Ingat senang ke nak maintain banyak-banyak blog?

by sabree hussin on November 9, 2017

in Pemasaran Blog

“Kalau satu blog pun dah rasa susah nak update selalu, jangan cari pasal nak buat banyak-banyak blog!”

 

Fokus je dulu untuk bangunkan sebuah laman blog. Masukkan konten-konten yang berkualiti dalam blog tersebut dan apabila blog tersebut telah mencapai matlamat yang disasarkan, barulah fikirkan untuk buka cawangan blog yang baru.

 

Blogging ni pun macam buat bisnes jugak. Kalau nak income lebat, kena ada banyak cawangan. Namun awas, seperti lain-lain perniagaan diluar sana, bukan semua yang ada cawangan tu akan perform dan berjaya menyumbangkan pendapatan. Ada juga cawangan yang tak berapa menjadi malah lebih teruk lagi, asyik rugi.

 

Sebagai pemilik perniagaan, terpulang kepada kebijaksanaan dan kemampuan anda, sama ada nak teruskan perniagaan tersebut, atau nak hentikan dan fokus kepada perkara lain atau bisnes lain yang lebih menguntungkan.

 

Meneruskan bisnes yang tak menguntungkan, bukan sahaja membuang masa anda, malah ia juga membuang tenaga dan duit anda.

perkhidmatan-iklan-blogger

Sekiranya matlamat anda dalam menulis blog adalah untuk duit, mungkin boleh buat begini. Target blog yang anda sedang bina tu, berjaya hasilkan sekurang-kurangnya RM300 setiap bulan. Apabila jumlah tersebut dah berjaya di capai, baru mulakan projek blog yang baru.

 

Kebiasaannya, apabila sesebuah blog tu dah berjaya hasilkan pendapatan, pendapatan tersebut akan berterusan, walaupun anda dah jarang menulis pada blog tersebut.

 

Kenapa blog ni nampak macam dah agak jarang dikemaskini?

Ya, saya juga perasan perkara ni. Tahun ni, blog ni agak kurang dikemaskinikan. Puncanya? Saya asyik sibuk dengan lain-lain projek blog.

 

Walaupun saya tak update blog saya yang ini, saya masih lagi update blog-blog saya yang lain. Kalau ikutkan, sebenarnya setiap hari saya akan menulis di blog. Cuma, mungkin pada hari-hari tertentu, ia bukannya giliran blog ni.

 

Kadang-kadang, apabila saya dapat tugasan advertorial, masa tu lagi sibuk. Servis advertorial dari saya, bukan setakat tulis di blog ni kemudian tinggal. Tidak. Saya berikan extra service, yang mana artikel tersebut akan saya bantu untuk promosikan.

 

Seboleh-bolehnya, saya nak pastikan, pelanggan-pelanggan yang dapatkan khidmat penulisan dari saya, dapat balik modal (sekurang-kurangnya) atau yang lebih baik lagi, mereka boleh untung berkali ganda.

 

Ini pula testimoni paling latest yang saya terima dari pelanggan yang pernah dapatkan servis penulisan dari saya.

Testimoni ni saya ambil dari posting saya yang sebelum ni yang bertajukCarta Top 10 Affiliate Klikjer – Oktober 2017.

 

Anda tak ada blog? Tak ada masalah. Boleh bekerjasama dengan mana-mana pemilik blog, yang sudi bekerjasama dengan anda. Pinjam sedikit ruang dalam blog miliknya untuk iklankan perniagaan anda. Mana tahu, anda bernasib baik, dan berjaya hasilkan jualan yang konsisten kan.

 

Pelaburan tu sekali sahaja. Lepas tu, income akan masuk dan terus masuk, walaupun pada waktu tu anda dah tak buat apa-apa lagi.

 

Blog saya pernah kena serangan hackers!

Seingat saya, sepanjang saya menulis blog ni, blog saya pernah kena hack sekurang-kurangnya 3 kali. Sekarang ni, selain ambil langkah berjaga-jaga, saya juga dah jadi agak paranoid.

 

Blog dah jadi salah satu sumber pendapatan yang paling penting untuk saya. Dah tentu saya kena lindungi sumber pendapatan saya.

 

Macam mana orang lain kena jaga kerja dia baik-baik, saya kena jaga blog saya baik-baik. Memandangkan kita tak tau, bila blog kita akan jadi sasaran seterusnya, maka ambillah langkah berjaga-jaga.

 

Macam saya, saya bina lebih dari satu blog dengan tujuan untuk mengelakkan pendapatan online saya terputus secara tiba-tiba apabila kena serang dengan hackers. Contohnya, kalau satu hari nanti ditakdirkan blog saya yang ini, down dan tak boleh nak recover semula, setidak-tidaknya pada waktu tu, saya masih ada lagi blog lain yang menyumbangkan pendapatan. Wallahua’lam.

 

Formula income bagi mereka yang minat nak buat duit dengan blog?

Pada satu tahap, setelah saya buka banyak blog baru, saya mula nampak dengan jelas, bagaimana sebenarnya cara untuk buat duit dengan blog. Sebenarnya, ianya tidaklah sesukar yang disangkakan. Senang je.

 

Pertama sekali, kena pilih niche. Niche merujuk kepada bidang, topik, kategori dimana blog anda akan beroperasi. Sebagai contoh, kalau nak cerita pasal travel sahaja, maka dalam blog tersebut, kita fokus kepada topik itu sahaja.

 

Kedua, kenalpasti apa katakunci yang paling popular dan kerap digunakan oleh pelawat internet yang berkaitan dengan niche yang kita pilih. Data-data ini kita boleh perolehi dari sumber seperti Google Keyword Planner, ataupun laman web Keywordtool.io

 

Setelah kita tahu, apa kata kunci yang popular, maka langkah seterusnya adalah mula menulis artikel yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Katakanlah, salah satu keyword yang popular ialah “bercuti di kundasang“, maka anda tulislah artikel yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Mungkin boleh cerita pasal tempat-tempat menarik di Kundasang, sejarah Kundasang, ataupun mungkin tempat-tempat penginapan yang terdapat di Kundasang.

 

Ketiga, tulis artikel. Pastikan dalam artikel yang ditulis tu, mengandungi link-link affiliate anda ditempat-tempat yang bersesuaian. Saya berpendapat, link affiliate jenis link text adalah lebih berkesan berbanding link affiliate yang dimasukkan dalam bentuk banner.

 

Keempat, mula promosikan artikel yang dah siap ditulis tu tadi sama ada menggunakan kaedah blogwalking, ataupun share di media sosial. Artikel yang dah siap tulis tu, masih lagi perlu dipromosikan. Tak perlu buat kaedah yang susah-susah. Copy paste sahaja link artikel tu di media sosial.

 

Kelima, terus menulis dan fokus pada keyword yang disasarkan. Apabila keyword yang anda sasarkan tu dah berjaya masuk ke page pertama google, masa ni dah boleh mula move on ke projek yang seterusnya.

 

Masa ni sepatutnya anda dah boleh mula nampak income hasil daripada menulis blog, masuk dalam akaun bank anda.

 

Berapa pulak kos untuk maintain banyak-banyak blog?

Bergantung kepada syarikat hosting yang anda pilih. Macam saya, saya pilih syarikat Netkl Network.

Mereka tawarkan pelan hosting yang pada saya tidak begitu mahal (dan tak juga murah). Sederhana. Contohnya, yang biasa saya ambil ialah pelan RM60 setahun. Biasanya dalam tempoh setahun tu, pasti laman web yang saya buat dapat hasilkan sekurang-kurangnya pendapatan sebanyak RM100.

 

Anda boleh lihat sini untuk mengetahui pelan-pelan hosting yang ditawarkan.

 

Ataupun, kalau nak langgan perkhidmatan hosting dari syarikat luar negara juga boleh. Salah satu yang popular ialah Host Gator. Klik sini untuk bandingkan harga.

 

Sesetengah projek blogging, saya tak cadang nak jadikan ia projek jenis long term. Jadi, untuk projek macam ni, selalunya blog yang saya bina tu, saya akan gunakan servis percuma dari wordpress ataupun blogspot sahaja.

 

Kadang-kadang, bila dah banyak sangat buat blog percuma ni, ada masanya saya terlupa yang saya ada blog.. Ini satu masalah yang kerap menghantui saya.

 

Pernah satu hari tu, waktu saya sedang buat keyword research, saya terjumpa satu blog yang pada saya agak menarik. Saya baca apa yang ditulis dalam blog tu.

 

Bila baca tu, hati mula rasa panas. “Apahal cara dia ni tulis macam cara aku tulis ni. Dia ni copy paste aku punya artikel ke?”

 

Saya teruskan baca. Lagi banyak saya baca, lagi saya rasa lain macam. Sebijik sama dengan cara saya tulis. Dari segi spacing, penggunaan perkataan, lenggok bahasa semua sama.

 

Kemudian, saya tengok nama penulis.

 

Sabree Hussin

 

Eh la… blog ni pun aku punya jugak rupanya. Saya pun cross check dan log in ke sistem wordpress.com dan lepas tu memang confirm, memang blog tu saya punya. Manalah tahu kan, ada yang copy paste, sampai ke nama penulis pun nak copy juga.

 

Apa pun, kalau satu hari nanti anda lihat saya macam lama sangat tak update tu, faham-faham je la ya. Saya tengah sibuk update blog saya yang lain sebenarnya. Bukannya malas atau tak buat kerja.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 8 comments… read them below or add one }

anuar November 9, 2017 at 9:00 pm

Langkah keempat sangat penting.. promosikan artikel.. tapi kalau tak ada langkah satu hingga ke 3, mana mungkin boleh laksanakan langkah yang ke 4

Reply

sabree hussin November 10, 2017 at 10:18 am

Ya betul tu. Setengah orang, dia berhenti sampai siapkan artikel sahaja. Tak buat promosi pun untuk artikel yang dah disiapkan tu.

Reply

titan November 14, 2017 at 10:18 pm

penat.

tapi puas hati bila tengok akaun bank awal bulan.

hoho.

Reply

sabree hussin November 15, 2017 at 5:59 pm

Ko banyak promot apa sekarang? Share la sikit kat aku. Aku pun nak banyak duit jugak ha3

Reply

reezluv November 22, 2017 at 9:02 am

buat memang senang le, nak maintain update tu yang siksa

Reply

sabree hussin November 22, 2017 at 6:16 pm

Haha tu memang tak dinafikan. Ada satu blog tu, bila saya bukak balik, rupa-rupanya dekat 3 bulan saya tak sentuh langsung. Rugi masa…

Reply

Kak Su November 22, 2017 at 10:08 pm

Hehe, lawaklah awak ni sampai kan blog sendiri pun dah tak kenal dah.
Akak curious lah, berapa banyak blog awak maintain sekarang ni

Reply

sabree hussin November 23, 2017 at 5:51 pm

Tak kira. Yang pasti, belum sampai 100 buah blog lagi ๐Ÿ™‚

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: