atau tempat penginapan) dengan adanya laman-laman web yang saya sebutkan tu, saya seolah-olah ada share dalam setiap hartanah yang tersenarai di laman web tersebut. (Trivago, Agoda, Hotels.com, Booking.com, Airbnb)
Menarik kan? Tugasnya bukan susah mana. Cuma perlu bawa masuk pelawat atau trafik masuk ke laman web tempahan, itu sahaja.
(4) Aksesori dan peralatan yang bersesuaian bagi memudahkan urusan untuk travel
Saya ambil contoh barang-barang yang dijual di laman web Lazada Malaysia.
Dalam screenshot di atas ni, adalah kategori Sports & Travel yang ada di laman web Lazada. Bagi mereka yang mempunyai laman web atau blog dalam niche travel, memang sesuai sangat kalau nak promosikan barang-barang dalam kategori ni.
Macam saya pulak, sebelum ni saya cuma fokus pada niche “internet marketing”, jadi memang agak susah kalau saya nak jual Luggage Set. Kalau ada yang beli sekalipun, itu semua sebab rezeki. Sekarang ni, bila dah ada laman web khas untuk travel, In Shaa Allah, peluang untuk dapatkan pelanggan yang membeli barang-barang macam ni lebih cerah.
Doakan income saya dari Lazada lepas ni meningkat secara drastik ya. Aamin.
Cabaran kedua – Anda perlu Travel
Ya, obviously anda kena travel. Anda perlu berada disesuatu tempat yang bakal anda ceritakan dalam blog travel anda secara fizikal. Walaupun sekarang ni, dah ada teknologi seperti Google Street View, namun dia punya kesan dan feeling dia tak sama berbanding kalau kita berada dilokasi tersebut secara fizikal.
Kemudian, bila dah ada kat lokasi tersebut, kita nak tulis pasal tempat tu pun jadi lebih seronok. Ada macam-macam yang kita boleh tengok dan alami sendiri. Artikel yang bakal ditulis pun tak perlu nak goreng-goreng atau tiru orang lain punya.
Namun, apabila bercakap pasal perlu travel ni, sudah tentu kita kena consider beberapa perkara, seperti
- Kos untuk travel
- Masa yang diperuntukkan
- Tenaga
Saya berpendapat, kalau anda memang jenis yang suka travel atau suka jalan-jalan, isu mengenai kos bukan satu masalah. Somehow, bajet untuk travel tu pasti akan ada. Kalau bukan atas bajet sendiri sekalipun, anda pasti akan cari cara untuk tumpang bajet orang lain.
Ataupun, bagi mereka yang kerja hakikinya atau kerja part timenya memang memerlukan dia untuk travel pun tak ada masalah. Anda boleh manfaatkan peluang ini untuk bina laman blog tentang travel. Saya masih ingat lagi, dulu masa saya masih kerja dengan syarikat lama, memang setiap minggu kena travel.
Cuma waktu tu, belum timbul kesedaran nak hasilkan laman blog dalam niche travel, jadi kebanyakkan waktu, saya tak ambil gambar langsung, sebab sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni, salah satu kerja part time saya memerlukan saya untuk travel. Jadi, memang kali ini saya akan manfaatkan peluang ini.
Cabaran ketiga – Bukan mudah untuk mengubah perspektif dan cara berfikir tentang sesuatu tempat atau lokasi pelancongan
Maksud saya begini, pernah tak anda pergi ke sesuatu tempat, kemudian anda rasa macam… “Hmm tak ada apa yang menarik pun tempat ni…”
Ataupun anda rasa… “Ala… tempat ni biasa-biasa je…”
Saya dapati, sudut pandang seperti ini langsung tak membantu, kalau kita serius nak buat blog pasal travel. Kita kena sentiasa ubah perspektif dan mencari dengan sebaik mungkin dan lihat apa yang menarik ada di sesuatu tempat. Saya tanya anda… “Apa yang menarik di Pantai Morib?”
Mula-mula saya rasa, pantai Morib ni biasa-biasa je. Tapi lepas saya ubah persepsi dan perspektif, saya rasa ini antara yang menarik ada di Pantai Morib.
Klik untuk baca: 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti Nombor 7 paling ramai orang tak tau!
Lepas dah tau apa yang menarik kat Morib ni, jomlah datang melawat Pantai Morib.
Cabaran keempat – Kena laburkan sedikit wang untuk memiliki kamera yang baik
Peringkat permulaan, mungkin masih ok lagi kalau nak bergantung kepada kamera handphone sahaja. Walaubagaimanapun, kamera phone ni ada limitation dia, kalau nak bandingkan dengan kamera yang lain. Saya rasa, saya perlu invest sedikit (atau banyak) duit untuk dapatkan sekurang-kurangnya
- Satu kamera DSLR (Dah ada dua ha3)
- Satu Mirrorless Camera (yang ni belum ada lagi. Nak cari yang kecik saiz poket)
- Action camera (pun belum ada)
- Camera Smartphone yang cantik (belum ada jugak)
Tak perlu nak ada semua dalam sekali harung. Mula kecil-kecil dulu, dan jalankan dulu projek ni dengan apa yang dah sedia ada dalam tangan dulu.
Cabaran kelima – Perlu ada minat untuk travel
Poin ni rasa macam berulang dengan poin kedua pulak. Tak apa la. Saya tulis jugak biar nampak macam banyak. Bukan apa, ada orang memang bukan yang jenis suka travel.
Dia suka duduk rumah. Dia suka kerja. Dia suka berada di tempat yang memang dia familiar sahaja, berbanding tempat-tempat yang dia tak pernah pergi.
Tak tau la, mungkin sebab dia takut ke, tak selesa ke, atau memang tak suka. Orang macam ni, memang tak berapa sesuai nak hasilkan sebuah travel blog. Mungkin dia boleh fokus untuk buat benda lain, yang dia memang mahir.
Cabaran keenam – Cari masa untuk menulis dan bahagikan masa
Kita dah habiskan banyak duit untuk travel, dah pakai banyak masa dan tenaga, sekarang ni waktu yang paling penting, adalah untuk menulis tentang perjalanan kita.
Selagi mana anda masih belum tulis tentang pengalaman perjalanan anda, selagi itu ia tidak memberi sebarang manfaat kepada anda. Saya pun, ada banyak lagi story yang masih lagi diperam dalam memori kad kamera. Belum ada masa nak tulis pasal pengalaman travel tu dalam blog.
Maklumlah, saya bukannya cuma ada satu blog sahaja. Ada banyak lagi blog yang nak kena update. Cari pasal betul kan.
Baiklah, 6 perkara ini, adalah cabaran-cabaran yang telahpun saya kenalpasti, apabila nak serius menghasilkan blog dalam niche travel. Anda mungkin ada pendapat lain, atau mungkin, anda akan temui cabaran yang berbeza berbanding saya.
By the way, ada ke yang berminat nak join venture dalam projek saya ni? Kalau ada yang minat, apa kata anda hubungi saya menerusi pautan ini. Lepas ni kita boleh bincangkan dengan lebih lanjut.
etuza says
Asalam..wah bestnya jika betul2 dapat travel..blog ni terbaik bagi saya mantap pengisian yang banyak manfaat
sabree hussin says
Wasalam, sebelum nak travel tempat yang jauh-jauh, kita travel yang dekat-dekat dulu 🙂
nikkhazami says
setiap niche ada cabaran tersendiri. pada saya, paling utama adalah persaingan
sabree hussin says
Ya, setiap niche yang popular dan boleh buat duit, pasti kita akan jumpa banyak persaingan dia 🙂 Satu website tak akan dapat memuaskan hati semua orang. Pasti ada website yang sesuai untuk golongan yang tertentu. Jadi, tak perlu risau sangat pasal persaingan asalkan kita dah buat yang terbaik.
rujukan says
terbaiklah bro, projek baru ka ni.. 🙂
boleh ka nak join bro jadi penulis sana, hehehee
sabree hussin says
Boleh je, sila-sila
reezluv says
sangat best kalau buat dalam English, earning Adsense sangatlah laju..ohoh..sehari bleh dapat USD5-7 trafik biasa biasa je pun
sabree hussin says
Ala english saya broken sangat haha
CutiSini.com says
good luck bro. aku pun tgh dalam proses nk siapkan blog travel ni. banyak gile part tak siap lagi haha
sabree hussin says
Terima kasih. Semoga berjaya juga. Saya pun masih dalam fasa belajar lagi ni
Hakim Mahmu says
wah macam menarik je bro… Memang betul-betul boleh pergi travel ke? Tapi kalu ada blog travel boleh gunakan platform tu tuk cari sponser fuh sodap..
sabree hussin says
Ya, memang betul-betul boleh travel. Bergantung kepada dengan siapa dan dengan syarikat apa yang kita berkolaborasi. Kalau dengan syarikat pemilik tempat penginapan, boleh dapat penginapan percuma. Kalau kolaborasi dengan syarikat kereta sewa, boleh dapat kereta sewa fully sponsored. begitulah seterusnya 🙂